Isnin, 30 Julai 2012

DOA-DOA UNTUK PERJALANAN JAUH UNTUK KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA.




Setelah empat hari berada di luar Perak iaitu melawat anak yang menuntut di UTM, Skudai di Johor dan singgah di Kuala Lumpur selama 2 hari dan baru sahaja sampai ke rumah dengan selamatnya. Setiap kali memulakan sesuatu perjalanan, captain tidak pernah lupa berdoa apa yang ditulis di entri dalam blog sebelum ini.

Setiap perjalanan dimulakan dengan doa-doa kerana kita tidak tahu apa yang menunggu disetiap destinasi itu samada sesuatu perkara yang baik atau yang buruk akan berlaku. Hanya pada Allah SWT kita berserah kerana Dialah yang Maha Berkuasa Memelihara dan Melindungi hambaNya yang lemah dan tidak terdaya melawan takdir.

Pada malam Sabtu dua hari yang lepas semasa hendak mencari penginapan di Vistana Hotel. Ada sebuah motorsikal yang dibonceng oleh dua orang pemuda telah "follow" kereta captain yang kemungkinan niat ingin meragut atau menyamun. Kejadian tersebut berlaku di lorong belakang jalan keluar dari Vistana Hotel menuju ke Chow kit Road. 

Cermin kereta captain memang tertutup dan kedua-dua pemuda yang memandu motosikal itu mendekati kereta captain dan cuba memperlahan supaya kami berhenti. 

Setelah melihat wajah captain. Tiba-tiba sahaja dua pemuda tersebut terus memecut melarikan diri ke arah Jalan Chow Kit mungkin takut atau membatal niat mereka. Semua yang berlaku itu hanya Allah SWT yang tahu kenapa mereka tidak jadi menyamun. Maklumlah Hari Raya Aidilfitri sudah pun dekat. Mahu cari duit entahlah...

InsyaAllah, jika ada perkara dan niat yang tidak baik yang akan berlaku. Berkat doa-doa yang diamalkan selama ini dapat mematahkan dan menghalang niat buruk peragut/perompak kerana apabila kita berserah kepadaNya, hanya Dia yang sahaja yang Berkuasa Memelihara dan Melindungi hambaNya. 

Sebelum memulakan sesuatu destinasi dan perjalanan yang jauh, eloklah membaca doa-doa di entri yang pernah captain masukkan iaitu DISINI dan termasuk doa-doa dibawah ini. InsyaAllah sekiranya perkara yang memudaratkan dan juga perkara yang buruk dari niat orang yang jahat keatas anda akan dilindungi oleh Allah SWT. Termasuk juga gangguan hantu dan syaitan yang menganggu pemandu di jalan yang tinggi risiko kemalangan.

Cara-caranya:

Mulakan bacaan berikut sebelum memulakan perjalanan jauh:- 

1. Salawat dahulu 3/7/10 kali.
2. Baca Al-Fatihah sebanyak 1 kali.
3. Baca Ayatul Kursi sebanyak sekali.
4. Baca mana-mana Doa-doa Tawakal dibawah ini sebanyak 3 atau 7 kali.
5. Baca Doa Mengelak Mudarat sebanyak 3 kali.
8. Penutup salawat sebanyak 3 kali.
9. Langkah kaki kanan dahulu sebelum melangkah keluar rumah. (Jika tertinggal barang dalam rumah dan masuk semula ke dalam rumah, ulang semula semua doa-doa tersebut. InsyaAllah diri anda serta keluarga akan senantiasa dilindungi Allah SWT dimana-mana anda berada. 
10. Semasa diatas kenderaan bacalah Doa Menaiki Kenderaan untuk mengelakkan terlibat kemalangan Jalanraya. Walaupun banyak membaca doa-doa tersebut diatas. Apakah anda sanggup melihat keluarga anda ditimpa kemalangan atau terjadi sesuatu perkara yang buruk disebabkan anda enggan berdoa?? 

DOA TAWAKAL (1)


Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! 

Atau Doa dari sebahagian Ayat Seribu Dinar.

DOA TAWAKAL (2)


Maksud:

Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 2:09 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA