WAQAF (KITAB)



Hadith Nabi SAW:

"Apabila seseorang anak Adam itu mati, segala amalannya akan terputus melainkan 3 perkara, sedekah jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan orang lain, doa anak yang soleh (Riwayat Muslim)"

Timbangan pada hari itu adalah kebenaran. 

"Barangsiapa yang berat timbangan (amal salehnya) maka mereka adalah orang-orang beruntung, dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami" (QS Al-A'raf [7]: 8-9)

Surah Al-Zilzal Ayat 7

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

Daripada tiga perkara dari Hadis Nabi SAW. Salah satunya "Sedeqah Amal Jariah" yang boleh dilakukan oleh kita. Kita mungkin diberi Allah SWT rezeki yang banyak. Maka waqafkan harta benda yang seboleh-bolehnya kerana harta yang diwaqafkan jika masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati. 

Bagaimana hendak membuat "Amal Jariah"? Kita mungkin tidak mampu membina sebuah masjid atau surau mahupun mewaqafkan sebidang tanah. Salah satu cara yang paling mudah dengan mewaqafkan kitab-kitab pengajian yang dibeli dan diedarkan kepada pondok-pondok pengajian. 

Pada bulan yang lepas, selesai solat jumaat di Masjid Bandar Kinara BK5, terdapat seorang wakil yang menguruskan "Beli Dan Waqaf Kitab". Penulis adalah sedikit duit pada masa itu yang baru diterima dari "Nuffnang". Jadi penulis pun membeli 3 buah kitab yang nipis berharga tiap-tiap satu cuma RM5 dan mewaqafkan kitab diatas nama "Pengunjung Blog Resepirahsiaku.com" sebagai menghargai pengunjung yang datang ke blog ini. Itulah yang termampu dilakukan. Di kulit belakang kitab tersebut ada ruangan untuk tulis, siapa yang mewaqafkan.

Wakaf kitab ini diedarkan ke tempat-tempat yang mengadakan pengajian kitab-kitab tersebut, contohnya di masjid, surau, pondok pengajian, sekolah dan lain-lain tempat serata Nusantara. 

Terdapat 5 buah kitab yang diterbitkan secara waqaf iaitu:
1. Munyatul Mushalli karya Syeikh Daud al-Fathani (Solat) 
2. Faridatul Faraid karya Syeikh Ahmad al-Fathani (Tauhid) 
3. 'Unwanul Falah karya Syeikh Ahmad al-Fathani (Fiqh) 
4. Abniyatul Asma' wal Af'al dan Risalatul Fathaniyah karya Syeikh Ahmad al-Fathani (Nahu Sharaf) 
5. Tashilu Nailil Amani fi Syarhi 'Awamilil Jurjani karya Syeikh Ahmad al-Fathani (Nahu Sharaf) 
6. Risalah Nahu dan Sharaf (Kumpulan Nahu dan Sharaf dari pelbagai kitab, yang kebanyakan adalah karya Syeikh Ahmad al-Fathani) 

Tujuh (7) buah kitab di atas berharga antara RM 7 hingga RM 10 dan boleh di waqafkan atas nama ibubapa dan orang kita sayangi sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Adab bagi pelajar, akan menghadiahkan Al-fatihah kepada nama-nama pewaqaf.

Bagaimana dan Caranya Kita nak Waqafkan Kitab-kitab Pengajian?

1. Tuan/puan boleh beli kitab yang berharga RM10.

2. Kitab yang dibeli kemudian Tuan/Puan waqafkan atas nama ibubapa dan orang yang disayangi.

3. Satu Kitab boleh ditulis 3 nama: 

a. Nama IBU.
b. Nama BAPA.
c. Nama SENDIRI.

4. Untuk nama yang lain Kitab. Ulang langkah diatas. 

5. Kemudian Kitab-kitab yang dibeli akan diwaqafkan untuk diedarkan ke Pusat Pengajian Pondok. 

Tuan/puan boleh membuat Waqaf menerusi laman blog ini. Penulis akan menguruskan waqaf tuan/puan.

1. Isi borang yang disediakan. BORANG WAQAF 
2. Wang dimasukkan ke No. A/C CIMB 08190004144520.
3. Terus menghubungi 014-3425731 selepas selesai urusan tersebut.

Selain dari itu, setiap klik anda di blog yang terdapat iklan "INNITY" juga akan menyumbang ke "TABUNG BELI DAN WAQAF KITAB". Sebahagian wang yang diperolehi dari hasil Iklan "INNITY" akan digunakan untuk "Beli dan Waqaf Kitab". Waqaf Kitab ini diatas "PEMBACA BLOG RESEPIRAHSIAKU.COM". Amal jariah boleh dilakukan dalam berbagai cara. Inilah tujuan dan matlamat blog ini diwujudkan.

Jika sebelum ini, kita sanggup habiskan wang untuk AFUNDI peserta-peserta AF atau Maharajalawak. Kali ini marilah kita sama-sama mewaqafkan kitab-kitab pengajian untuk pelajar-pelajar pondok yang memerlukan. 

Moga-moga waqaf tuan/puan akan dikirakan sebagai amal jariah dan barakahnya berkekalan hingga hari akhirat.

Diantara Kitab-kitab yang diwakafkan

kitab Risalatul fathaniyah 


kitab 'Unwanul Falah 
kitab Faridatul Faraid

kitab Munyatul Mushalli


ISI BORANG WAQAF KITAB



JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA