141++ DOA-DOA PILIHAN DIJADIKAN BUKU.

02 Jun 2011

Home » » DOA SUPAYA SUAMI TAK KAHWIN LAIN.

DOA SUPAYA SUAMI TAK KAHWIN LAIN.

Captain | 3:27 AM |


Sejak kisah Salih Yaakob @ Abang Jem mengahwini isteri yang keempat minggu lepas. Ramai juga suami-suami yang berangan untuk mengikut jejak langkahnya. Mungkin itulah yang ada dalam setiap kepala otak mereka. Bukan senang nak maintain empat isteri sekali! Yang ada satu isteri pun dah pening kepala dibuatnya. Berbagai ragam dan kehendak mereka yang diluar jangkaan yang tak dapat ditunaikankan. 

Setakat mampu sahaja belum tentu lagi dapat berbini empat. Kepada suami-suami yang berniat nak kawin lebih dari satu, sila contohi keadilan dan kehebatan Abang Salih. Kalau tidak, tak payahlah bermimpi disiang hari. Kalau artis sendiri pun sampai bercerai-berai nak kawin lain, inikan pula kita yang kurang dalam serba-serbi termasuklah tenaga batin. 

Disini captain dapatkan satu doa dari Surah Taha ayat 109. Bacalah doa tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya. 

Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.



Terjemahannya:

Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya.

Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.

Wasallam.

19 ulasan anda:

  1. betul ke isteri seorang pun suami akan pening? hahaha...suami saya tak pernah pening pun :D

    BalasPadam
  2. salam Wanita Bertudung Hijau..

    Tqq...sharing is caring ya!

    BalasPadam
  3. Salam Angah,

    Angah baru lagi kahwin...semuanya manis, indah dan wangi.. Tunggu selepas 10 thn nanti baru bagitau capt.... Barutau..

    BalasPadam
  4. salam captku...

    hihihi..no komen!

    sy pun teruja tau..ape citer Angah 10thn akn datang.?

    lama benar sy tak ziarah capt (MASEH INGAT ATEH)?...majuk tak?lama ateh tak mai sini..selalunya singgah tak kira pagi petang atau malam..kan.
    biarpun saya lama tak mai sini..blog capt maseh mendapat tempat dihati ateh...banyak ilmu yg ateh dpt sejak bertemu jodoh dgn blog RESEPIRAHSIAKU...terima kaseh share....semoga capt sekeluarga sihat dn ceria selalu..serta senantiasa didlm lindungiNYA....

    BalasPadam
  5. Salam Captain,
    Kunjungan balas dari Panglima. Panglima pula ada doa lain bagi mengelakkan suami kahwin lain. Jika berkelapangan....Panglima akan dapatkan. InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. @atehqshe ateh sehat ke? dtglah selalu..masa depan kita tak boleh jangkakan...berdoa shj supaya dipelihara dan dirahmatiNya....

    BalasPadam
  7. @Panglima7 Eloklah bagi capt masukkan disini barulah pembaca lelaki suka pula.....tq

    BalasPadam
  8. semoga semua suami setia dengan isteri...:)

    BalasPadam
  9. @Bumi serta isinya Harapx begitulah kepada isterix yg setia dan sayang suaminya yg tak suka kongsi..

    BalasPadam
  10. Salam Captain. Maafkan Panglima kerana telah dilupakan oleh syaitan dalam memberi keris pusaka kepada tuan. Mohon kemaafan. Inilah ayatnya iaitu ayat yang boleh dijadikan doa agar "Suami Tidak kahwin lain". Dibaca selalu atau di baca kemudian dihembus ke dalam air minuman suami. Ayat ini....panglima tidak miliki dalam bahasa arab..Cuma terjemahan sahaja. Mohon sesiapa yang nak ayat ni bukalah AlQuran ya. Semoga memberi manfaat.

    Surah Thoha
    [21.79] maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kami lah yang melakukannya.

    Panglima7.

    BalasPadam
  11. kalau suami dh kawin...cmne...sakit hati nyeee laaa..tolong boleee..

    BalasPadam
  12. saya ada masalah juga ...suami minta kawin satu lagi...saya tak sanggup nk hidup bermadu dan berkongs kasih...ape yg perlu saya buat...saya takut...say cuma nk suami tiggalkan pompan tu dan setia pd saya tolong laa pada sesiapa yg dpt membantu saya

    BalasPadam
  13. @Anonymous Maaf lewat membalas masalah puan..

    Sekiranya suami itu nak teruskan. Secure dahulu kedudukan anda.. tentukan suami dappat berlaku adil.. Minta jaminan dari dia. Kedua, teruskan usaha dgn solat hajat dan baca doa supaya suami tak kawin lain dan tetap menyayangi anda.. Kena berdoa bersungguh.

    Jika tidak ada apa-apa perubahan.Pasrah dan serahkan sahaja kepada Allah swt dan mungkin Allah swt ketahui apa yg kita tidak tahu.

    Mungkin nasib anda dan anakx akan bertambah baik dan dirahmatiNya..

    wasallam.

    BalasPadam
  14. @Anonymous Sekiranya suami dah kahwin, bersabarlah byk. Doakan supaya dia berlaku adil dan tidak mengabaikan anakx dan anda.

    Jgn bermusuh kerana kita hidup hanya sekali dan sementara..Akhirat yg kekal...Masuklah manax pintu di syurga bagi isteri yg soleh dan taat pd Maha Pencipta.

    Wasallam.

    BalasPadam
  15. ye..le..kita nak..suami kita..setiakn...sebagaimana..setianyakita pada dia..tk mahu, kongsi dgn saper2 pun..

    BalasPadam
  16. ieyda ;
    sy ni seorg istri yg sering ditipu oleh suami yg skg brmain kayu 3 diblkg sy..bla rhsia dia diktahui dia slalu beri sy hrpn palsu dgn mgatakan dia tlh brubh n sdh lpakan kkasih glp dia,hakikatnya tidakpn..sy sring dipukul n diugut oleh suami sy 2 sjk dia ade hub dgn pmpuan 2..sy buntu dgn pe yg sy lalui skg..dh mcm2 cara yg baik sy buat tp dia ttp bgitu..pgaruh pmpuan 2 trlalu kuat dlm ht n dri dia..pe yg sy nk buat lg captain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Boleh email captain senang nak emailkan doax dan amalan buat kamu...wslm

      captbokkhari@yahoo.com

      Padam

Terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi memberi komen. Komenlah secara berhemah dan janganlah beri komen yang negatif. Komen-komen sebegitu tidak akan dilayan oleh penulis blog ini.

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat, maka salin dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang lain. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

Resepirahsiaku.com is powered by Blogger © All Rights Reserved