Khamis, 25 Oktober 2012

DOA RAWATAN JERAWAT-BISUL DAN PENYAKIT BERKENAAN KULIT.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Entri ini dibuat untuk pembaca yang mempunyai masalah jerawat atau jerawat batu, bisul dan lain-lain penyakit kulit yang kronik. Susah hendak pulih dengan cara biasa. Untuk mendapat rawatan "facial" di salun-salun kecantikkan, bukan semua orang mampu kerana mahal. Silap pilih salun kecantikkan, duit habis, muka cantik bertukar hodoh.  

Doa ini juga diminta oleh seorang pembaca kerana masalah jerawatnya. Insyaallah ada ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh dibaca dan dibuat penawar untuk merawatkan masalah ini. Hanya Allah SWT yang menyembuhkan dengan izin-Nya. InsyaAllah berusahalah dengan kaedah ini.



Kaedah rawatan.

Jerawat/Jeragat/Blackhead/Whitehead

Didahulukan dengan shalawat Nabi 3x, Al-fatihah 1x dan baca doa ini sebanyak 7x. Baca pada ayer, boleh diminum bagi merawat bahagian dalaman kulit. 

1. Basuh muka dengan air suam dahulu supaya pori-pori dipermukaan kulit itu terbuka. 
2. Kemudian gunakan cream pencuci muka yang biasa anda gunakan. Jenis pencuci muka itu terpulanglah. 
3. Selepas muka disapukan dengan pencuci muka. Sebelum membersih cream yang melekit dimuka itu. 
4. Cuci muka itu dengan ayer bacaan pada keseluruhan muka serta menggosok pada bahagian yang penuh jerawat.

Lakukan rawatan ini selepas bangun tidur dan sebelum hendak tidur. lakukan sehingga jerawat anda itu berkurangan. Cepat atau lambat itu bergantung atas usaha anda). Kurangkan makanan berminyak seperti kacang..Makan banyak sayuran. Selalu gunakan timun dan oleskan atas kulit yang masalah. Gunakan buah tomato, hiris nipis-nipis dan gosok pada bahagian masalah. InsyaAllah dengan izin-Nya.

Bisul

Ambil asam jawa secukupnya dalam satu sudu dan tuang sedikit air bacaaan dan gaul sehingga sebati dan tampalkan diatas bisul itu sehingga mata bisul pecah. Sebelum itu campur sedikit garam halus dalam asam jawa. Insyaallah bisul anda kan mengecut dan kering. 


Maksudnya:(Surah Thaha: Ayat 105,106 & 107)

105. Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.

106. Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin.

107. Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 1:43 PTG Kategori:

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA