Rabu, 27 Julai 2011

MENU MASAKAN UNTUK BULAN RAMADHAN


Ramadan adalah bulan yang mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

"Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Sabda Rasulullah SAW):

Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun." (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Sungguh besar pahalanya! Diampuni dosa, dibebaskan dari api neraka dan mendapat pahala orang yang berpuasa yang diberi makan itu.

Selalunya apabila masuk waktu menyediakan juadah berbuka puasa. Si ibu akan masak mengikut selera anak-anaknya. Pada bulan puasa nanti, harga ayam mungkin naik sedikit. Sehingga hari ini harga ayam adalah RM8.50 sekilo. Jika harga ayam naik lagi pada bulan puasa. Seketul ayam berapa agaknya yang akan dijual di pasar ramadhan?. Kueh mueh juga akan bertambah kecil saiznya kerana kenaikan gula tempoh hari.

Bulan puasa bukanlah bulan untuk makan sahaja. Tetapi kerana nafsu itu sendiri yang tidak dikawal. Maka dibeli segala aneka jenis kueh dan lauk pauk. Akhirnya keesokkan pagi dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah. Itu baru membazir jika tak habis dimakan. Jadi janganlah membazir makanan. Beli sekadar yang diinginkan.

Kepadayang berkeluarga dan mempunyai anak yang ramai adalah lebih baik jika dimasak sendiri lebih ekonomi daripada membeli. Boleh membeli dipasar ramadhan untuk sekadar menambah masakan yang sedia ada.

Diblog ini ada satu blog "MENU PILIHAN" yang penuliskan linkkan kepada blog-blog masakan kawan-kawan. Semua menu ini adalah pilihan terbaik. Jadi tidak usahlah pening mencari menu untuk dimasak. Jika ingin masak ayam, daging dan membuat kueh tempatan. Semua ada disediakan diblog tersebut.

Selamat berpuasa...Klik: MENU PILIHAN

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:39 PTG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA