Jumaat, 7 Januari 2011

TANDA-TANDA ORANG JATUH CINTA.


Sebelumnya penulis telah menyajikan tiga tanda iaitu orang-orang mukmin, dan orang-orang munafik termasuk jatuh cinta pada Allah SWT. Kali ini pula tanda-tanda orang yang jatuh cinta kepada insan lain. Perasaan cinta adalah satu anugerah yang hebat Allah SWT kurniakan pada hambaNya. Cinta ibarat angin taufan yang tidak dapat dibendungkan. Jika cinta itu bersemi dalam hati, segala halangan pasti akan dihadapi walaupun mengorbankan diri. Perasaan cinta jika dikawal dengan baik akan membawa kebaikan ke akhir hayat. Tetapi jika tersilap langkah maka meranalah badan menanggungnya sepanjang hayat.


Setiap orang akan merasakan perasaan jatuh cinta dalam hidupnya. Jatuh cinta memang berjuta rasanya. Meski demikian, banyak orang seringkali tak sedar sedang jatuh cinta. Mereka terlalu hanyut dalam buaian asmara. Diantara sifat dan tanda-tanda seseorang telah jatuh cinta pada insan lain.


Emosi
Merasa bahagia memiliki hubungan dan mengambil berat melebihi diri sendiri. Ini petanda jatuh cinta. Apalagi jika rasa prihatin melebihi diri sendiri. Diri sendiri kurang peduli.

Selalu ingin bersama
Individu yang sedang jatuh cinta biasanya merasa selalu ingin bersama. Itu wajar kerana seiring tumbuhnya rasa cinta, Anda akan menganggap pasangan bagai oksigen yang tak boleh dilepas.

Selalu Berhubung
Berhubung antara satu sama lain tidak kira malam atau siang dan tak pernah putus bagi mereka yang sedang dilanda demam cinta. Tak hanya tatap muka, Berhubung melalui telefon yang menjadi satu kemestian. Meski hanya menanyakan hal-hal remeh seperti "sudah makan" itu sudah menjadi pertanda kuat bagi pasangan jatuh cinta.

Melamun
Mereka yang sedang dimabuk asmara seringkali hilang fokus. Fikiran mudah melayang  sehingga berpotensi mengganggu tugas-tugas penting. Tak jarang terlihat melamun, hanya memikirkan si dia dan masa depan bersamanya. Bagi yang masih belajar bila banyak mengelamun akan menjejaskan fokus kepada pelajarannya.

Selalu ingin kelihatan menarik
Saat membangun sebuah hubungan, tanpa sedar anda melakukan perubahan. Selalu ingin tampil menarik di depannya, itu menjadi salah satu pertanda. Anda ingin selalu menarik perhatiannya.

Selalu ingin membantu
Ketika seseorang jatuh cinta, apapun rela dilakukan demi mendapatkan simpatinya. Rata-rata seorang lelaki rela menghantar kekasihnya kemanapun pergi. Termasuk membantunya mengatasi kesulitan.

Semuga petanda jatuh cinta perlu disemai bersama keimanan supaya kekal dilandasan yang betul. Tidak akan berlaku perkara-perkara yang tidak baik selepas itu.

Wasallam.
 

p/s.
Yang ini petanda jatuh cinta kepada insan tetapi awas jika tanda-tanda ini terdapat pada suami atau isteri anda. Lekas-lekas ambil tindakan segera....Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama..diambil orang. 


INI MY FAVOURITE SINGER SEMASA BELUM KAWEN SAMPAI SEKARANG.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 9:00 PTG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA