Isnin, 16 Januari 2012

DOA UNTUK MENGELUARKAN JIN, MAKHLUK HALUS ATAU RACUN-RACUN ILMU SIHIR ATAU SANTAU DARI BADAN MANUSIA


Salam kepada pembaca yang budiman,

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat. 

1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.





Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1. SURAH ASY SYUARAA': AYAT 95 hingga 118.


2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.


3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.


4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.


5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118, 


Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:58 PTG Kategori:

Comments
4 Comments

4 ulasan anda:

  1. zaman sekarang pun, masih ada yang amalkan perkara2 syirik macam ni kan capt.

    BalasPadam
  2. Yatie Awang Salam yatie, zaman saja berubah..orangnya tetap sama...mat salleh atau bangsa manapun pakai sihir yatie... voodoo pun sudah ada orang Malaysia pakai skrg..

    wslm.

    BalasPadam
  3. salam...bagaimana hendak mengetahui sama ada diri terkena sihir, santau @ dimasuki makhluk jalus?

    BalasPadam
  4. Salam,

    Lebih baik berjumpa Ustaz manax yg tahu tentang sihir. Jika santau sikit sebanyak boleh tahu keadaan kesihatan seseorang itu dgn tanda-tanda batuk berpanjangan tanpa ada kahak, badan sakit dibahagian sendi dan diperut.kuku berwarna kuning pucat. Bila makan limau nipis sangat perit bila membuang air besar. dan banyak tandax tsb. Batuk berdarah apabila sampai peringkat yg teruk kerana bahagian dalam perut sudah terhakis dari racun santau itu.

    Bab kena sihir, diri sendiri mmg tak sedar. Hanya orang lain yg nampak kita tidak berapa normal..Yg kena sihir banyak tandanya. Apakah jenis sihir yg ditujukan kepada seseorang itu.? Sihir Tafriq, sihir pelalau, dsbgainya.

    Wasallam.

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA