Ahad, 16 Januari 2011

KHASIAT AIR ZAM-ZAM MEKAH AL-MUKARRAMAH




Selalunya apabila kita mengunjungi rakan atau saudara yang baru balik buat haji dari Mekah. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, kismis, kacang cerdik dan lain-lain serta pemberian tasbih sebagai hadiah. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam-zam dari Mekah. Namun, sebenarnya air yang satu ini punya khasiat yang tidak kita temui dalam air lainnya.  

Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah pernah ditanya, 

“Apakah ada hadith shahih yang menjelaskan mengenai khasiat air zam-zam?”

Beliau menjawab, 

“Telah terdapat beberapa hadith shahih yang menjelaskan mengenai kemuliaan air zam-zam dan keberkatannya.

Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut air zam-zam,

“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkahi, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”

Ditambahkan dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW mengatakan,

“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”

Hadith-hadith di atas menunjukkan khasiat air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh ula menjadi ubat penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.

Termasuk sunnah adalah meminum beberapa dari air tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW kerana di dalam air tersebut terdapat keberkatan. Air tersebut boleh menjadi makanan yang baik dan makanan yang diberkati. Air tersebut disyari’atkan untuk dinikmati jika memang mudah didapatkan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Hadith-hadith tadi sekali lagi menunjukkan pada kita mengenai khasiat dan keberkatannya sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Air itu boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat penyakit. Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya.

Sejarah Wujudnya Air Zam-Zam 

Yang nyata, air zam zam hanya ada di kota suci Makkah tidak di tempat lain. Begitupun, mungkin ramai yang kurang mengetahui status air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu taksub dengan kehebatannya. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang. 

Dan mungkin ramai yang tidak tahu betapa asal usul nama penghulu segala air itu ialah `Zome-Zome' bermakna berhentilah mengalir. Ketika menemui mata air dalam cuaca terik di padang pasir, Siti Hajar menutupnya dengan batu dan pasir kerana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sehingga kiamat. Bukan setakat itu, air zam-zam juga mempunyai terlalu banyak khasiat khususnya dari segi perubatan dan kesihatan. 

Kelebihan Dan Khasiat Air Zam-Zam 

Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata: 

"Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai." 

Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: 

"Siapakah yang memberi saudara makan?"

Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam. 

"Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus." 

Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: 

"Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." 

Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah. 

Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata:

"Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini." 

Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing. 

Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran di Kaabah pada 2. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada 1187 serta 1203.

Adab Minum Air Zam-Zam 

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zam zam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: 

"Tuan datang daripada mana?". 

Lelaki itu menjawab ringkas: 

"Saya baru lepas minum air zamzam." 

Saya bertanyakah perkara ini: 

"Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?." 

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: 

“Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan." 

Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan. 

Wallahu'alam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 6:10 PTG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA