Khamis, 9 Jun 2011

MELARISKAN PERNIAGAAN ANDA - SURAH AL-FAATHIR AYAT 29 DAN 30

Kalau meja kosong selalu..tak lama lagi gulung tikarlah bisnes mcm ni!- Gambar hiasan shj. Tidak ada kena mengena dengan perniagaan diatas.


SURAH FAATHIR 

"Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya."

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali. 

Tidak payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.


Terjemahannya:

Ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; 

Ayat 30

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ramai orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan jikalau macam ni! Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Wasallam.


TIDAK PERLU MINTA KEBENARAN UNTUK MENGAMALKAN 203 DOA-DOA DARI BLOG INI. TUAN/PUAN HANYA KLIK PADA MANA-MANA IKLAN INNITY DI BLOG INI. HASIL PENDAPATAN AKAN DISALURKAN UNTUK KERJA-KERJA AMAL JARIAH YANG SEDANG DIUSAHAKAN SEPERTI WAQAF KITAB DLL. SEMUGA DOA-DOA YANG ANDA AMALKAN DIMAKBULKAN ALLAH SWT.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:00 PG Kategori:

Comments
7 Comments

7 ulasan anda:

  1. Thanks captain...this is very good info for me as a new in business..

    BalasPadam
  2. saya bersyukur mendapat petujuk dari allah swt menemui halaman ini,saya berniaga hampir 10 thn alhamfulilah mendapat sambutan tetapi nasib tidak menyebelahi saya ,saya akur kehendak takdir .saya sakit terkena sihir.

    BalasPadam
  3. Saya suka perkongsian dri captain ni

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA