141++ DOA-DOA PILIHAN DIJADIKAN BUKU.

06 Mac 2012

Home » » JANGAN TERTIPU DENGAN WAJAH AYU INI KERANA BELIAU SEORANG......

JANGAN TERTIPU DENGAN WAJAH AYU INI KERANA BELIAU SEORANG......

Captain | 9:42 AM |


Tajuk penuh N3 ini iaitu "Jangan tertipu dengan wajah ayu ini kerana beliau seorang lelaki lembut yang "Totally" berubah menjadi seorang wanita yang berjaya sebagai penyanyi terkenal di Bangkok". Apabila beliau masuk sahaja ke atas pentas, para pengadil ingatkan beliau seorang perempuan tetapi apabila beliau mengeluarkan suara garaunya barulah sedar ia seorang "ladyboy".

Kebanyakan kita selalu memandang negatif kepada golongan ini. Mereka bukan minta dilahirkan sedemikian rupa. Ada lelaki lembut yang baik dari segi kelakuan dan mencari rezeki yang halal. Janganlah kita prejudis terhadap golongan ini. 

Arwah ibu captain pernah meminang seorang perempuan untuk dikahwinkan dengan seorang lelaki lembut pada tahun 1984 dahulu. Sehingga kini rumahtangga mereka kekal dan mendapat cahayamata. Isteri beliau seorang guru di sebuah sekolah di Utara manakala suaminya itu seorang penjawat awam di Kem Tentera.

Penyanyi ini yang namanya Bell Nuntita boleh menyanyi sebagai lelaki dan sebagai seorang wanita. Selepas menyaksikan vidoe klip ini mungkin persepsi anda terhadap golongan ini akan berubah. 

Jika ada saudara lelaki atau anak anda yang lembut janganlah dihina. Nasihatkan mereka, insyaAllah tidak timbul perasaan memberontak dalam diri mereka. Jangan dipinggirkan golongan ini kerana mereka juga hamba Allah SWT yang memerlukan sokongan dan prihatin anda.


VIDEO KLIP SUARA LELAKI DAN WANITA OLEH BELL NUNTITA

7 ulasan anda:

  1. salam;
    asal tak melakukan apa yang dilarang Agama sudah!.

    BalasPadam
  2. menyerupai wanita x salah ke?
    http://www.alziyadnews.com/2012/03/anda-setuju-anak-melayu-sambut-brithday.html

    BalasPadam
  3. kalau betul dia dijadikan sebegitu rupa sejak azali, boleh lah diterima, tapi yang dibuat2 tu yang x patut dikasihani... kan

    BalasPadam
  4. lelaki secantik itu...kalah perempuan asli

    BalasPadam
  5. http://jobkosong4all.blogspot.com/ Job kosong 4all ,menyediakan iklan yang membantu dalam pencarian kerja dengan lebih mudah sama ada pekerjaan dalam KERAJAAN mahupun SWASTA dan sentiasa akan diupdate bagi memastikan setiap daripada kekosongan jawatan dapat dipenuhi dan membantu mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan.

    BalasPadam
  6. http://jobkosong4all.blogspot.com/ Job kosong 4all ,menyediakan iklan yang membantu dalam pencarian kerja dengan lebih mudah sama ada pekerjaan dalam KERAJAAN mahupun SWASTA dan sentiasa akan diupdate bagi memastikan setiap daripada kekosongan jawatan dapat dipenuhi dan membantu mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi memberi komen. Komenlah secara berhemah dan janganlah beri komen yang negatif. Komen-komen sebegitu tidak akan dilayan oleh penulis blog ini.

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat, maka salin dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang lain. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

Resepirahsiaku.com is powered by Blogger © All Rights Reserved