Rabu, 2 Februari 2011

HIKMAT AYAT 1000 DINAR




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jika kita makan di Restoran Islam, didinding selalunya tergantung ayat 1000 dinar yang tulisannya dapat kita baca dari jauh. Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. 

Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.

Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. 

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik segala doa untuk segala masalah. Banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi mampukah kita menghafal kesemua doa-doa tersebut. Hanya segelintir diantara kita yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan.

Tetapi ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis. Di kala kita dalam kesusahan yang seperti dialami oleh pelajar-pelajar di Mesir yang terkini terkepung. Ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dibaca dan dihafal sewaktu dalam keadaan darurat. 

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah dihafalkan dan fahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan. Jazakallah Khairan. 




Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."


Ditulis Oleh : Captain Hari: 3:22 PTG Kategori:

Comments
24 Comments

24 ulasan anda:

  1. assalamualaikum..trime kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  2. @sahromnasrudin semuga kita manfaatnya dan membaca ayat ini selalu...jazakallah khairan.

    BalasPadam
  3. Salam capt.
    Mmg bahaya pun kalau kita salah guna ayat2 Quran ni. Tmbah pulak gantung frame lawa2. Bkn stakat tak terbaca, pandang ayat kat frame je pun takde prasaan nak ingat Allah masa tu. Ramai juga yg gntung semata2 buat hiasan je.

    Astaghfirullah, pesanan ni utk ana spya bringat. Wallahu alam.

    BalasPadam
  4. syukran.. :)
    info yg baik untuk di kongsi bersama agar kita tidak leka di dunia yg sementara..

    BalasPadam
  5. Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah,

    MasyaAllah..ayt ilmu kebal ke..tp smua ni dgn izin Allah..
    penggantungn kpd Allah ada 3 thp. tp yg pling bgus ketika hmpir lemas, penghrpn pd Allah thp 100%..itu yg perlu kta aplikasikn dlm khidpn kta.

    BalasPadam
  6. @Nur Fannun Semua dgn izinNyz...tapi kena berusaha mendoakan dan membaca ayat seribu dinar... jazakallah khairan.

    BalasPadam
  7. mohon izin copy artikel ini untuk dikongsi di blog saya... utk manfaat bersama... terima kasih..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum..saya nak letak post ni dalam blog saya ya. perkongsian yang sungguh bermanfaat..

    BalasPadam
  9. salam roha,

    Teruskan usaha murni ini..

    jazakallahu khairan.

    BalasPadam
  10. Salam captain
    Saya nak tahu apa maksud jazakallhu khairan. Maaf insan da'if cetek ilmu...

    BalasPadam
  11. Salam,

    Jazakallahu khairan ialah doa terima kasih kepada seseorang... Maknanya "SEMUGA ALLAH SWT MEMBERI BALASAN YANG BAIK KEPADA KAMU".

    WSLM.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum.Semua yang seiman di malaysia ayat ini sangat bagus untuk diamalkan
    Salam Makmun Nasution Medan Indonesia
    facebook:makmun74@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam sobat,

      Terima kasih sudi memberi komen diblog captain..

      jazakallahu khairan.

      Padam
  13. Assalamualikum
    Ayat Ini Sangat Bagus Untuk Kehidupan Sehari-hari
    Salam Kenal Makmun- Medan Indonesia

    BalasPadam
  14. assalamualaikum,,sebenarnya dah lama sya cari maksud ayat seribu dinar ni,hnya skadar mngamalkan,,tp stlah baca dri blog anda sya brterima kasih sngat,smoga Allah memberkati apa yg anda sampaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Terima kasih, ambillah doa dan ayatx mana yg sesuai buat kamu amalkan...insyaAllah dipermudahkan.

      wslm.

      Padam
  15. terima kasih kerana berkongsi sesuatau yang baik dan bermnafaat...

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah. Jazakallah captain di atas ulasan

    BalasPadam
  17. artikel yg sgt best.. mohon izin share di blog sy juga, jemput encik captain jalan2 ke www.ilhamfamilysihat.blogspot.com. terima kasih :)

    BalasPadam
  18. terima kasih atas artikel yg sgt best ni.. mohon izin share di blog sy juga.. jemput encik captain jalan2 ke www.ilhamfamilysihat.blogspot.com. terima kasih :)

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum... Terima.kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat ini..

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA