141++ DOA-DOA PILIHAN DIJADIKAN BUKU.

15 Jun 2011

Home » » BOLEHKAH MENDOAKAN KECELAKAAN PADA PENZALIM?

BOLEHKAH MENDOAKAN KECELAKAAN PADA PENZALIM?

Captain | 3:13 AM |


 

Siapakah orang yang zalim pada masa kini?? Iaitu orang yang mencederakan orang lain dan mengakibat kematian kepada orang yang dizalimi. Bangsa Yahudi memang terkenal kerana menzalimi bangsa Arab Palestin sejak dahulu lagi. Yahudi ini jauhnya beribu batu dari kita.
Yang paling menakutkan kepada kita sebagai rakyat biasa adalah ibubapa yang mempunyai anak-anak lelaki atau perempuan dizalimi kerana penzalim ada kuasa melindungi mereka. Orang yang mengambil nyawa orang lain kerana mempunyai kuasanya adalah penzalim. 
Baru-baru ini seorang murid ditumbuk dan dipukul oleh empat orang guru. Adakah begitu zalim guru-guru ini sampai belasah pelajar macam gangster. Seorang warden membelasah murid 7 tahun sehingga mati. Ini pun zalim namanya. Kes polis tembak remaja 15 tahun dan kes remaja 18 tahun mati ditempat kejadian. Adakah yang menembak remaja ini penzalim? Ada banyak kes lagi yang tidak didedahkan. Mungkin kita tidak berada ditempat kejadian untuk menilaikan siapa yang bersalah. 

Dalam kes ini pihak polis yang selalu benar! Pesalah adalah remaja kerana menyerang polis dengan parang. Logik atau tidak, tiada siapa dapat menjawab. Jika perompak Indonesia yang selalu kita dengar menyerang polis dahulu dengan parang ditembak polis mestilah logik. Kerana bagi perompak ini, jika tertangkap merengkok dalam penjara. Lebih baik mati kena tembak. Tutup buku, habis cerita!

Nasihat kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak lelaki yang selalu balik lewat pagi. Jagalah anak-anak supaya balik awal duduk di rumah. Jangan keluar jauh malam tanpa apa-apa tujuan. Mungkin ibubapa tahu anaknya baik dan diluar sana mungkin kawan anak-anaknya yang kurang baik melakukan jenayah seperti mencuri motorsikal, merempik dan lain-lain jenayah remaja yang boleh mengundangkan maut jika bertembung dengan pihak polis. 

Polis yang membuat rondaan pada waktu malam tidak teragak-agak menembak remaja ini jika nyawa mereka juga terancam. Yang menembak kerana geram pun ada. Yang gila menembak orang pun ada. Sekali petik, nyawa boleh melayang. 

Dengan itu jagalah anak-anak dengan baik supaya jangan bercampur dengan remaja yang nakal. Bila bertembung dengan polis, manalah polis boleh bezakan yang mana satu yang jahat dan mana satu yang baik. Oleh demikian janganlah salahkan pihak polis kerana mereka ada tugas dan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan supaya kita dapat tidur lena. 

Tapi jika kita dizalimi oleh penzalim. Adalah lebih baik berdoa semuga Allah SWT membalaskan kejahatan kepada mereka-mereka yang zalim ini tidak kira apa pun pekerjaan penzalim itu. 

PANDANGAN AL-QURAN Allah swt telah berfirman:
"Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)
Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini:
"ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA.
"Qatadah berkata:
ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR. PANDANGAN RASULULLAH
Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:-

1. Hadis dari Anas r.a ,

Rasulullah saw bersabda:
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan
2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." Hadis riwayat Hakim- sanad sahih3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, 
3. Rasulullah saw bersabda:
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama." Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan
4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
"Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih
5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
"Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi
HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI

Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:

"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:

"Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan.

Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:
"Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)." Hadis sahih Bukhari dan Muslim
Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:

"Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."

Lalu Sa'ad berdoa:

"Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka.Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu MarwaÙ‰ berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

KESIMPULAN

Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berkata:

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga. Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur.

Rujukan: Da'watul Mazlum oleh Abdur Rahman Yusuf dan Futuhat Rabbaniah oleh Ibnu Allah as-Siddiqi.

2 ulasan anda:

  1. Salam Capt, tak sampai hati saya nak doakan kecelakaan kpd org yg menzalimi diri ini. sy doakan mereka2 ni menyesali kesilapan mereka. sy serahkan kpd Allah sahaja utk membalasnya.

    BalasPadam
  2. @Hamba Allahsalam... MasyaAllah ada lagi yg baik hati!. Mogax Allah pelihara kamu dari perkara buruk dan diberi kebaikan...jazakallahu khairan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi memberi komen. Komenlah secara berhemah dan janganlah beri komen yang negatif. Komen-komen sebegitu tidak akan dilayan oleh penulis blog ini.

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat, maka salin dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang lain. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

Resepirahsiaku.com is powered by Blogger © All Rights Reserved