Jumaat, 4 Mac 2011

INSURANKAN DIRI ANDA DENGAN SURAH 3 QUL.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setiap diantara kita mengambil perlindungan insuran nyawa untuk melindungi ahli keluarga kita sekira terjadi apa-apa musibah yang mengakibat kematian atau hilang upaya kekal yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan. Semua aset-aset kita diinsurankan seperti rumah, kereta termasuk premis perniagaan kita. Ada sesetengah pemain bolasepak profesional dunia menginsurankan kaki dan tangan sepanjang musim perlawanan.

Bagaimana pula kita nak insuran diri kita dari perkara yang kita sendiri tidak nampak seperti gangguan jin, saka, santau, pukau dan sihir? Sebelum kita ditimpa musibah diakibatkan oleh makhluk halus dan khianat manusia yang durjana, marilah kita menjaga diri kita dan melindungi diri dari perkara tersebut. Tidak perlu bayaran premium dan hanya amalan yang mudah dibuat oleh sesiapapun. Sebelum ini banyak doa-doa yang kita pelajari tetapi yang asas sekali kita lakukan yang ini dahulu.

Cara-caranya.

1. Sebelum bangun dari tempat tidur. Ditempat tidur sambil duduk bersila, baca surah tiga Qul sambil menadah tangan. Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga.

2. Kemudian bacalah surah As-sufaat ayat 1 hingga 7 dan mohon perlindungan Allah SWT sepanjang masa. Jika tak boleh baca kesemua ayat 1 hingga 7. Baca sahaja ayat yang ke 7. InsyaAllah Allah swt akan melindungkan kita sepanjang hari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Kelebihan dan fadhilat Surah Al-Falak dan Surah An-Naas.


1. Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.


2. Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dati segala perkara yang buruk.

3. Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.

4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.

5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca/diulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah swt turunkan kepada kita supaya kita dipeliharaNya dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia. Supaya menjadi amalan kita sebagai hambaNya yang berserah bulat-bulat kepadaNya. Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya. 

Wasallam.





Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:36 PG Kategori:

Comments
10 Comments

10 ulasan anda:

  1. salam.

    Benar capt, insuran ni adalah yg paling slamat, krana ia dtg drp Allah & ada jaminan...yg penting, lakukan dgn penuh yakin. Mungkin ramai lg yg tak tau kelebihannya. Wallahu alam.

    BalasPadam
  2. sangat2 berguna untuk mengingat manusia..huhu saya tau perkara, tp manusia itu mudah lupa jika tidak diamalkan selalu.. thanx mengingatkan ;)

    BalasPadam
  3. @aliaazuan Terima kasih...jika ada lagi email lah ayat-ayatNya. jazakallah khairan.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..sangat bermanfaat....

    BalasPadam
  5. Pak ustad bagaimana klw kita telah kena sihir jahat.dan jiwa kita di belenggu atau di siksa oleh setan,krna ada seseorang yg punya perjanjian dan korbanya Anak2nya.tolong pak ustad apa doanya.krna ini ada di dlm kluarga saya.trimakasih.

    BalasPadam
  6. Kawan serumah saya telah didatangi gangguan syaitan..memudah-mudahan surah-surah ni membantu dirinya.

    BalasPadam
  7. Kawan serumah saya telah didatangi gangguan syaitan. Mudah-mudahan surah-surah tersebut dapat menghindari diri kami dari gangguan-gangguan syaitan.

    BalasPadam
  8. assalamu'alaikum wr wb........
    saya mohon izin dari saudara untuk saya gunakan....... dengan sebaik baiknya.... semoga bermanfaat bagi saya dan orang lain......
    wassalamu'alaikum wr wb
    khususon ila shohibul ijazah al fatihah...... 3x

    BalasPadam
  9. assalamualaikum wr wb.....
    saya mohon izin dari saudara ...... kepada saya untuk saya gunakan... di jalan kebenaran... semoga allah meridhoi saya untuk menggunakannya.....
    wassalamu'alaikum wr wb.....
    summa ila khususon shohibul ijazah..alfatihah...3X

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA