Jumaat, 25 Februari 2011

Banjir kilat landa ibu negara - Tak guna buat Terowong SMART!



Banjir kilat adalah banjir yang tidak disangka akan berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang turun untuk jangka waktu yang singkat. Apa gunanya ada Terowong SMART tapi tidak digunakan untuk mengelakkan banjir kilat di ibu negara. 

Terowong SMART yang berharga RM 1.9 Billion yang sepatutnya mengalirkan air yang berlebihan dari sungai Gombak dan Sungai Bonus digunakan  dan tidak terjadilah banjir yang mengakibat 12 buah rumah di Taman Sri Rampai dinaiki air serta mengakibat kesesakan lalulintas yang teruk petang semalam.

Lepas ni ubah Nama "SMART Tunnel" ke nama lain yang lebih sesuai sebab tak berapa smart macam ni. Masih menyusahkan orang ramai bila hujan lebat sikit. Jika banjir besar macamana? Mungkin lebih teruk lagi macam ni! Buang duit rakyat sahaja RM 1.9 Billion. 

Begitulah kita boleh membina segalanya. Tapi tak boleh mengelak kuasaNya.. Kerdilnya kita di muka bumi Allah swt. 

Nak baca klik : BANJIR KILAT

Jazakallah khairan. 

Ditulis Oleh : Captain Hari: 9:07 PG Kategori:

Comments
14 Comments

14 ulasan anda:

  1. btoi2..aku sokong dengan kau..kita hanya boleh membina apa saja untuk mengelak dari malapetaka, tp, belum tentu ia berhasil..

    if ada masa, jemputlah ke http://zudientstory.blogspot.com

    BalasPadam
  2. ni lah, saye tgk kt berita semalam..subhanallah...mcm2 hal..mujur saye tak kene ke pusat bandar nak pergi balek kerja..
    tp kesian sgt tgk mereka yg bermotor tu..

    jemput ke rumah,
    http//laydie-dda.blogspot.com
    keep in touch ye..♥♥♥

    BalasPadam
  3. @Dda Ly Salam DDaly...Lain kali elak kawasan ni...bila hujan lebat nnt...

    BalasPadam
  4. Salam.

    Kuasa manusia mmg tak mampu nak menandingi kuasa Allah. Begitulah kehendakNya. Wallahu alam.

    BalasPadam
  5. Banjir lagi.. kot-kot ada jalan ketapi tak siap blok air macam kata TokJijan atau tak buat terowong kat Rantau panjang pong banjir jugak tiap-tiap tahong

    BalasPadam
  6. @joecharlie Banjir kerja Allah swt...buat macamana pun kita hanya berusaha..Dia yg menentukan segalanya..

    BalasPadam
  7. @aliaazuan Hanya dia yg berkuasa atas segala sesuatu...jazakallah khairan.

    BalasPadam
  8. dah nama pun ciptaan manusia , x kan segala banjir dia boleh tahan ? apsal membazir pulak ? org dkt Afrika tu kerajaan dia dok beli senjata jer pasal nak berbunuhan sesama puak, pon dia redha jer.Kita patut salah diri sendiri, longkang perparitan jadikan macam lori sampah !! , then salah kerajaan pulak ? jumud betul la .

    BalasPadam
  9. @couver betul tu, tengok kat longkang ngan parit kita pun dah tau. mangkuk tandas pun macam macam sumbat..

    BalasPadam
  10. membuat binaan mengurangkan masalah banjir kilat bukannya melawan kekuasaan Allah. macam kita naik keta pi mana mana, nanti esok org kata kita cuba melawan kuasa Allah, dah bagi kaki tak besyukur p beli kereta.

    bila masalah berlaku kita desak pemerintah untuk selesaikan. contohnya buat terowong la apa la, tapi bila dah buat kita kata manusia mencabar kuasa tuhan.. macam kes pembenihan awan hari tu.. padahal itu cuma ikhtiar.. ok la dari pada berdoa siang malam tapi tak buat inisiatif, sia sia jugak. Jgn marah saya komen mcm tu.. makna nya blog tuan dah dikenali oleh google, buat carian senang muncul. syukurlah.. ada blog yang hujah berpage2 tapi takde traffic, takde org nak baca, inikan pulak komen..peace

    BalasPadam
  11. kita berusaha, bukan nak menandingi kuasa Allah.. dari segi peratusan mungkin kekerapan banjir dapat dikurangkan, tapi semua benda ada limit dia, mungkin kali ni jumlah hujan yang turun diluar kemampuan Smart..

    BalasPadam
  12. berjaya atau gagal terowong smart tak kisahlah... yg penting, kroni suda masyuuuk...

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama Salam,

    Biasalah Kroni mesti dpt punya...10% berapa ratus juta??.

    wslm

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

FEEDJIT

ARKIB

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission