Ahad, 15 Mei 2011

ISTERI-ISTERI YANG MENDAPAT PAYUNG EMAS DI SYURGA!

BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
ALAHAI...UNTUNGNYA SALIH YAACOB BERSAMA TIGA ISTERINYA.

TENGOKLAH WAJAH ISTERI-ISTERINYA YANG GEMBIRA DAN CERIA.  KALAU SUAMI ANDA NAK KAHWIN BANYAK MACAM SALIH YAAKOB..SANGGUP KE??
Betul ke! ada ganjaran payung emas untuk isteri yang mengizin suaminya berpoligami nanti di syurga? Setakat ini tiada hadith-hadith sahih mengenainya. Mana datang hadith ni?? Kalau ada terjumpa tolong emailkan cepat-cepat. Lagi satu nak cari doa kahwin lebih dari satu. Belum terjumpa lagi setakat ni. Nak tahu apa kata isteriku tentang payung emas ni!

My dearest husband, i tak minatlah payung emas tu!...., rantai emas, gelang emas dialu-alukan. Nampak gayanya gigit jarilah aku macam ni! Kempunanlah aku.... alahai!

Kata orang, lelaki yang paling disukai kaum hawa ialah lelaki jenis yang suka bergurau. memang dalam banyak kajian dibuat, lelaki yang suka buat lawak dan sentiasa ceria serta muka manis selalu mudah menggoda wanita. malah wanita mudah jatuh cinta pada lelaki dalam kategori ini. 

Sebab itulah agaknya, gadis ini sanggup jadi isteri salih yaakub yang ke empat atau abang Jem. 

EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
Bakal isteri ke 4..

Tengoklah wajahnya. nampak sangat seronok, kan? tu masa dia beritahu mengapa dia suka salih yaakub. bacalah...

“Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami. 

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

Semuga rumahtangga Salih Yaakob aman damai dan mendapat kebahagian dengan isteri-isterinya serta keluarga.

Sekian. Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 1:49 PG Kategori:

Comments
2 Comments

2 ulasan anda:

  1. Org kelakar selalu happy go lucky.... ada untungnya....

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA