Jumaat, 20 Mei 2011

ABU HURAIRAH: PERAWI HADIS TERKEMUKA

Hadith
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW:” Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:” Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan (apa yang diperintahkan nabi SAW) dan kemudian nabi SAW menggerakkan kedua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda :” Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi.” 
Huraian

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. 

Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. 

Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.


Biografi Ringkas Abu Hurairah r.a

Abu Hurairah r.a merupakan salah seorang sahabat yang banyak menghafal hadis, beliau telah dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat. Abu Hurairah berasal daripada kabilah al-Dusi, iaitu satu suku kaum yang tinggal di Yaman. Beliau juga merupakan seorang anak yang telah kehilangan bapanya semenjak beliau kecil.

Ketika dilahirkan beliau telah diberi nama Abdusy Syams iaitu hamba matahari, ini adalah kerana kaumnya merupakan mereka yang menyembah matahari. Apabila beliau memeluk Islam, Rasulullah s.a.w telah menukar nama beliau kepada Abdur Rahman Bin Sakhr. Beliau telah pergi ke Madinah bersama-sama dengan Tufail Bin Amru pada tahun ke 7 Hijrah bagi bertemu dengan Rasulullah s.a.w untuk menyatakan keislamannya.

Walaubagaimana pun beliau lebih dikenali dengan nama Abu Hurairah, ini adalah kerana sifat beliau yang menyayangi kucing. Pernah diriwayatkan pada suatu masa Rasulullah s.a.w ternampak ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam lengan baju Abu Hurairah, lalu Baginda bertanya kepadanya apakah yang bergerak-gerak di dalam lengan bajunya, rupa-rupanya terdapat anak kucing di dalam lengan bajunya. Sejak dari peristiwa tersebutlah beliau mendapat gelaran Abu Hurairah iaitu bapa kucing.

Semasa permulaan Islamnya, beliau telah menghadapi ujian dari Allah s.w.t dimana ibu yang dikasihinya masih kekal di dalam kepercayaan lamanya malah menghina dan mencaci Rasulullah s.a.w. Oleh kerana beliau terlalu sayang kepada ibunya, Abu Hurairah telah mengadu kepada Rasulullah akan perkara ini dan Baginda telah berdoa kepada Allah agar diberikan hidayah kepada ibu Abu Hurairah, berkat doa baginda ibu Abu Hurairah telah memeluk Islam.

Beliau banyak memberi sumbangan kepada Islam dan telah meriwayatkan sebanyak 5,374 buah hadis. Hadis dari beliau yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim adalah sebanyak 325 buah hadis. Beliau telah meninggal dunia pada 57 atau 59 Hijrah ketika berumur 78 tahun dan kematian beliau diibaratkan sebagai kehilangan sebutir permata yang amat berharga. Semoga Allah merahmati beliau.

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 1:00 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA