Isnin, 13 Jun 2011

DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA.

 

SURAH ALI IMRAN: AYAT 31

"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya".



Terjemahan/Maksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Baca doa ini setiap kali selepas solat. Nescaya Allah SWT makbulkan doa tersebut. Jika selalu amalkan doa ini tak perlulah bersusah payah nak masuk jadi ahli Kelab Isteri Taat. Tak perlulah melayan suami macam pelacur kelas pertama. Semua ini mengarut betul yang disuarakan oleh Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed. Malaslah penulis nak komen panjang-panjang tentang wanita macam ini. Nanti banyak pula dosa mengumpat kat Dr ni yang sempit fikiran kerana samakan seorang isteri dengan seorang pelacur kelas pertama. Bedebah sungguh Dr Rohaya!

Dr Rohaya Mohamed
"Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu." Oleh Dr Rohaya Mohamad

Macamana suami yang setia pada isteri yang satu nak tahu bagaimana layanan pelacur kelas pertama? Adakah pelacur kelas pertama tu special sangat? Yang pernah jadi pelacur kelas pertama bolehlah cerita pengalaman mereka kalau berani!. Suami yang baik nak pijak kaki di Lorong Haji Taib pun takut dan malu. Takut-takut dilaknat Allah SWT. Takut semasa di Lorong tu, tiba-tiba dilanggar kereta. Mati ditempat yang paling hina. Berfikir dahulu sebelum bercakap sesuatu yang akan mengoreskan perasaan wanita yang baik dan yang taat pada suami.

Wasallam.

TIDAK PERLU MINTA KEBENARAN UNTUK MENGAMALKAN 203 DOA-DOA DARI BLOG INI. TUAN/PUAN HANYA KLIK PADA MANA-MANA IKLAN INNITY DI BLOG INI. HASIL PENDAPATAN AKAN DISALURKAN UNTUK KERJA-KERJA AMAL JARIAH YANG SEDANG DIUSAHAKAN SEPERTI WAQAF KITAB DLL. SEMUGA DOA-DOA YANG ANDA AMALKAN DIMAKBULKAN ALLAH SWT.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 3:13 PG Kategori:

Comments
11 Comments

11 ulasan anda:

  1. Maaf la, saya tak kenal sgt profile Dr ni, dah kawin ke? dia layan laki dia mcm pelacur ke? mak bapak kita dulu2 takde ingatkan anak2 mcm tu.....
    agaknya suami dia yg nak dilayan mcm pelacur first class kot?

    BalasPadam
  2. salam zanafahmi..

    Tak terbayang mcmana layanan pelacur kelas pertama? sampai Dr ni boleh bayangkan... mesti byk tgk BF kat rumah ni..astaghfirullah..

    BalasPadam
  3. Assmualaikum.maaf la apa yg sya nk katakn.wah memg bagus sguh prktaan yg digunakan olh DR tu..sia2 jela blajar tinggi tetapi kurg bjak untuk mngunakan perkataan untuk sesuatu knyataan..jgn nk gunakan perkataan "PELACUR"untuk semua isteri2. Byk bezanya antra isteri dan pelacur.Kaji dan fkir dlu sebelum mnggunakan perktaan tu,,jgn sedp mulut shja nk gunakn perktaan tu..cukup untuk anda sedri gelarkn diri anda tu placur..sebb isteri2 yang baik x perlukan balsan wang atau pembyarn selps bersama dgn suami mereka,melainkn DR tersebut ..mungkin sebb itu dia mudah mngelarkb isteri sebgai placur atsan..

    BalasPadam
  4. @Anonymousmemang byk isteri yg marah kat Dr Rohaya...capt mmg geram kenyataan dari orang yg begini. Kata perpatah melayu" Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar". Agaknya begini org seperti DR sbb bijak pandai tak sepatutnya keluar kenyataan yg memalukan kaum isterix yg baik.,,jazakallahu khairan.

    BalasPadam
  5. salam..saya bersetuju dengan saudara..tolonglah sebarkan ilmu saudara dengan lebih luas agar dapat melahirkan umat islam yang lebih berakhlak. Saya risau dengan keadaan masyarakat melayu khususnya umat islam masa kini.

    BalasPadam
  6. ya allah..saya sungguh kesal dengan ayat yg digunakan oleh Dr tersebut...berfikir sebelum mengeluarkan bicara...isteri tidak boleh disamakan dengan pelacur..jauh bezanya...

    BalasPadam
  7. salam..selain dari membaca selepas solat..adakah cara lain utk mengamalkannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Ayat ini adalah Ayatul Mahabah..ayat Pengasih untuk semua umum..DIKASEHI & DISAYANGI OLEH SUAMI/ISTERI,ANAK-ANAK, KAUM KERABAT,JIRAN-JIRAN,RAKAN-RAKAN, ORANG BAWAHAN DAN ORANG ATASAN.

      Boleh dibaca dan disapu pada wajah sebanyak 3 kali apabila hendaklah keluar pergi kerja, temuduga, terutama yg bekerja di Pejabatx kerajaan berurusan dengan orang ramai.

      Selepas dibaca ditiup pada tangan disapu pada wajah...

      wslm.

      Padam
  8. Salam, seorg isteri jauh lebih mulia dr pelacur even pelacur tu kelas atasan.....melampau. Suami yg baik dn berada dijalan Allah x akan mempunyai sekelumit pn tangapan itu utk isteri yg disayangi, melainkan suami tersebut dh tersasar dr jalan Allah.....rasanya mafia yg dicop jahat tu pun x samakan isteri yg dia sayangi dgn pelacur coz isteri dia jauh lebih suci dr pelacur......'Auzubillah....

    BalasPadam
  9. jelas beda dong, pelacur di bayar untuk seks dan dia boleh berganti pasangan, tp isteri tidak pernah mendapat bayaran untuk melahirkan ,mendidik anak,mengurus rumah,melayan suami,(lantas di mana sama nya,,,,????????????)berpikirlah kalau sebelum berucap,,

    BalasPadam
  10. Ass, captain, saya mohon ijin mengamalkan, makasih.

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA