KAYA HARTA DI DUNIA TAPI MISKIN DI AKHIRAT BERPADA-PADA MENCARI KEKAYAAN DI DUNIA SEMENTARA, JANGAN SESEKALI LUPA AKHIRAT TEMPAT TINGGAL YANG KEKAL ABADI.
Yang mana kita nak pilih??
Ulama, Menteri Besar dan Imam. Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur.

SUBHANALLAH
Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain.

Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam.

Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.


Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’.
Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.
















Tok Guru tgh buat apa dgn baby2 tu semua?? berubat ker?
BalasPadambukan berubat, tapi acara tahnik baby yg baru lahir. lebih afdal dilakukan oleh orang -orang soleh/ulama.
BalasPadamdia jampi kot..hahaha
BalasPadamtahnik kot.
BalasPadamItu adalah pemandangan biasa di masjid pulau melaka.
BalasPadamYang datang membawa bayi untuk ditahnik bukan saja penduduk sekitar malah ada yang datang dari luar Kelantan termasuk Singapura. bertahnik dan cukur rambut bayi yang baru lahir adalah sunah Rasulullah. Alim ulamak menjadi tumpuan kerana mengambil berkat ketinggian ilmu agama dan gaya hidup mereka agar bayi tersebut membesar dan menjadi anak soleh/solehah.wallahuaklam...
salam semua pengomen,
BalasPadamTerima kasih kerana sudi memberi komen disini. Semuga dipermudahkan.
Wasallam.
seronok la tgk gambar-gambar kat atas.. xsangka fenomena mcm ni masih wujud..ALHAMDULILLAH..
BalasPadamseronok la tgk gambar-gambar kat atas.. xsangka fenomena mcm ni masih wujud..ALHAMDULILLAH..
BalasPadam