Selasa, 10 Mei 2011

YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELAMA KEHAMILAN


Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung jom baca posting ini yang dipinjamkan dari sebuah blog Indonesia BIDANKU.COM. Ada baiknya ibu-ibu yang sedang mengandung perlu mengetahui perkara-perkara yang tidak baik semasa mengandung untuk kebaikan diri sendiri dan bayi. 

Penulis telah memperbetulkan dan mengolahkan ayat-ayat dan beberapa bahasa Indonesia ke bahasa Melayu supaya mudah difahami.  Teruskan membaca wahai ibu-ibu yang sedang mengandung. Selamat Hari Ibu.

Mendapatkan kehamilan, bererti mendapatkan anugerah yang tidak terkira dari Yang Maha Kuasa. Kehamilan adalah suatu anugerah yang harus diperhatikan betul, dipelihara dan dijaga dengan baik hingga nantinya saat lahir menjadikannya seorang bayi yang sehat dan berkualiti. Namun ada kalanya seorang ibu hamil belum mengetahui secara pasti hal-hal apa saja yang harus dilakukan dan tidak boleh dilakukan selama kehamilan, terutama pada saat kehamilan pertama. Hal ini justeru penting diketahui oleh para ibu hamil untuk menjaga kehamilan tetap sehat dan berkualiti.

Berikut adalah beberapa tips mengenai hal-hal yang tidak boleh dilakukan selama kehamilan.

Memakai Kasut Tumit Tinggi
Penggunaan kasut tumit tinggi dapat menyebabkan peregangan otot-otot di bahagian pinggang. Ibu hamil akan lebih sering mengeluskan rasa sakit dan sengal di daerah pinggang. Hal ini disebabkan pada saat hamil terjadi perubahan pada tubuh, dimana tubuh akan cenderung condong ke depan, sehingga ibu hamil berusaha menegakkan tubuh dengan cara meregangkan otot pinggang dan punggung. Nah, jika ibu hamil menggunakan kasut tumit tinggi, peregangan otot di daerah pinggang dan punggung akan semakin bertambah, kerana beban ke depan menjadi double, dari kehamilan itu sendiri dan juga dari kasut tumit tinggi, dan ini mengakibatkan pinggang dan punggung terasa semakin sakit.

Selain itu kasut tumit tinggi dapat mengganggu keseimbangan tubuh, terutama pada saat kehamilan mulai membesar. Hal ini menimbulkan ibu hamil berisiko untuk jatuh. Akibat terjatuh, biasanya kehamilan dan ibu hamil itu sendiri akan mengalami trauma, dan yang lebih buruk akan terjadinya cacat janin atau keguguran.

Menggunakan Ubat Anti Nyamuk
Ubat anti nyamuk mengandung baham kimia aktif yang termasuk golongan racun serangga. Efek samping zat kimia ini antara lain penyebab kerosakan saraf. Ubat anti nyamuk jenis semburan bahkan mengandung minyak tanah yang dapat menyebabkan kerosakan ginjal pada janin. Ubat anti nyamuk dalam bentuk oles atau lotion mengandung bahan penghakis dan dapat diserap kulit sehingga menjadi racun dalam tubuh. Untuk itu, penggunaan ubat anti nyamuk baik dalam bentuk semburan, bakar, listrik, maupun oles (lotion) tidak galakkan bagi ibu hamil.

Pakailah kelambu di tempat tidur atau jaring nyamuk di setiap tingkap rumah untuk menghindari gigitan nyamuk. Ibu hamil juga dapat menggunakan kayu putih sebagai ubat anti nyamuk.

Elak Permukaan Jalan Yang Teruk
Banyak pertanyaan selama ini ke kami mengenai boleh tidaknya seorang ibu hamil menunggang motorsikal atau kereta. Banyak beranggapan bahawa seorang ibu hamil tidak boleh menunggang motor atau menaiki kereta, kerana dapat menggangu kesehatan kehamilan. Namun, sebetulnya yang tidak boleh itu adalah menunggang kenderaan bermotor melalui jalan yang teruk, kerana hal ini dapat memberikan goncangan kepada kehamilan itu sendiri. Goncangan yang sering akan memberikan trauma kepada kehamilan. Selain itu goncangan pada saat melalui jalan yang teruk akan dapat membuat otot punggung, pinggang, perut dan paha ibu hamil merenggang sehingga ibu hamil mudah mengalami keletihan.

Kurangkan kelajuan kalau melalui permukaan jalan yang teruk atau lebih baik cari laluan lain dengan jalan yang lebih baik. Selain itu, untuk memandu kenderaan, sebaiknya ibu hamil dengan kehamilan 7 bulan ke atas dikhuatirkan perut yang semakin membesar membuat mengendalikan steering menjadi terganggu, dan membawa kereta jadi tidak selesa.

Mengambil Ubat-ubatan Tanpa nasihat Doktor
Ubat yang dimakan ibu hamil dapat masuk ke dalam plasenta dan sirkulasi janin. Beberapa jenis ubat bahkan dapat di serap melalui ASI sehingga kadarnya dalam sirkulasi tubuh bayi hampir sama dengan kadar dalam darah ibu yang dalam beberapa situasi akan membahayakan bayi.

Beberapa jenis ubat boleh diminum selama kehamilan ataupun menyusui kerana terbukti aman, baik bagi ibu hamil maupun janin. Namun, beberapa jenis ubat lain yang berbahaya yang dapat mengganggu kesihatan ibu hamil dan janin. Dan kami yakin, tidak semua ibu hamil mengetahui mana ubat yang baik dan mana yang tidak. 

Oleh kerana itu setiap jenis ubat ataupun jamu yang akan dimakan, lebih baik mendapat nasihat dahulu dengan doktor anda, jangan hanya percaya pada "kata orang".

Diet Selama Kehamilan
Melakukan diet selama kehamilan akan membahayakan ibu hamil dan janin. Diet selama kehamilan  akan menyebabkan kekurangan vitamin, mineral, dan zat-zat lain yang sangat diperlukan selama kehamilan. Lagi pun untuk apa diet? Bila hamil perut akan terus membesar, jadi apa gunanya sama sekali diet selama kehamilan.

Jenis Makanan Yang Berisiko Bagi Kehamilan
Untuk mengetahui jenis pemakanan yang baik makanan ataupun minuman yang dapat memberikan efek buruk bagi kehamilan:  

1. Nangka/Nenas. Bayi lahir banyak getah di tubuhnya. Nenas muda boleh mengugurkan bayi jika makan terlalu banyak.
  
2. Air Kelapa. Boleh menyebabkan kandungan lemah, sekali sekala bolehlah. 

3. Sate. Kurangkan makanan yang dibakar. Banyak carbon atau "radicle A". 

4. Air Ice. Banyak minum boleh menyebab bayi besar dalam janin.  

5. Makanan Segera. Banyak bahan pengawetnya.  Sekali sekala bolehlah. 

6. Minuman Pepsi,coca-cola. Dijauhkan.   Minum air soya lebih baik.  

7. Gula low calorie atau gula buatan/sintetis berupa saccharine.   

8. Merokok baik aktif maupun pasif + alkohol.

9. Buah durian. Hati-hati saja, kerana buah durian boleh menyebabkan kontraksi, lebih baik hindari saja, terutama kehamilan trimester pertama.

10. Jenis ikan laut tertentu seperti Swordfish, marilin, mackarel, tuna di takutkan adanya kandungan merkuri yg boleh menyebabkan tergangunya perkembangan saraf.

11. Makan daging setengah masak  (daging lembu, ayam dan telurnya) atau bahkan mentah dikhuatirkan mengandung virus tokso yang dapat menyebabkan jangkitan pada janin, selain itu dikhuatirkan juga mengandung bakteria e-coli dan salmonella yang boleh menyebabkan diarea teruk pada ibu hamil.

12. Jenis keju tertentu atau susu yang tidak dipasteurisasi keju lunak atau susu yg tidak dipasteurisasi berisiko mengandung sejenis bakeri listeria yang dapat menyebabkan jangkitan janin dan keguguran.

13. Kafeine. Kurangkan atau seboleh-bolehnya sekali sekala. Banyak minum air masak suam. 

14. Herbal. Hati-hati saja jika makan herbal.

15. Ubat-ubatan. Selalu berhati yang tidak disyorkan oleh doktor anda. 

16. Dark chocolate/simply chocolate. hati-hati, biasanya mengandung kafein juga

17. Pengambilan Berlebih-lebihan Multivitamin. Kelebihan vitamin juga tidak baik. seperti vit A dan D yang jika kelebihan tubuh tidak dapat membuangnya yang dapat menyebabkan risiko bayi lahir cacat.

Semoga membantu dan bermanfaat buat semuanya.

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:46 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA