Isnin, 14 Mac 2011

JIWA YANG TIDAK TENANG.

Wahai jiwa-jiwa yang tidak tenang,


Dengarkan ini, isi hati yang hampa dan kosong. Bukan kerana dia merasakan sunyi. Tapi kerana kosong kerana sedih melihat engkau terus-terusan merasa ‘hampa dan sempitnya’ hidup (katamu). Engkau bertanya-tanya, berbisik-bisik, meminta-minta pada Tuhan :

“Tuhan kami, mengapa Engkau susahkan kami?”

“Tuhan kami, mengapa Engkau sempitkan urusan kami?”

“Tuhan kami, mengapa Engkau biarkan kami?”

Ya, engkau, jiwa-jiwa yang tidak tenang, engkau pantas bertanya kepada Tuhan atau apa-apa kepercayaanmu. Engkau bersusah hati kerana kesempitan hidup kononnya. Engkau bersusah hati kerana keterdesakan hidup kononnya.

Tapi ada engkau berfikir selepas didatangkan kepadamu ingatan dari hamba-hambaNya? Engkau tahu, engkau faham, tapi adakah engkau tahu dan faham dengan sebenar-benarnya? Adakah engkau berani menidakkan selain Dia jika diletakkan mata pedang di batang lehermu? Engkau berdoa minta dijauhkan dari fitnah akhir zaman. Namun zahirnya, bila engkau diletakkan di sedikit ujian, engkau mengalah. Engkau tidak bersabar. Engkau membenarkan lakumu (katamu terpaksa). Namun adakah keterpaksaan akan membenarkan tindakan? Adakah keterdesakkan mengiyakan kelakuan?


TIdak dan tidak akan sekali-kali menjadi ‘ya’!!!


Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang…Engkau tidak akan bertemu jawapan. Engkau tidak akan berjumpa kebahagiaan jika itu caramu berfikir dan bertindak.


Engkau tidak akan dapat mencari jalan keluar dari rimba ‘keterdesakan’ jika engkau hanya melihat sebatang dari pohon ‘masalah’. Jika engkau bertemu jalan (yang kononnya jalan keluar), percayalah, itu cuma jalan yang akan membawa engkau lagi jauh dari jalan keluar, jauh dari jawapan, jauh dari kebahagiaan. Engkau tidak akan dapat memahami erti sabar jika engkau mudah mengalah dengan keadaan. Engkau tidak akan faham erti tawakal jika engkau tidak berani menyerahkan nyawamu kepadanya bila engkau ‘didesak’.

Engkau tahu, tapi engkau tidak mahu mengaku. Engkau sedar tapi engkau mahu mengingkar.

Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang, dengarkan nasihatku. Ya aku bukan manusia-manusia hebat, Aku bukan para wali. Aku bukan mahasiswa ilmu agama, jauh sekali aku seorang aulia. Tapi aku tahu, engkau tahu aku tahu, tapi engkau tetap mahu mengalah…mahu membiarkan keadaan terus-terusan mempermainkanmu. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jawapkan aku….

Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang, tahukah engkau kenapa kita diajar tentang doa, sabar dan tawakal? Tahukah engkau kenapa? Kerana kita hamba, kita mahluk yang hina, yang kurang serba serbi. yang tak berdaya dan berupaya. Kita tak berkuasa apa-apa. Kerana kita punya batas daya dan usaha. Kita punya batas masa dan nyawa. Sehebat mana manusia , tetap
kita dibataskanNya. Kenapa? Supaya nanti kita akan sedar, Hanya DIa yang berkuasa. Hanya Dia yang berupaya.Hanya Dia yang ada. Jadi, bila kita diletakkan dalam keadaan ‘terdesak’, ‘sempit’, putus asa dan harap, digagalkan usaha, kita akan menyerahkan sepenuhnya nyawa dan masa kita kepadaNya. Jadi kenapa engkau mengalah? Apa engkau tidak percaya pada
janjiNya?

Engkau angkat tangan dan doa. Tapi sedikit sekali engkau benar-benar faham apa yang engkau minta. Jauh sekali engkau kenal kepada siapa engkau meminta. Jangan katakana engkau tahu dan faham, kerana engkau tidak berani berserah kepadaNya bila mata pedang diletakkan di batang lehermu. BIla nyawamu kononnya ditangan hambanya atau keadaan. Engkau tidak mengenalNya jadi bagaimana engkau mahu mengharap pertolonganNya?

Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang…. kembalilah pada asal dirimu. Kenalilah siapa Tuhanmu. Fahamilah janji dan ‘pesananNya’. Dalami ilmu yang sedia ada di dadamu…. Engkau tidak akan sekali-kali mengalah kepada keadaan jika engkau tahu siapa dirimu dan siapa diri Tuhanmu….

Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang…. jangan terus-terusan menipu hatimu. jangan terus-terusan menidakkan hatimu. Engkau tahu apa yang engkau lakukan ialah sesuatu yang tidak akan sekali-kali mendatangkan jawapan dan kebahagiaan. Engkau tahu apa yang aku sampaikan cuma hendak engkau tenang dan tenteram dengan janji Tuhanmu… Jadi janganlah engkau berbuat sesuatu yang nanti akan menarik engkau lagi jauh kedalam ketidakbahagiaan dan kebuntuan….

Ingat, janji Tuhanmu tidak salah dan tidak akan sekali-kali salah. Dan ingatlah jangan sekali-kali membeli dunia walaupun nyawamu dihujung mata pedang Jangan sekali-kali berputus asa mengalah walaupun engkau tidak melihat apa-apa harapan untukmu…kerana Dia sudah mengajarkan, mintalah kepadaNya dengan sabar (solat dan doa) kerana Dia PASTI akan mendengar dan menunaikan permintaan hambaNya yang sabar dan berserah sepenuhnya
kepadaNya….

Kerana Islam itu bukan cuma agama. Islam itu nyawa, darah dan nafas. Islam itu pengharapan dan kasih sayang. islam itu bukan nama yang diambil cuma bila perlu dan dibuang jika tidak.

Wassalam

Ditulis Oleh : Captain Hari: 9:28 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA