Isnin, 27 Jun 2011

DOA PENGASIH DARI SURAH AL-QURAN



Bagi pembaca yang selalu bertanya cara-cara berdoa dalam posting "DOA PENGASIH". Berdoalah dengan mengikut adab-adab berdoa sebelum berdoa supaya doa dimakbulkan. Sebelum berdoa kita digalakkan menggunakan ayat-ayat al-Quran. 

Di antara adab-adab berdoa hendaklah memulakan dengan memuji-muji Allah Taala terlebih dahulu kemudian disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pastikan niat dibetulkan terlebih dahulu dan juga cara-cara kita berdoa hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Dari tiga dalil yang di bawah ini dapatlah kita ketahui bahawa akan kepentingan doa itu. Ketahuilah bahawasanya al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah Taala (berdoa). Sehinggakan maksud solat dari segi bahasa juga ditakrifkan sebagai doa. 

Firman Allah SWT bermaksud: 


"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Al-Gahfir: Ayat 60)

Firman Allah SWT bermaksud: 


"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah Al-Isra': Ayat 82).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

"Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku maka lazimilah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah." (Riwayat al-Hakim). 


DIANTARA AYAT-AYAT PENGASIH YANG DIAMBIL DARI SURAH-SURAH AL-QURAN.

1. Surah Yassin: Ayat 36


Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)


2. Surah Yusuf: Ayat 4.


Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

3. Surah Al-Hujurat: Ayat 13.


Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

4. Surah Ali Imran: Ayat 14.


Maksudnya:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


5. Surah Ali Imran: Ayat 31.


Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).

Sebelum memulakan doa mari ulangkaji ADAB-ADAB KETIKA BERDOA.

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 9:59 PG Kategori:

Comments
26 Comments

26 ulasan anda:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.
    captain, macam mana nak guna setiap ayat tersebut?
    boleh tolong jelaskan cara gunanya satu persatu?
    terima kasih.

    BalasPadam
  3. Salam ..Terima kasih berkongsi ...semoga segala yg di kongsi membawa keberkatan dan sy mendoakan kesejahteraan anda di dunia dan akhirat...

    Saya boleh tolong anda buat baju n tudung sendiri?

    BalasPadam
  4. Salam ..Terima kasih berkongsi ...semoga segala yg di kongsi membawa keberkatan dan sy mendoakan kesejahteraan anda di dunia dan akhirat...

    Saya boleh tolong anda buat baju n tudung sendiri?

    BalasPadam
  5. terima kasih atas ilmu berkenan...
    moga2 akan dapat dapat keberkatan dengan ilmu tersebut....

    BalasPadam
  6. salam..captain,doa nh blh x baca tuk kekasih hati yg dh benci kt kte..n nk tglkn kte..sy bnr sygkn dy..sy perlukan dy sy ingin dy kembali pd sy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Dah benci, insyaAllah usahakan jika sayangkannya..semuga klik link ini ada lagi doax pengasih...http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-pengasih-dari-surah-al-quran.html

      wasallam.

      Padam
  7. Captain,
    suami saya menyukai perempuan satu pejabat dengannya.. Boleh kah saya amalkan ayat2 di atas.. Mcam mana kah cara2 nya untuk mengembalikan hati nya pada saya dan rumahtangga nya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Boleh baca dan hembus kat hidung suami semasa ditidur nanti..hembus ketika dia sedang menarik nafas.

      wslm.

      Padam
  8. Dapatkah doa pengasih membuatkan sorg suami yg ingin menceraikan isterinya kerana tiada rs cinta Dan sayang bertaut kembali.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      InsyaAllah semua atas usaha dan ikhtiar dari kita dan tawakal pada-Nya. Seorang isteri yg hampir nak diceraikan oleh suaminya nak kahwin lain telah menggunakan ayatx pengasih dan akhirnya suaminya membatal hasrat itu.

      Captain suruh wanita itu baca di link ini dan beliau baca swaktu suaminya sedang tidur dihembuskan kpd suaminya semasa menarik nafas.

      InsyaAllah dimakbul Allah SWT.

      Dan suaminya nak bawa isteri dan anakx ke Umrah pd 28/2 ini.. Wanita itu telah menghantar SMS 3 hari lps kpd captain.

      wslm.

      Padam
  9. Bolehkah sy hanya mgamalkn zikir asma ulhusna dan bdoa kpd Allah agar suami sy yg bniat utk mlepaskn sy tidak jd niatnya itu? Kerana sy masih dlm pantang dan tidak tahu cara lain untuk btawakal kepada Allah agar suami sy sedar yg dia menganiaya sy dan anak2 dgn mlepaskn ikatan pkawinan kami kerana perempuan lain.. Adakah wajar tindaknnya itu kerana dia mdpt tahu bhwa rakan nya mgtahui situasi kami ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantang kamu habis bila? Nanti bagi email captain hantarkan utk kamu amalkan..Jgn putus asa lagi...bykx bersabar.

      Padam
  10. Blehkah sy mgamalkn zikir asma ulhusna dan mbaca erti ayat pgasih yg capt sertakn skiranya sy dlm keadaan tidak suci? Blehkh sy hanya menatap dan myebut nama suami sy shj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebaiknya nak amalkan zikir jika badan tidak suci..zikir dalam hati shj...zikir biasa kita melalui mulut dan hati..bagi kamu zikir itu berdetik dlm hati. Tarik nafas panjang...dan lepaskan sambil dalam hati itu berzikir...cuba selepas ini.

      Padam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  12. Pantang sy habis pd ptgahan bln Mac. Email sy tyratiara.tiara@gmail.com

    BalasPadam
  13. salam,

    sya ada mslh dgn suami...disebabkan peristiwa yg silam menghantui dia..dia selalu sebut utk berpisah...doa mana yg sya blh amalkan agar suami menyayangi saya semula?

    BalasPadam
  14. assalamualaikum?
    captain..
    saya mepunyai kekasih tetapi selama bersama nya saya mempercayai nya, satu hari rahsianya terbongkar.. rahsia kisah hidup nya..
    dan selepas tu satu persatu sy dibertiahu olehnya..
    dan dia juga mendua kan cinta saya.
    kasih sayang cinta nya berbagi..
    saya bagaikan nk gila bila dapat tahu semua ni..
    tp sy smpat mngawal diri dan memperbetulkan niat kerana ALLAH MAHA BERKUASA..

    dan skang sya mengejar cinta nya.. sedang dia katakan dia masih ada hati pda saya..
    tp dia juga terlalu sayang pada lelaki atau orang ketiga tu..

    macamna saya ingin dapatkan cinta nya semula..
    agar masa saya, doa saya, cnta saya menjadi sia-sia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amalkan doa pengasih dan ayatul mahabah...utk sidia melupakan temannya..dila buka doa pemutus cinta..

      http://www.resepirahsiaku.com/2011/12/ayatul-mahabbah-doa-supaya-dikasehi.html
      http://www.resepirahsiaku.com/2011/12/doa-pemutus-cintakasih.html

      Padam
  15. Balasan
    1. salam,

      Ayatx pengasih diatas ini boleh diamalkan selepas setiap solat atau ditiup pada wajah org yg dikasehi. Atau sebelum berjumpa dgn org yg anda ingin ambilnya sebagai teman hidup. Baca dahulu dimulakan dahulu salawat nabi 3x dan bacalah manax ayat yg telah anda hafal dan tahu maksudnya. ditiup pada tapak tangan. Sapu pada wajah anda selepas membacanya sbyk 3x. Niat dalam hati supaya sidia akan suka pada anda. insyaallah.

      Padam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA