Isnin, 8 Ogos 2011

DOA MOHON KETEGUHAN HATI TETAP DALAM IMAN



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
  1. Melawan hawa nafsu.
  2. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela.
  3. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji.
  4. Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah.
  5. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat.
  6. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah.
Doa ini hendaklah selalu dibaca setiap kali selepas solat.

Surah Ali Imran Ayat 8


Maksudnya:


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya".

Peringkat-Peringkat Iman
  1. Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain.
  2. Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati.
  3. Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh.
  4. Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah.
  5. Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi.
15 PERKARA YANG DAPAT MENEGUHKAN IMAN SESEORANG MUSLIM

1. Akrab dengan Al Qur'an.

2. Iltizam dengan Syari'at Islam

3. Mempelajari Kisah Para Nabi/Rasul.

4. Berdoa

5. Berzikir kepada Allah

6. Menempuh Jalan Lurus 

7. Menjalani Tarbiyah

8. Meyakini Jalan yang Ditempuh

9. Berdakwah

10. Dekat dengan Ulama

11. Meyakini Pertolongan Allah

12. Mengetahui Hakikat Kebatilan

13. Memiliki Akhlak Pendukung Tsabat(Keteguhan Iman).

14. Nasihat Orang Soleh

15. Merenung Nikmat Syurga.

Mudah-mudahan kita boleh merawat dan terus-menerus meneguhkan keimanan kita sehingga Allah menjadikan kita khusnul khatimah. Amin. 

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:02 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA