Sabtu, 2 Julai 2011

DUIT ALAM BUNIAN, BENAR ATAU BOHONG???

KLIK UTK BESARKAN DAN TENGOK SAMBUNGANNYA
118295
128295
138295
148295

Duit ini dikatakan diambil dari alam bunian! Kisah ini berlaku pada tahun 2008 dan penulis sempat scan dan simpan untuk kenangan penulis. Pada hari ini penulis nak mendedahkan kisah seorang kawan yang kononnya kawan beliau seorang ni! adalah anak angkat kepada penghulu orang bunian Tasik Bera, Pahang.

Selepas diambil jadi anak angkat, kawannya telah menukarkan nama kepada "BERA". Memang benar selepas melihat IC kawannya tertera nama "BERA". Mungkin penduduk di daerah Sekincan mengenali beliau. Kononnya kawannya telah berkahwin dengan anak orang bunian Tasik Bera. Setahun sekali beliau menghilangkan diri selama 3 bulan kerana tinggal bersama isteri bunian di alam bunian.

Sama ada nak percaya atau tidak terpulanglah kepada pembaca. Beliau mempunyai dua orang isteri. Penulis telah ke rumah beliau di Kuala Selangor (Isteri Pertama). Hari kedua beliau panggil jumpa di Sekincan pula di rumah isteri kedua. Orangnya simple sahaja kerja kampung tapi banyak menceritakan kisah-kisah misteri tentang alam bunian. 

Selepas itu beliau menghulurkan duit diatas sebagai bukti. Penulis ambil dan pegang duit RM10 yang sekeping besarnya dan amati memang duit betul dan asli. Untuk mengesahkan sama ada duit itu palsu atau dicetak dengan printer ke atas kertas yang bermutu tinggi. Penulis telah membawa duit tersebut berjumpa dengan seorang kawan yang bekerja di sebuah bank. Beliau juga mengesahkan memang duit RM10 itu memang asli bukan palsu.  Beliau hairan bagaimana duit RM10 yang dicetak di luar negara dan dipotong menjadi kepingan seperti yang kita gunakan sebelum dihantar ke BNM. Macamana boleh terdapat RM10 yang masih belum dipotong?? Soalan itu susah nak dijawab kerana duit ini kononnya diambil dari alam bunian.

Penulis telah menyimpan selama seminggu lebih selepas mengesahkan ia memang benar dan asli. Selepas memulangkan wang tersebut. Si Bera mempelawakan jika mahu banyak wang bunian, beliau boleh ambil lagi tapi ada syarat-syaratnya. Untuk menggunakan duit yang belum dipotong. Upah potong oleh orang bunian kena bayar. Kena sedekah beras, surah yaasin kepada masjid. 

Wang untuk upah memotong duit itu jika diminta pada tarikh-tarikh tertentu mesti kena sediakan. Tak boleh awal atau lambat. Contohnya jika wang upah memotong diminta selepas solat zohor sebanyak RM1000 dihantar ke alam bunian (lokasi dikawasan hutan di sekitar hutan berdekatan) sebelum jam 3.00 petang. Berkejarlah ke lokasi tersebut dan bila sampai dipinggir hutan, Si Bera membaling duit upah tersebut ke kawasan dalam hutan dan kami terus balik. Beliau kononnya telah berjumpa bunian itu dan menyerahkan duit.

Masuk hari berikutnya, pelbagai lagi kerja menghantar beras dan surah yaasin telah kami sediakan dihantar ke sebuah masjid di Selangor. Sebenarnya penulis ingin melalui pengalaman ini kerana hendak tahu benar ke atau tidak ada kewujudan alam bunian yang pernah diceritakan oleh kawan-kawan. 

Selepas beberapa hari pula, penulis telah menerima telefon mengatakan upah diminta lagi oleh orang bunian sebanyak RM3000. Jadi penulis tarik diri sahajalah selepas itu kerana macam ni orang bunian pun penipu juga. Jadi selepas itu kawan penulis yang dua orang lagi sanggup meneruskan kerja-kerja untuk mendapat duit dari alam bunian.

Sehingga kini, penulis tidak tahu sama ada mereka dua orang ini berjaya atau tidak menjadi kaya dengan duit alam bunian. Dengar khabarnya dua orang kawan ini sehingga kini masih belum menerima dan telah rugi hampir RM30 ribu kerana mengejar duit alam bunian yang kononnya yang dijanji oleh orang bunian jika selesai memotong. Dua orang kawan ini masing-masing akan menerima setengah juta seorang.

Dari pengajaran kisah ini. Jangan kita menjadi tamak dan lekas percaya walaupun perkara itu memang benar. Ada orang yang berjaya mendapat duit dari alam bunian. Buat bangalow dan menunai haji. Disebalik kisah sekiranya ada orang yang ingin jadi kaya dengan "tarik duit". Jangan terlibat sebab bukan senang nak senang. Seperti orang yang membela toyol...mana ada yang kaya pun.

Penulis terlibat pada masa yang awal sahaja dan tarik diri cepat-cepat kerana cukuplah dengan pengalaman tersebut. Bunian adalah satu golongan jin samada Islam atau kafir. Penulis tidak tahu. Kata-kata masyhur yang selalu kita dengar "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia". Tapi ada Bertaubatlah jika ada pembaca yang masih ingin kaya cara senang. Perpatah bahasa inggeris pernah berkata "There is no shortcut to richness". Jadi berusahalah dengan kuat untuk berjaya.

Jika kita baca dalam majalah-majalah tempatan, banyak kisah tarik duit orang bunian. Tarik duit dengan berzikir, Ambil barang dari alam bunian. Dan yang penulis tengok sendiri. Abang sepupu sebelah isteri mengambil barang kepunyaan Sultan Melaka di Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak dikawasan pertabalan Sultan Perak. Beliau mendapat 5 bilah keris dan peralatan istana. Semasa upacara diambil dibuat. Anak Sultan Perak yang dahulu sultan Idris berada bersama. 3 bilah keris di pulangkan kepada warisnya. 2 bilah keris disimpam oleh abang sepupu. 

Sarung keris disalut dengan emas putih dan emas kuning yang nilai ditafsirkan oleh Muzium Negara sebanyak RM200 ribu. Dan sebilah keris lagi dengan hulu pemegang berkepala burung helang dan dimulutnya terdapat batu delima merah yang tak ternilainya. Barang-barang tembaga dan dulang yang diambil dari dalam air itu termasuk 5 bilah keris dengan cara meraba-raba didalam air yang keruh itu kononnya barang yang dibuang semasa anak Sultan Melaka yang terakhir tersangkut di Beting Beras Basah pada tahun 1500 - 1511 sebelum Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis . Tujuan dibuang peralatan tersebut ke dalam sungai bagi meneruskan perjalanan. Ini adalah kisah benar dalam sejarah Kesultanan Perak.

Banyak perkara yang misteri yang tidak terjawab dan tidak boleh diterima akal kerana rahsia-rahsia alam yang ghaib hanya dapat dijawab oleh mereka yang arif sahaja. Adalah lebih baik bagi kita menjejak kaki di alam realiti dari mencari alam ghaib kerana takut terpesong akidah. 

Sebagai penulis yang ada pengalaman dengan alam ghaib sebelum ini. Memberi nasihat  kepada sesiapa yang ingin meneroka dan mencari alam ghaib usahlah diteruskan niat tersebut kerana kerja-kerja tersebut adalah membuang masa, duit dan tenaga. Hasilnya sifar!

Sekian wasallam.

Kononnya duit ini pun diambil dari alam ghaib.. serial nombornya special EP3333333.


Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:30 PTG Kategori:

Comments
9 Comments

9 ulasan anda:

  1. itu kes tipu tu..tapi sayang sekali sebab orang kite mudah percaya hal karut marut mcm tu..mmm

    BalasPadam
  2. Kalau kita dpt rasa nikmat akhirat,dah tntu xde sorg manusia pun teringin mngejar dunia.

    BalasPadam
  3. -Dari sebuah hadith "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia".-dari mana admin dapat hadis ni???kena tengok jenis2 hadis jugak...ada gak hadis yg ditolak..jika Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia,maka
    semua jin adalah jahat??bagaimana jin islam??jin jugak seperti kita..cuma kita tidak boleh nmpak sahaja..

    BalasPadam
  4. @Anonymous itu sebenar kata-kata yg masyur.. Bukan hadith...mungkin sedikit kekeliruan...

    Ada jin Islam yg baik. Tapi manusia selalu tertipu dgn jin kafir. Jin Kafir mendabik dada pd Jin Islam kerana manusia selalu meminta jin kafir membantu manusia melakukan tugas yg tidak baik... nnt captain perbetulkan..

    BalasPadam
  5. hahaha...duit bunian guna tandatangan Zeti Aziz, govenor BNM. Mereka takda govenor sendiri ke? XDDD

    BalasPadam
  6. sah, penulis dah kena kencing oleh sibera. dikalangan paper money collector 4 keping rm 10 diatas dikenali sebagai "un-cut paper money" yang lazimnya dikeluarkan oleh bank sebagai "collector issue" Duit jenis ini menggunakan s/no sama bagi setiap keping. anyak negara mengeluarkan duit jenis ini. Heran, tanya pada orang kerja bank, malang dia pun buta pengetahuan.

    BalasPadam
  7. @Anonymous Jangan tengok no. siri belakang! Tengok no. siri yg depan. bro??
    BUKAN DUIT YG SAMA.

    118295
    128295
    138295
    148295

    Ada faham dgn besarkan image..baru tau ikut susunan.

    wslm.

    BalasPadam
  8. Anonymous Nak bagitau satu kat teman..Bank Negara souvenier "un-cut paper money" hanya RM5.00 plastic shj...Tiada utk RM10.00.

    wslm.

    BalasPadam
  9. Entahlah nak cakap susah sebab tak paham dan bukan ahli...

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA