Rabu, 29 Jun 2011

DOA UNTUK ANAK-ANAK ATAU SUAMI YANG SUKA KELUAR MALAM

ANAK-ANAK YANG MELEPAK KAT SHOPPING KOMPLEK
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebagai ibubapa yang mempunyai anak lelaki atau pun anak perempuan yang suka keluar malam melepak dengan kawan-kawan di kafe siber atau di "Shopping Complex", memang susah hati kerana anak-anak ini jika dinasihat memang tak dengar langsung. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau seperti "mencurah air di daun keladi". Susah nak buang tabiat yang kurang elok. Waktu malam sepatutnya berada di rumah mengulangkaji atau buat kerja sekolah dan tidur awal untuk ke sekolah keesokkan pagi. Jika dibiarkan takut berkawan dengan geng curi motor atau geng mat rempit....mati katak.

Sang isteri juga boleh amalkan dan baca doa ini untuk sang suami yang selalu suka keluar malam melepak kat restoran mamak pekena teh tarik dengan kawan-kawannya. Sekali sekala tidak mengapalah tetapi jika sudah menjadi tabiat melepak tiap-tiap malam pun kurang baik. Buang masa borak kosong dan takut-takut nanti berkawan dengan member yang pasang dua. Sepatut sang suami diwaktu malam beristirehat dengan keluarga di rumah. Baca buku agama atau buat kerja-kerja yang berfaedah. Tidur awal untuk solat tahajjud tengah malam dan pergi kerja taklah mengantuk kat pejabat. Suami yang buat MLM di waktu malam dikecualikanlah kerana nak tambah rezki keluarga. 

Cara-caranya:

Baca doa ini 33 x setiap kali selepas solat dan mohon kepada Ya Allah SWT. Jika baiknya dibaca pada air dan ditiupkan dan diberi minum pada anak/suami tersebut. InsyaAllah.


Maksudnya:

"Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik." (Surah Ar Rum:Ayat 31)

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 10:31 PG Kategori:

Comments
2 Comments

2 ulasan anda:

  1. bgus ni doa ni,.insyallah,.trime ksih sudi share,.alhmdlillah,1 ilmu lg sy dpt arini,.

    BalasPadam
  2. @**::CIKNUURUL::**SALAM...semuga lapangkan diri disini selalu...jazakallahu khairan.

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA