Khamis, 3 November 2011

DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Khas buat pembaca "TANPA NAMA".

Masalah mereka dengan pasangan masing-masing dalam komen di blog ini.

1. Salam Capt, blh tak bagi doa pengasih jarak jauh untuk suami, masalah saya, suami saya bila dia berada di tempat kerja atau out station mmg takkan hubungi @ sms saya bertanya khbr, sebagai isteri apalah slhnya dia sms @ hubungi saya wpun sekejap... Bila dia ada di luar dia seolah2 lupa pada saya n keluarga... 

2. Salam ustaz... saya ada seorang kekasih dan kami berkawan sudah 3tahun. saya tahu dia wanita yang terbaik untuk saya tetapi sejak akhir2 ni perasaan sayang dan cinta saya pada dia tiba-tiba hilang, sedangkan dia x ada buat apa2 silap kepada saya. Ada tak apa-apa doa supaya perasaan cinta saya kepada dia datang kembali. Terima kasih.

3. sekiranya lelaki meminta dari hari ke hari... bulan ke bulan tetapi tidak mendapat apa apa atas alasan keletihan bagaimana???? bila si suami tidur di tmpat lain si isteri marah... bila tidur bersama si isteri buat mcm x wujud je... bagaimana??? mcm mana untuk menyelesaikan masalah tersebut...

4. mcm mne pulak somi yg sggp tido dgn handfon setiap hari seakan2 tido dgn kekasih hati tp isteri sendiri xdilayan..da masuk 6 tahun..mcm gantung xbetali..ape doa2 yg sesuai utk somi mcm ne..xnk pulak lepaskan isteri..

Amalkan ayat dari surah-surah ini, insyaAllah. Semuga Allah perkenankan doa hambaNya.

Banyak rumahtangga runtuh kerana hilang kasih sayang di tengah jalan walaupun pada awalnya dibina atas cinta yang suci. Pelik dan ajaib kerana setelah sekian lama berkasih sayang, tiba-tiba hilang perasaan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Timbul rasa menyampah dan benci yang amat sangat. Jika terkena sihir berubatlah. Jika bukan disebabkan sihir mungkin faktor luaran. Berusahalah memperbaiki perhubungan itu serta berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang mempengaruhi seperti ada pihak yang ketiga, cemburu buta, salah faham dan timbul tidak serasi dan bermacam alasan untuk berpisah.

Namun jika pasangan masing-masing kuat dan kental cintanya serta berserah kepada yang Maha Kuasa di atas segala ujian dan rintangan sebesar mana pun, ia mampu bertahan hingga ke akhir hayat.

Kasih sayang tergantung di Arasy

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, 

“Rahim (kasih sayang) itu tergantung di Arasy.” Katanya lagi, “Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia.” (Hadis riwayat Muslim)
Seseorang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan mencintai dan dicintai dan barang siapa yang tidak mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan pula mencintai dan dicintai.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (Al Qashash: Ayat 56)

DOWNLOAD DOA (1) & (2) MP3 - KLIK

DOA PENGIKAT KASIH (1)




Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  

DOA PENGIKAT KASIH (2)


MaksudNya:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. 

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 9:15 PTG Kategori:

Comments
32 Comments

32 ulasan anda:

  1. salam captain..
    terimakasih berkongsi ilmu..insyaAllah sy akan amalkan selalu... wpun padanye sy xde kekurangan untuk die "melepas"kan sy ttp pd masa yg sama die tetap "bersama" handfon berSMS dgn kekasihnye setiap malam.. .muga suami sy berubah dan mendapat hidayah dn taufik berkat kesabaran sy selama 6 tahun..AMINN..

    BalasPadam
  2. Salam Tanpa Nama,

    Walau bagaimana pun banyakx bersabar dan muhasabah diri banyakx, Hanya Allah swt tempat mengadu..Tak payah luahkan disini. Ada apax email captain seperti pembaca yg lain. InsyaAllah captain doakan.

    wslm.

    BalasPadam
  3. salam..maafkan sy krn terlalu emosi..namun sy amat redha dgn ketentuanNya..mgkin ade hikmah disebaliknye..berkat doa2 dblog tuan captain ne..terimakasih sy ucapkan

    BalasPadam
  4. salam... boleh tolong jelaskan macam mana cara mengamalkan ayat ni ek?

    BalasPadam
  5. salam faizul,

    Baca seberapa banyak yg boleh selepas setiap kali solat 1/3/7/11

    Ikut adab-adab berdoa yg betul seperti N3 baru masuk...insyaAllah.

    wslm

    BalasPadam
  6. Salam ya akhi.Saya dengan dia dh bkawan lama.Tapi pernah sekali tu dia cerita dkt saya yg dia tiba2 rs bosan.Sy jadi takut plak.Tapi Allah nk tunjuk yg ada org khianat sampai guna ilmu yg salah sbb nk tutup hati dia untuk sy.Alhamdulillah dia sedar.Cuma kesihatan dia terganggu sebab hal yang satu tu.Perempuan tu pun cuba nk kenakan sy.Sy nak tanya,ada ke surah2 yg sy boleh amalkan selalu untuk elak hal mcm ni?Kalau ada sy minta akhi share.InsyaAllah boleh mbantu.

    BalasPadam
  7. Salam Tanpa Nama,

    Salam dan terima kasih kerana dyg blog sini.
    Banyak doa-doa captain masukkan utk hindarkan sihir/syaitan.santau dan lain-lain.

    Klik link ini insyaAllah ada doa-doa tsb:

    http://www.resepirahsiaku.com/2009/09/55-doa-doa-pilihan.html

    wslm.

    BalasPadam
  8. asalamualaikum captain,
    mcm mna sy nk behubung terus dgn captain,email mgkin..sy mmerlukan nasihat.

    BalasPadam
  9. @Tanpa Nama email: captbokkhari@yahoo.com

    luahkan insyaAllah Allah berikan jalanNya.

    wslm

    BalasPadam
  10. salam..terima kasih krn blog inimembantu sy mendapatkan doa utk kembalikn kebahagiaan umahtangga sy,cuma ada x doa atau petua untuk pasangan tidak terlalu buruk sangka n cemburu buta.

    BalasPadam
  11. Tanpa Namasalam,

    Doa ini pun boleh..tunggu N3 baru captain masukkan...insyaAllah.

    wslm.

    BalasPadam
  12. salam captain. ada x doa supaya suami lupakan adik angkat dia di tempat keje. saya rasa cemburu dgn hubungan mereka. walaupun suami ckp dia x de ape2 perasaan langsung kat bdk 2.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama Baca doa ni..Klik: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/surah-al-maidah-ayat-15-16-pembuka-dan.html

    Buat solat hajat..dan baca doa ini minta pintu hatinya tertutup kat adik angkatnya.. adik angkatnya pompuan ke laki?

    wslm

    BalasPadam
  14. Adik angkatnya pompuan.saya pernah ckp kat suami klu dh x suka lepaskan saja saya. tp dia x nak. dia kata x de niat pun nk kawin dgn bdk tu. baru2 ni kami gdh besar. sy srh suami ceraikan saya dgn talak 3. x yah ada apa2 hbgn lagi dgn saya.

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama Salam,

    Banyakxlah bersabarh, InsyaAllah rajin berdoa, Allah SWT makbulkan. Kasihanlah pada anak-anak tu. Penceraian jalan terakhir.

    Boleh perbetulkan dan pertahankan masjid adalah lebih baik.

    wslm.

    BalasPadam
  16. Salam.sy jgk antara yg de msalah ngn suami.sy bru bkawin 6bulan n sdang mngandung,skrg bru sy taw suami sy de hbngan ngn pmpuan len.sblum kawin rupe nye mmg die da wt bkn2 ngn pmpuan tu n hgga skrg..ape yg perlu sy buat?doa ni ssuai ke ngn stuasi sy?sy btol2 rse tdduk ble taw hal ni.sy amat perlu kn kata2 smngat tuk trus kn hdup ni._umy_

    BalasPadam
  17. Anonymous Salam,

    Bab kes mcm ni captain bagi doaxnya dan amalan..Tapi cerita penuh dalam dan emailkan kpd captain..Umur pasangan/Lama kahwin/Kerjaya/Kronolgi kejadian. Senang nak bagi dan susun doax tsb. Pihak ketiga gadis/Andartu/isteri orang. Nak tahu status tsb.

    captbokkhari@yahoo.com

    Semuanya Private & confidential maklumat puan, seperti yg diemail oleh pembacax lain sebelum ini.

    wassallam.

    BalasPadam
  18. salam, cap saya sekarang tengah bingung kami da kain da 20 thn dulu gadu2 juga tapi tak sama macam sekarang silap tegur merajuk tak mau cakap berhari2 pentingkan anak biarkan aku tido seorg2 sejak dia sambung belajar ambil master kepala makin besar tk boleh tegur dia kata jgn konkong saya. sejak dia jumpa kawan2 sek lama yang kerja outstation dia pun mau mcm 2. sekarang ini saya tk larat makin benci tengok muka dia. sekarang ni dia lari dari rumah tak tahan ni saya da isi borang tuntutan cerai tinggal antar ja, blm lafaz talak lagila tengah fikir ini. tolongla cap

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama Salam, Jgn bertindak melulu walaupun kepala telah buntu dgn sidia..banyak bersabar.. Captain akan emailkan doa-doa dan amalan baikkpd kamu jika kamu mahu rumahtangga kembali seperti dahulu..

    tinggal email diblog captain atau emailkan captain captbokkhari@yahoo.com.

    wslm.

    BalasPadam
  20. assalammualaikum ada tak doa untuk orang mencintai kita cap??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila klik link ini:

      http://www.resepirahsiaku.com/2011/12/ayatul-mahabbah-doa-supaya-dikasehi.html
      http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-pengasih-dari-surah-al-quran.html

      Padam
  21. assalamualaikum..sye dah lama tak jumpa tunang saya.bgaimana saya nak bce kn doa nie dkat die.sdangkan sye tak jmpe dia..??

    BalasPadam
  22. assalamualaikum..mcm mne saya nak bce doa nie utk tunang saya.sedangkan saya tak jumpa dia.

    BalasPadam
  23. assalamualaikum..bgaimana cara saya baca doa ni kalau tunang saya jauh.??saya harap dia sentiasa ingat kt saya dn hbungn ni kekal.

    BalasPadam
  24. Assalam captain..sy isteri ke dua tapi suami jarang tak balik ke rmh. Kadang2 3 bulan tnpa nafkah..walaupun kami berhbung melalui telefon tapi sy yg selalu hubungi dia..sy spt tak ujud dlm hdupnya..doa apa yg sesuai sy amalkan agar hatinya terpanggil utk jumpa sy..

    BalasPadam
  25. Assalam...sy isteri ke 2. Suami jarang pulang ke rmh. Kdg2 3 bln sekali kami jumpa. Itupun sehari saje.Dia lebih pentingkn kerja dn keluarga dgn isteri tua. Apa amalan doa yg dpt sy amalkan spya hati suami selalu terpanggil utk balik menemui sy?

    BalasPadam
  26. assalamualaikum, tlg bantu saya. sy terlalu sedih dengan rumahtangga saya. tlg email sy. evaezurien@gmail.com

    BalasPadam
  27. Ass, captain, saya mohon ijin mengamalkan, makasih.

    BalasPadam
  28. Ass, captain, saya mohon ijin untuk mengamalkan, makasih.

    BalasPadam
  29. Aslmkm..sy tlah d,ceraikan suami bru 2 hari..sy dlm keadaan yg x tenang..sy bgitu merindui suami sy..wlaupun kami bercerai..kami masih brhubung sbgai suami isteri..cuma kami x tggl bersama..apa yg harus sy lakukan utk dptkan suami sy kembali dan bersatu kembali supaya suami rujuk balik dgn sy...

    BalasPadam
  30. Aslmkm..sy bru bercerai dgn suami sy bru 2 hari..sy bgitu merindui suami sy..sy ingin kami kembali sperti masa dlu..apa yg harus sy buat utk suami sy rujuk pada sy kembali..

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA