Sabtu, 19 Mac 2011

DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK.



Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain. 


Yang lebih malang selepas berkahwin tidak sampai dua tahun sudah panjat pejabat agama dan akhirnya bercerai. Jika begitu mereka ini yang bercerai tidak ada jodoh ke? Tidak  pernah baca doa mendapat jodoh yang baik atau pakai tangkap muat sahaja. Tengok muka licin dan berharta, itu jodoh aku barangkali?? Tak pernah buat solat Istikharah sebelum berkahwin?. Atau pakai berserah sahaja tanpa berusaha. Nak minta perlu ada usaha iaitu doa. Doa adalah ibadah dan senjata orang-orang mukmin. 

Sekiranya kita memohon dan berusaha dengan pertolonganNya insyaAllah. Jodoh kita akan berkekalan. Sebelum ini penulis telah memasukkan DOA PENDEKAT JODOH. Kali ini DOA DIPERCEPATKAN JODOH dan DOA MENDAPAT ISTERI SOLEHAH. Biar lengkap doa ini.  



DOA DIPERCEPATKAN JODOH.



Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :


Ertinya:


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).

Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.  

ISTERI DAN SUAMI YANG BAIK.

Suami atau isteri yang dikahwini boleh dibimbing untuk menjadi soleh atau solehah. Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dengan ilmu agama. Yang tidak lari dari membuat kesilapan. Boleh didoakan mereka untuk menjadi baik dari sebelumnya. Semua lelaki atau wanita yang dikahwini, kita anggap seperti kain putih yang kosong. Jika ada sedikit kekotoran perlu dicuci hanya dengan berdoa disusuli dengan hati yang ikhlas. 

Menceraikan atau memukul isteri jalan terakhir sekali jika tiada pilihan lain. Begitu juga isteri yang mendapat suami yang sedemikian. Mencari suami yang "perfect" seperti Junjungan Rasulullah saw memang susah dan sukar. Apatah lagi yang perangai macam malaikat. 

Kita disarankan untuk berusaha mendoakan yang terbaik bagi diri sendiri dengan ayat-ayat suci. DOA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN selepas solat wajib begitu juga dengan doa-doa yang lain. Selepas berdoa baru tawakal dengan-Nya. InsyaAllah.

FIRMAN ALLAH SWT:
"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). 
Apabila doa dimakbulkan anda mendapat suami yang soleh jangan pula anda tidak ikut bersama melakukan amal ibadah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.


Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami mengejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya! Begitu juga untuk suami yang mendoakan supaya mendapatkan isteri yang soleh. Jangan membantah jika digerakkan bangun untuk solat tahajjud tengah malam. 


DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK/SOLEHAH:





Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Muga-muga diperkenankan Allah swt akan doa kita. ADAB-ADAB KETIKA BERDOA dan ADAB-ADAB SELEPAS BERDOA supaya dimakbulkan.


Akan datang DOA UNTUK BAKAL SUAMI YANG SOLEH....


Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 10:16 PTG Kategori:

Comments
23 Comments

23 ulasan anda:

  1. tingin nk dapat isteri yang solehah tapi modern..i mean dia bekerja, tutup aurat, jaga anak and keperluan dengan baikk..tapi layak kah aku huhuhuhuhu

    BalasPadam
  2. kehidupan wanita akan lengkap kalau mendapat suami yang soleh..kerana suami yang akan membawa hala tuju kehidupan mendatang...

    BalasPadam
  3. @Kumbang Jingga InsyaAllah jika ada niat yg baik, Allah akan makbulkan. Berdoa shj kpdNya. jazakallah khairan.

    BalasPadam
  4. @yatie Awang InsyaAllah, suami yg soleh akan membawa keluarganya menuju ke jalanNya....jazakallah khairan.

    BalasPadam
  5. bertuahnya badan andai dapat suami yg kejut utk solat tahajjud. yerla, badan dah penat anak berjaga malam, nak solat malam nak kena ada perangsang tp suami bab2 agama kena kita buat dan tzkirah dulu baru nak buat. memangla dapat pahala, tapi sampai bila, macamana nak feeling dgn suami macamni, sepatutnya dia bimbing kita tp dah terbalik. lg tensen bila tgk, blh bgn tgk bola atau berita tgh2 malam tp solat 2rakaat xrasa sayang langsung tak buat.
    kalau lelaki tentu dah buat alasan nak kawen lain...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum pada selamat berpuasa dan salam lebaran...nak diikutkan saya telah berputus asa untuk mencari pasangan hidup setelah saya kematian suami tercinta 10 tahun yang lalu...adakah saya tidak layak mempunyai pasangan hidup lagi? Dan sekarang saya hanya berdoa dan malas untuk mecari dan mencuba. Saya hanya serahkan bulat-bulat pada Allah...ada jodoh adalah tiada jodoh tiadalah

    BalasPadam
  7. Terasa diri ini putus asa mencari pasangan hidup. Yang ada hanya memeningkan kepala. Setelah kehilangan arwah suami tercinta 10 tahun lepas sekarang ini saya hanya berserah pada Allah SWT jika ada jodoh dan rezeki adalah jika tiada jodoh dan rezeki tiadalah. Buat masa sekarang saya tumpukan perhatian saya pada pekerjaan dan menuntut ilmu ke jalan Allah...insyaallah

    BalasPadam
  8. kurangkan agenda untuk mencari yang solehah tp jadikan diri sendiri seorang yg soleh, dan kurangkan agenda mencari yang soleh tp jadikan diri sendiri seorang yg solehah... kerana si soleh dan solehah itu juga manusia biasa, hatinya bisa berubah...

    BalasPadam
  9. salam...
    nak minx doa yang mohon dapat suami yang soleh :)

    BalasPadam
  10. @faezasalam faeza,

    Utk suami mmg captain belum masukkan..tunggu next N3.

    wslm.

    BalasPadam
  11. isteri solehah amat mustahil dicari di zaman ni

    BalasPadam
  12. @Tanpa Nama komen dari seorang yg kecewa dgn wanita...maaf captain. byk isterix solehah. InsyaAllah.

    BalasPadam
  13. Sakit hati bl dah kawin nk solat subuh bl dh nk syuruk... Solat sllu lmbt

    BalasPadam
  14. Sakit hati bl dh kawin solat subuh bl dh nk msuk syuruk lg plak solat sllu lmbt

    BalasPadam
  15. Sakit hati bl dah kawin nk solat subuh bl dh nk syuruk... Solat sllu lmbt

    BalasPadam
  16. doa utk dapatkan suami soleh ada tak

    BalasPadam
  17. Ass, captain , saya mohon ijin untuk mengamalkan, makasih.

    BalasPadam
  18. Ass, captain , saya mohon ijin untuk mengamalkan, makasih.

    BalasPadam
  19. Ass, pak captain, saya mohon ijin untuk mengamalkan, makasih.

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA