Jumaat, 20 April 2012

TAZKIRAH: MENUTUP AURAT MENURUT SYARA'.


Salam Buat Pembaca, .

Kepada mereka yang selalu menghadirkan diri ke blog ini, semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah SWT kerana kita masih lagi dapat menghirup udara yang segar hingga ke saat ini. Moga-moga Allah SWT panjangkan umur kita untuk terus beribadat kepada-Nya. 

Bagi membuktikan kepatuhan kita pada Allah SWT iaitulah pencipta sekalian makhluk ini, maka kita mesti tunduk atau patuh segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya. Salah satu arahannya kepada kita adalah memelihara aurat! Bagi lelaki dan bagi wanita, Islam telah menerangkan aurat yang khusus untuk mereka.

Yang penting kita menutup aurat. Biarlah bertudung pendek, bertudung labuh, bulat, jubah dan berbagai fesyen. Asalkan semua itu menutup aurat. Bukan makna mereka (kaum wanita) yang  menutup muka itu melambangkan kuatnya Iman. Yang membezakan di antara seseorang hamba Allah dengan hamba Allah yang lain adalah kekuatan taqwanya sahaja. 

Hanya pandangan orang lain yang mengatakan bahwa 'mereka berpakaian yang menutup muka' itu melambangkan golongan yang alim atau warak. Tapi, tak mustahilkan jika kita berjumpa mereka yang berpakaian yang menutup muka ada yang alim dan warak. Itulah sunnah kehidupan.

Kepada wanita yang tidak menutup aurat. “Hiduplah dengan apa yang engkau suka.” Allah SWT melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat. (Shahih Muslim)

Orang Islam mudah menerima? Persoalan itu wajar kita tanyakan apabila hakikatnya nampak begitu kerana apa juga yang terbaru dan terkini, pastinya kita tidak mahu ketinggalan. Mungkin perasaan perlu mengikut aliran dan tidak mahu ketinggalan mendorong kita mengikut arus.

Sebenarnya tidak salah mengikut arus, tetapi dalam kecenderungan kita menjadi sebahagian daripada perubahan, ada batas serta peraturan yang perlu dipatuhi khususnya sebagai umat Islam, tuntutan agama sentiasa menjadi penanda aras terhadap apa juga tindakan yang ingin kita lakukan.

Apa yang ingin kita ketengahkan ialah pemandangan biasa dilihat dalam kalangan remaja, belia dan orang muda, malah ada juga golongan dewasa yang menjadikan pemakaian tudung ibarat pertunjukan fesyen, siapa lebih terkini gayanya atau bijak menggayakan fesyen bertudung.

Sekali lagi, tidak salah bergaya untuk kelihatan cantik kerana Allah SWT sukakan yang cantik, tetapi biarlah kecantikan itu yang benar-benar cantik.

Dalam erti kata lain, kecantikan pemakaian tudung biarlah mengikut syariat serta matlamat utama kenapa ia diwajibkan terhadap perempuan Islam.

Apa yang terjadi sekarang, pemakaian tudungnya sangat cantik dengan pelbagai gaya, tetapi secara keseluruhan ia gagal memenuhi hikmah disyariatkan bertudung apabila baju dipakai melekat pada badan, berada di atas punggung dan seluar pula mengikut bentuk kaki, tidak kira yang kurus panjang atau tidak kurang yang padat berisi.

Malah, ada yang apabila duduk, ternampak pula sebahagian kulit badan di belakang walaupun rambut yang menjadi sebahagian aurat sudah elok tertutup.

Itu yang menimbulkan persoalan, inikah cara berpakaian yang dianjurkan Islam kerana rasanya semua tahu akan jawapannya.

Perkembangan ini antara sedar atau tidak turut memberi gambaran salah terhadap konsep menutup aurat yang disarankan agama Islam. Oleh itu, Marilah bersama kita menilai, memikirkan semula serta mengambil tindakan sebaiknya supaya niat memenuhi tuntutan agama benar-benar memberi manfaat serta ganjaran pahala, bukan sebaliknya, menjadi usaha sia-sia.

Dalam hal ini Allah SWT  berfirman yang bermaksud: 
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)
Tambahan dengan pembaharuan yang berlaku begitu pantas, industri pakaian serta fesyen turut menerima tempiasnya maka kita dapat lihat macam-macam rekaan terkini memenuhi pasaran. Ada yang sesuai untuk wanita Islam dan ada jelas tidak mematuhi kehendak syarak.

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu, tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak dengan memastikan pakaian itu hendaklah menutup aurat mereka, menutup dengan sebenar-benarnya.

Antara tujuan berpakaian itu ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakai sudah tidak berfungsi lagi.

Semoga ibadah kita dan kesungguhan memenuhi tuntutan syariat menjadikan kita termasuk dalam golongan yang sentiasa mendapat keredaan serta rahmat Allah SWT.

Wassalam

Ditulis Oleh : Captain Hari: 8:43 PG Kategori:

Comments
3 Comments

3 ulasan anda:

  1. betul ! tak boleh ambik enteng aurat ni ..dunia boleh la, akhirat nanti kan susah

    http://spudinpunya.blogspot.com/2012/04/entri-aku-kena-cilok.html

    BalasPadam
  2. Salam.
    Bgus entry ni.Jazakallah khairan Capt.
    Wanita ibarat permata yg perlu dijaga.Smakin kita menutupi aurat, smakin byklah ujiannya dan brtmbah bsrlah mujahadahnya yg akan ditanggung. Bg wanita2 yg sdg brusaha mnutup aurat dgn smpurna, btulkn niat anda. Yakinlah, insyaAllah Allah akan pndg sgala pngorbanan kalian demi mnjaga maruah diri dan agama..

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA