Ahad, 1 April 2012

VIDEO: DOA-DOA MELEMBUTKAN HATI SUAMI, ISTERI, ANAK, MERTUA, DAN KEKASIH.


Salam kepada pembaca,

N3 ini dibuat dari rumusan kebanyakan email-email tentang masalah keluarga terutama masalah suami garang dan tak mahu dengar cakap isteri, anak-anak degil dan malas solat, kekasih terutama si lelaki yang flip-flop samada nak masuk meminang atau tidak dan kadang-kadang memening kepala temannya. Masalah mertua yang tidak suka kat menantu atau bakal mertua yang tak suka dekat bakal menantunya. 

Semua masalah-masalah ini selalu berlaku dalam kehidupan ini dan sebagai hambaNya yang lemah menghadapi ujian-ujian kadang-kadang tidak tahu dimana hendak cari jalan penyelesaian.

InsyaAllah, kali ini captain masukkan N3 yang lengkap ini supaya mereka dapat mengamalkan doa-doa ini dengan mudahnya dengan adanya video yang "diuploadkan" ke youtube. Tak perlulah menjawab email-email yang berkaitan masalah yang disebutkan diatas tadi. 

Bacaan Untuk Melembutkan Hati.

1. Surah Al-Fatihah - 1x. (Wajib baca).

2. Ayatul Kursi - 1x. (Wajib Baca).

3. Lauanzalna (Surah Hasyur Ayat 21-24) - 1x. (Wajib Baca) - Supaya Hatinya Lembut.


4. Surah Taha Ayat 1-5 - 1/3x. (Wajib Baca) - Untuk Melembutkan Hati.

doa melembutkan hati
5. Surah Fushilat Ayat 29 - 1/3x. (Pilihan) - Supaya Akur atau Tunduk Cakap Kita.

6. Surah Ali Imran ayat 200 - 1/3x (Pilihan) - Dibaca 3 kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Jika pasangan anda ada niat nak kahwin lagi, InsyaAllah niat tersebut akan lenyap dari hati sanubarinya. dan terus setia dengan anda. 


7. Surah Al-Baqarah Ayat 165 - 1/3 x (Pilihan) - Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Mertua/Sahabat menjadi Penyayang. Dihembuskan dikening orang yang kita sayangi itu.


Jika tidak dapat berjumpa atau berjauhan, lakukan selepas setiap kali solat dan berdoalah dengan bahasa sendiri mana-mana surah-surah diatas. InsyaAllah segala permintaan hambanya akan dimakbulkan atas keyakinan diri dan tawakal kepadaNya.
                      



Ditulis Oleh : Captain Hari: 6:44 PTG Kategori:

Comments
1 Comments

1 ulasan anda:

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA