Sabtu, 3 Ogos 2013

DOA MENJAGA RUMAH DAN HARTA BENDA.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sempena cuti panjang menyambut Hari Raya Aidil Fitri minggu depan. Banyak warga kota yang akan balik bercuti bersama keluarga yang tersayang bertemu sanak saudara di kampong. Rumah dan harta benda yang bernilai akan ditinggalkan dan kita semua berharap Allah SWT akan memeliharanya dan berada dalam keadaan selamat sepanjang cuti itu. Tentukan semua pintu dan tingkap diperkemaskan dan dikunci betul agar tiada kejadian pecah rumah yang sering berlaku semasa cuti perayaan.

Selain memagar rumah dengan mangga, pagar juga rumah kita dengan ayat-ayat al-quran moga-moga dijauhkan dari kejadian yang tidak diingini. Jauhkan dari dipecah masuk pencuri, kebakaran dan lain-lain kejadian yang akan merugikan kita.

Disini ada doa menjaga rumah dan harta benda yang baik diamalkan sebelum meninggalkan rumah anda.

Sebelum melangkah keluar didahulukan dengan kaki kanan. Bacalah Doa Elak Mudarat serta bersama Doa ini. Seterusnya bacalah Doa menaiki kenderaan supaya selamat dalam perjalanan dan berserahlah kepada-Nya agar dipelihara sepanjang percutian sehingga kembali ke rumah anda semula.

Baca doa ini selepas solat dan sebelum meninggalkan rumah.

Surah Al-Khaf Ayat 18


Maksudnya:

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

Sekian, Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:49 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA