Isnin, 5 Disember 2011

CARA MEMBUAT AIR PENAWAR .

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kaedah membuat air penawar tidak diterangkan dalam mana-mana blog perubatan. Anda cuba goggle dalam internet memang tak ada. Yang ada air penawar yang hendak dijual dari beberapa induvidu yang telah diruqyahkan oleh ustaz-ustaz atau murid-murid dari pondok agama. 

Harga pun boleh tahan juga. Kebanyakan kita selalu berjumpa dengan ustaz atau bomoh untuk mendapat air penawar bagi mengubati penyakit biasa seperti kencing manis, mencerdaskan minda, membuang angin dalam badan dan sebagainya. Ada juga mendapatkan air penawar untuk yang kena sihir,  penawar racun dan berbagai penyakit misteri yang lain.

Kali ini captain nak terangkan bagaimana untuk membuat air penawar untuk kegunaan diri sendiri serta ahli keluarga.

Cara-cara membuat air penawar.

1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya. 
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.

Surah-surah yang dibaca.

Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
  1. Baca Al-Fatihah - 10x.
  2. Baca Ayatul Kursi - 1x.
  3. Baca Surah Al-Ikhlas - 3x.
  4. Baca Surah Al-Falak - 1x.
  5. Baca Surah An Naas - 1x.
  6. Baca Surah Yunus - 11x. (Mula bacaan seperti ditunjukkan).
  7. Zikir  "Ya-Naafi" - 100x.
  8. Penutup - Salawat Nabi 10x.

Maksudnya:

81. Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.

Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang. Nak diterangkan kegunaan air penawar untuk berbagai penyakit zahir dan batin, terlalu banyak. Sila tinggalkan komen anda. Segala ilmu ini dihalalkan kepada pembaca. 

Wasallam.





Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:21 PG Kategori:

Comments
12 Comments

12 ulasan anda:

  1. Salam..blh ke digunakan air penawar ini utk kita berdoa memohon membuka dn mempercepatkn pintu jodoh buat diri kita?(dgn kaedh yg sama iaitu brniat ketika minum/mandi)

    BalasPadam
  2. @Tanpa NamaSalam,

    Maaf lewat, terlepas pandang. Air penawar adalah serbaguna..utk sihir diminum dan dimandi..

    Boleh buat minum..bacalah dan yakinlah pada Allah bahawa ia yg membuka dan menutup segala kuasaNya.

    Kita hanya berikhtiar sahaja. Air penawar ini ikhtiar kita. Boleh lakukan dgn niat yg baik, insyaAllah..

    wslm.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Bagaimana pula untuk org yg terkena sihir tetapi tidak percaya dirinya terkena sihir, bolehkah kita beri dia minum air penawar sahaja tanpa pengetahuannya tetapi tidak disusuli mandian? Kerana jika dia tahu dia akan bermati-matian menolaknya. Mohon penjelasan. Jazakallahukhairan.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama Salam,

    Boleh bagi minum pd orang yg kena sihir tanpa pengetahuan dia. Orang yang kena sihir selalu ingat dia sihat seperti biasa.

    Tapi orang lain nampak pelik kelakuan dan wajahnya.

    Nak bagi mandi tanpa pengetahuan dia. Campurkan air penawar satu bekas kedalam tub mandi dimana dia selalu mandi.

    Mandi lebih baik..jika dia duduk berasingan doakan shj secara PJJ dalam N3 yg pernah captain masukkan dahulu.

    wslm.

    BalasPadam
  5. Salam Captain....Saya pun ada masalah yg sama...kalau orang sakit tu jenis yg mandi shower, macam mana ya? Tak pakai tub atau baldi. Mesti dia tak nak terus dan syak kita nak rawat dia. Sebab dia memang mati-mati kata dia sihat dan tak nak berubat. Lengkapkah rawatan tanpa mandi?
    Harap captain dapat bantu saya. Terimakasih.

    BalasPadam
  6. Anonymous Salam, Bagi minum selalu air penawar ni jika tak dapat bagi dia mandi.. cari jalan supaya dia mandi lagi baik.

    Nak kata lengkap..sudah minum kira lengkap juga.

    wslm.

    BalasPadam
  7. salam....saya nak tanya klau ayat amalan yg saudara bg tu,lepas
    tu ditambah lg dgn bbrapa ayat yg lain contohnya ayat 7 surah as
    shaffat,ayat dri surah al hasyri....boleh ke...?

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama Salam, Ayatx yg captain berikan hanya itu sahaja yg dibaca utk buat ayer penawar..lainx surah tak yah baca.. Ustaz sharhan dan Ustaz Harun Din pun guna surah ini shj...Surah Yunus.

    Surah shafaat dan surah lagi satu itu utk doa-doa yg lainx.

    wslm

    BalasPadam
  9. kalau untuk penerang hati atau melembutkan hati seseorang dengan air penawar ni macamana pula?

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama Salam, air penawar boleh digunakan untuk terang hati kerana bacaannya untuk menawarkan hati yg keras,melembutkan hati. Kemudian bacalah doa penerang hati atau umtuk melembutkan hati Surah Taha. Untuk sihir gunakan air penawar selepas itu bacalah doanya.

    Khusus umtuk buat air penerang hati sebelum ambil peperiksaan akan captain masukkan dalam N3 akan datang.

    wslm.

    BalasPadam
  11. salam captain..bkenaan dgn air penawar ni,cmane plak dgn org yg wlu kita bg air penawar sblm ni tk mnjd,,tk nmpak kesan..bleh capt bg komen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua atas kehendak Allah SWT, kita hanya berusaha shj dgn jalan yg baik..

      wslm.

      Padam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA