Isnin, 17 Januari 2011

PULAU MALDIVES, TEMPAT BERBULAN MADU.



Sekiranya anda ingin berehat bersama pasangan anda untuk berbulan madu. Sebuah pulau batu karang yang airnya cetek dan pantai yang putih bersih tidak tercemar langsung, lawatlah Pulau Maldives. Pulau Maldives terletak ditengah lautan berdekatan India dan Sri Lanka. Pulau ini adalah menjadi satu destinasi pelancungan untuk pasangan berbulan madu.

Bagi pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin elok juga kesana untuk memperbaharui ikatan cinta yang sudah lama longgar dan pudar pasti akan bersemi kembali  cinta kepada pasangan anda yang dipengaruhi oleh suasana romantik keindahan pulau dan permandangan yang cantik serta mendamaikan hati. Mungkin selepas bercuti disini, pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin, kisah cinta baru anda akan berputik semula selepas terpadam ditelan masa. Bersemilah cinta baru yang segar.

Walaupun bungalow mewah "The Maldives" yang menjadi sasaran utama bagi para pengunjung. Air yang jernih dan suasana yang seperti halnya pulau  Perpemandangan luas ini mempunyai keindahan yang sangat luar biasa. Dengan pemandangan batu karang, mengapung di samping lagun yang cetek berwarna kilauan biru, dengan batu karang murninya penuh dengan technicolor karang dan kehidupan dalam laut yang bermacam-macam, dengan pohon kelapa dipantai yang berumbai-rumbai dan perairan kristal membuat suasana semakin romantik dengan menikmati keindahan yang semulajadil. Dijamin, para pasangan muda yang ingin berbulan madu tempat ini sangat disyorkan.

Pantai berpasir putih yang luas dan pulau-pulau yang tak berpenghuni layaknya dalam cerita Robinson Crusoe, lagoon-lagoon besar di tengah-tengah pulau dan pemandangan laut dengan kilauan warna biru dan turquoise yang indah. Maldives menawarkan semua keindahan ini dengan 1,190 pulaunya yang tersebar di Samudera India yang luas.




Dengan kemudahan tanpa visa selama 30 hari, Maldives membuka pintunya lebar-lebar sebagai destinasi pelancungan dan bulan madu yang makin dikenal luas. Bahkan Tom Cruise dan Katie Holmes menikmati bulan madu mereka di salah satu resort di Maldives.



Dari Singapura, Maldives dapat dicapai sekitar 3.5 jam penerbangan. Tapi janganlah berpuas dahulu ketika Anda mendarat di Ibu Kota Male. Keindahan yang menanti Anda berdua berada di luar pulau utama.


The Sunny Side Up Islands




Sambil terbang dengan pesawat air, Anda dapat menikmati pemandangan birunya laut di bawah Anda. Sesekali, nampak pulau-pulau kecil dengan danau-danau atoll di tengah-tengahnya bak seperti telur mata lembu yang mungkin baru saja Anda santap. Dalam beberapa saat, Four Seasons Maldives di Landaa Giraavaru di Baa Atoll telah menanti Anda. Sebuah resort dimana keindahan alam berpadu dengan tersendiri yang eksklusif di tengah-tengah pulau batu karang dengan sebuah danau air tawar yang begitu nyamannya.




Villa anda telah menanti. Sebuah Water Villa di tengah-tengah laut yang dihubungkan dengan jetty ke daratan. Hanya anda berdua dan ikan-ikan kecil yang berenang di air yang bening di bawah villa Anda. Sekali-kali ikan barracuda melewati water villa anda. Sebuah vista yang begitu indahnya dikala matahari terbenam di horizon sebelah Barat. Hanya riak lembut yang terdengar dan kerlipan ribuan bintang di langit menemani, ketika anda bercinta di tengah-tengah laut yang tenang di Baa Atoll kepulauan Maldives. Sebuah klimaks dari keindahan bulan madu anda!





































Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:38 PTG Kategori:

Comments
2 Comments

2 ulasan anda:

  1. Subhanallah mmg cantik..Teringin nak pi Pulau ni..banyak kali ajak hubby pi dia tak suka Pulau Maldives...

    BalasPadam
  2. @anakmuaallaf Tak apa kak Leha..pujuk balik che abang tu, nnt cuti sekolah ni boleh pergi honeymoon..

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA