Jumaat, 25 Mac 2011

DOA ELAK SIHIR TAFRIQ (PEMISAH SUAMI ISTERI)


Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia. 

Hati orang kita tak tahu. Dihadapan kita nampak baik sahaja tetapi dibelakang kita, niat jahat mereka setelah tengok suami-isteri ini dengan kehidupan yang bahgia dan diberi Allah rezeki yang melimpah. 

Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.


Ayat Doa 1.



Maksudnya: 

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)


Ayat Doa 2.



Maksudnya: 

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58)
Ayat Doa 3.

Maksudnya: 

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).

Yakinlah segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT. Bukan bomoh atau syaitan yang berkuasa menentukan sihir ini. Perbuatan yang baik diminta, syurga balasannya. Perbuatan yang jahat dipohon, neraka tempatnya.

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:00 PG Kategori:

Comments
2 Comments

2 ulasan anda:

  1. Penyakit hasad dengki ada di dalam hati setiap insan....hanya kita saja yang mampu mengawalnya dari mendi PARAH.

    BalasPadam
  2. salam zmah..

    Setiap insan yg dilahirkan mmg ada sifatx tsb. Tetapi hendaklah kita keluarkan dari hati sanubari kita sifatx tsb seperti sombong,riak, dengki dll.

    Bersihkan hati sanubari dan hati kalbu dengan belajar ilmu tasawuf supaya terkikis sifatx ini dan jadi insan yg baik disisi Allah swt.

    Ubatnya bertaubat dan byk berzikir kpdNya..insyaAllah sifat dengki,irihati hanya ujud pada insan yang hatinya belum bersih.

    Insan yg hatinya bersih tiada PHD lagi... jazakallah khairan.

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA