Jumaat, 4 Mei 2012

DOA RAWATAN MATA RABUN JAUH ATAU DEKAT.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

N3 kali ini berkaitan rawatan untuk mata yang rabun jauh atau dekat. Kepada mereka yang mengidap kencing manis yang tinggi. mata juga boleh terjejas. Yang memakai kanta sentuh serta cermin mata dan yang mengambil ubat yang dosnya tinggi boleh mengakibatkan mata menjadi rabun. Penglihatan objek kelihatan kelabu dan mata berpinau terutama yang mengadap komputer untuk jangkamasa yang lama.


Untuk pengalaman admin pada hari Isnin dan rabu yang lepas semasa berada di klinik Mata, Hospital Besar Ipoh. Kebanyakan pesakit adalah warga emas yang terpaksa beratur dan menunggu berjam-jam lamanya. Admin membawa anak ke klinik mata tersebut kerana untuk pemeriksaan mata. Untuk mendapatkan pemeriksaan mata di klinik kerajaan sangatlah mencabar kerana terpaksa menunggu lama kerana setiap pemeriksaan untuk seorang pesakit sahaja memakan masa sehingga 30 minit. Bayangkan jika anda giliran yang ke 20?? Jika anda komplen lambat serta sudah lama menunggu kepada "Staff Nurse" yang bertugas. Inilah jawapan mereka "NAK CEPAT PERGILAH KLINIK SWASTA".  

Insha Allah, Setiap penyakit itu ada ubatnya. Berusahalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Qaf, ayat 22.

Cara-caranya:

Dapatkan 7 batang karot yang muda dan diblend. Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus karot yang telah diblend tersebut. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Jus karot mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, katarak, hemeralopia dan mata-kering. Dengan berkat dan izinNya banyak pesakit telah sembuh dari rabun mata.


fakashafna AAanka ghitaaka fabasarukaalyawma hadeed

Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:17 PG Kategori:

Comments
16 Comments

16 ulasan anda:

  1. minta izin share kat blog saya yer..

    time kasih

    BalasPadam
  2. air ni perlu d minum atau sapu pd mata captain?

    BalasPadam
  3. Assalam Captain, sy nak minta bantuan Capt,boleh tak bagi doa atau cara utk mematikan sihir yg begitu kuat. Maksud sy dah berubat beberapa kali dgn Ustaz, tp masih datang lg gangguan. Ini terjadi pd anak kenalan sy,dia dah berkahwin punya anak satu bersekolah rendah dn dua anak angkat. Terlalu bencikan suami,bengkeng dgn suami,bergaduh dgn adik beradik even emak dia pun dia tengking asyik teringatkan bekas tunang dia.Dia putus tunang pun kerana tunang dia ni kaki pukul dan punya anak satu,suka minta duit dn paksa buat pinjaman bank.

    Harap dapat bantuan dari Capt...terima kasih
    p/s perawat kata ada paku atas kepala anak kawan ni, susah nak cabut, sebab tu dia selalu sakit kepala yg amat sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Buka link ini: http://www.resepirahsiaku.com/2012/01/doa-untuk-mengeluarkan-jin-makhluk.html

      ikut apa yg captain tulis dlm n3 tsb..wslm.

      Padam
  4. Assalamu'alaikum Wr. Wb.

    Banyak yang tuan kongsikan... saya teruja utk mencuba resipi ini sebab mata dah mula rabun dekat dan baru2 ni pula diketahui ada penyakit diabetes. Carrot tu setelah blend dan bacakan doa tsbt 7x, diminum berapa kali ye... sekali terus habis atau boleh 3 kali atau sebagainya...? Mohon maaf dgn pertanyaan dan terima kasih atas perkongsian juga usaha menjawab soalan saya.
    --Bonda Zubair

    BalasPadam
  5. salam,

    Jika boleh minum 21 batang karot sekaligus boleh juga..jika baiknya buat 3 hari x 7 btg sehari..

    BalasPadam
  6. karot ni yang warna putih ke lobak merah atau karot( ubi bemban)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lobak Merah cari yang muda. Supermarket kadang ada jual dalam paket. Yg tua sedkit pun boleh juga. Jika tak lalu minum campur sedikit ais dan susu...

      Padam
  7. karot tu lobak merah ke atau karot di tempat saya dipanggil ubi bemban

    BalasPadam
  8. ayat ini boleh ubat penyakit rabun warna k?

    BalasPadam
  9. Terima kasih. Minta kebenaran untuk beramal.

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA