Sabtu, 8 Januari 2011

BADAN AMAL KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA (BAKAT) TIDAK MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN!!!


Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia yang nama singkatannya BAKAT adalah Badan Amal yang dianggotai oleh isteri-isteri tentera seluruh Malaysia. Jika dahulu semasa suami bertugas membuat operasi berbulan-bulan diperbatasan. Maka isteri-isteri yang berada di Kem tentera yang mendiami kuarters akan bersama-sama dengan aktiviti BAKAT seperti belajar memasak, gubah bunga dan berbagai aktiviti lain untuk mengisi masa lapang sementara menunggu suami pulang dari perbatasan.

Ada baiknya aktiviti BAKAT ni, banyak yang tak baik penulis dengar rungutan dari anggota peringkat bawah. Jika suami pangkat koperal di kem bila berjumpa dengan pegawainya, koperal itu akan panggil "tuan". Begitulah juga isterinya akan memanggil isteri pegawai tersebut "puan". Hormat menghormat adalah sesuatu yang baik dalam Islam. Tapi sesetengah isteri pegawai, pangkatnya lebih tinggi dari suaminya. Jika pangkat suaminya "mejar", isterinya pangkat "Leftenan Kolonel". Tapi bukan semua macam tu. Banyak isteri-isteri pegawai yang baik bergaul dengan isteri prebet dan sarjan. Sampai sekarang isteri penulis masih diingat oleh peringkat bawah kerana terlalu mesra.

Yang tak berapa seronoknya. Jika isteri tidak hadir ke aktiiti BAKAT, keesokkan suaminya kena panggil oleh pegawai atasannya dan kena beri tunjuk sebab kenapa isteri ponteng BAKAT. Peluang kenaikan pangkat dan kursus juga bergantung kepada isteri yang rajin menghadiri Aktiviti BAKAT. Itu zaman dahulu tetapi sekarang tak tahulah mungkin sudah berubah. Atau pun ada kroni-kroni yang selalu mendapat peluang ini.

Kali ini kes yang membuat penulis bengang sangat kenapa BAKAT lepas tangan dan tidak menolong kes Siti Aishah ini. Beliau tidak diberi wang nafkah oleh suaminya yang masih berkhidmat. Beliau mempunyai tiga orang anak untuk disara.

Pihak tentera hendaklah memantau kes begini kerana imej tentera dan slogan "Taat Setia" yang dilaungkan selama ini jangan diperlekehkan oleh masyarakat. Aduan mangsa isteri yang mengadu suaminya membawa wanita lain balik kerumah untuk melakukan maksiat patut dipandang serius. Sangat memalukan imej tentera. Seperti tiada undang-undang dan tindakan langsung yang diambil dari pegawai atasan. Kata perpatah melayu "Kerbau sekor yang membawa lumpur, habis semua terpalit".    

Jika betul suaminya ada membawa wanita lain balik ke rumah melakukan maksiat seperti yang didakwa bekas isterinya. Pihak atasan patut ambil tindakan segera "discharged" anggota ini dibawah Seksyen 87 AKTA ANGKATAN TENTERA kerana memudarakatkan perkhidmatan Angkatan Tentera. Jangan dibiarkan lama sampai pengetahuan masyarakat luar.

Jika dibiarkan tanpa susulan tindakan pihak atasan di akhbar, imej Angkatan Tentera semakin hari semakin tercalar. Banyak insiden berlaku menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran. Insiden kehilangan alat-alat ganti dan injin pesawat jet F5e masih hangat lagi diperkatakan. Penulis adalah bekas tentera yang sayangkan dengan perjuangannya. Jangan kerana beberapa insiden begini yang memalukan, imej ATM yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat. Jika dahulu seorang anggota tentera yang berunifom masuk kekampong, banyak mata memandang dan senyum kerana bangga dengan unifom tentera. Bila pakai unifom tentera, penulis cukup semangat dan bangga. Adakah anggota tentera sekarang masih lagi bangga dengan unifom tentera atau malu?? Ada yang membuka unifom bila balik rumah dari kem. Jeneral-Jeneral kat atas sana tengok-tengoklah kebajikan anggota bawahan ni!. Sampai masa juga kamu berhenti tentera dan jadi orang awam. Tak ada orang awam yang nak panggil kamu tuan lagi. Jangan asyik main golf bersama kroni-kroni....

Wasallam.

Siti Aishah tak layak terima kemudahan ATM

KUALA LUMPUR: Mangsa pukul dan cerai talak tiga, Siti Aishah Azli, 28, tidak layak menerima kemudahan disediakan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk sebagai ahli Badan Kebajikan Amal Angkatan Tentera (Bakat).

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Faridah Hanim Abdul Ghani berkata, Bakat ATM hanya membantu ahlinya yang masih dalam perkhidmatan dalam perkara kebajikan berpandukan garis panduan disediakan.

“Kami dimaklumkan, Siti Aishah diceraikan suami beliau dan secara automatik, beliau tidak lagi layak menerima bantuan atau kemudahan dari Bakat ATM.

“Bagaimanapun, kebajikan anak beliau akan diberi perhatian dan bantuan sewajarnya jika diperlukan. Perkara ini juga dipanjangkan untuk tindakan susulan berkaitan,” katanya.

Faridah berkata, kenyataan itu susulan tuntutan Siti Aishah yang mendakwa Bakat lepas tangan daripada mahu membantu menyara kehidupan keluarganya selepas bekas suami, seorang anggota tentera menceraikannya dan tidak memberi wang nafkah.

Muka depan Harian Metro keluaran 29 November tahun lalu melaporkan seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.

Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.

Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 10:16 PG Kategori:

Comments
23 Comments

23 ulasan anda:

  1. hmm bila baca kisah ni mmg teringat masa kecik2 dulu mak mmg wajib g 'bakat' ni, kalau tak pergi ayah yg kena... termasuklah saya, masa tu seronok jerr naik truck askar, lepas tu mak mmg praktikkan apa yg dia belajar dari segi masakan dan gubahan...

    BalasPadam
  2. @gabanMorka korupsi atau kurap dlm ATM.... Kena cari penawarnya....

    BalasPadam
  3. @aeinio salam..anak askar ni... bila ayah berhenti? betulke capt tulis ni? seronok jadi anak askar tau...

    BalasPadam
  4. hehehehe...betul lah bila baca nie teringat yang dulu mak saya pun ahli bakat..ajk kebajikan lagi..selalu teman dia g hospital tgk baby baru...yang best nyer ada org dtg jemput kat umah naik larover tue~

    BalasPadam
  5. Bakat Laut lebih baik dari Bakat Darat !!!!!!

    BalasPadam
  6. @Rashifa Roslisalam, aktif juga ibu ni..ada baik jika Ibu BAKAT kat kem itu pandai jaga perhubungan dan kebajikan isterix anggota...jangan pulak ada kasta-kasta yg pernah terjadi...

    BalasPadam
  7. @Pak Oncu Mungkin ada kebenarannya...tak dinafikan...

    BalasPadam
  8. BAKAT..badan kebajikan keluarga ankatan tentera sekarang ini telah jauh menyimpang dari kebajikan yg sebenar. sekarang ini lebih kepada sosial dan unsur2 yg hiburan.
    bayangkan..setiap kali mesyuarat bakat..apa yg diperbincangkan ttng aktiviti yg akan di buat sepanjang tahun..kebajikan mmg ada diselitkan..tapi x macam dulu..contoh yg ketara
    - bagi isteri2 yg x hadir bakat..maka bila pindah x ada hadiah atau cenderamata..tapi pandangan saya..cuba pengerusi/ajk jenguk2 lah ahli2 yg x hadir tu..sekurang2nya ambik tau kenapa x hadir..mungkin ada masalah yg x mampu nak dikongsikan..kita di kem gunakan tenaga suami..terutama lain2 pangkat..tapi isteri2..x diambik kesah..yg di raikan.di julang2 hanya yg hadir bakat..cuba ulangkaji balik lirik lagu bakat...membuat amal sentiasa..membela isteri tentera..dimana pembelaan tu kalau hanya mengutama kan yg tunjuk muka kat bakat ja. cuba melawat la tmpt tinggal anggota sesekali..ambik tau masalah anggota...jgn pentingkan sosial dan hiburan..dan lawatan2 yg besar ja.
    - lagi satu bila suami yg sakit..ada setengah pengerusi buat pengumuman bakat x wajib melawat..dah jadi lain kononnya..bkn kah time suami sakit tu lah masanya bakat nak tunjukkan kebajikan..melawat isteri yg dlm masalah..memberi sokongan moral dan ambik tau apa masalah sepanjang suami x sehat...( ini cuma sebahagian)
    ni cuma pandangan dari saya supaya supaya bakat tidak lari dari agenda sebenar bakat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.. Tanpa Nama.

      Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan tentang isu aktiviti BAKAT di tempat kerja suami.. memang kebelakangan ini aktiviti BAKAT banyak tidak selari dengan namanya sebagai Badan Kebajikan Keluarga AT. bayak aktiviti yang dianjurkan berbentuk hiburan, banyak isteri2 tertekan dengan aktiviti2 tersebut terutama golongan isteri yang bekerja. Kebiasaannya, hari cuti boleh bersama2 anak dan membuat tugasan rumah tangga terabai bila terpaksa menghadiri BAKAT. Pegawai2 BAKAT pula terpaksa mencari ahli2 BAKAT untuk memenuhi keperluan aktiviti yang telah dirancang. Ini kerana jadual tersebut terpaksa dipenuhkan juga walau bagaimanapun utk setiap tahun.
      Mengenai melawat ahli BAKAT yang tidak hadir itu sesuatu usul yang baik, tetapi bagi saya, kebanyakkan bukan bermasaalah, tetapi memang tidak mahu hadir kerana ingin berehat dan melepaskan lelah setelah penat bekerja seminggu ataupun memang tidak berminat dengan aktiviti BAKAT yang tidak berapa sesuai.
      Melawat ahli2 BAKAT yang bersalin, dan sakit adalah amat2 dialu-alukan memandangkan kebanyakkan ahli BAKAT yang menghadapi masalah demikian selalu dilawati oleh anggota pranita sahaja sebagai syarat.
      Walaubagaimana pun BAKAT masih releven, cuma ubah cara perjalanannya supaya lebih baik.

      Padam
  9. salam Anon,

    Memang banyak yg tak ikut matlamat penubuhan BAKAT.. Dah jadi mcm tempat menunjukx kuasa dan pengaruh. Sepatutnya dibubarkan sahaja...menyusahkan suami pun banyak dari kebaikan...Biar yg diatas shj aktif sebab yg dibawah banyak yg susah...nak cari keperluan hidup. Nak jaga suami yg tension lps balik dari kem. Nak jaga anak dan mcm lagi masalah yg pihak atas tak nampak pun atau buat tak nampak...menyampah betul dgn BAKAT yg banyak unsur hiburan dan sosial yg tak bawa manfaat kpd anggota bawah...

    BalasPadam
  10. isteri tak hadir mesyuarat/perjumpaan/aktivti BAKAT kena buat surat tunjuk sbb, istri berkerja, bila isteri buat surat,masih ada lagi yg tak percaya, kata surat tu alasan saja, so suami tetap juga 'kena'.. cuba pula pasukan tpt suami berkerja buat surat dan hantar kat majikan tpt isterinya berkerja minta pelepasan utk hadir BAKAT? pastu kalu majikan isterinya tu potong gaji, boss suami tolong bayarkan dan sekiranya isteri berhentikan kerja, boss suami beri gaji bulanan kat isteri yg kena berhenti tu.. ? emmm.. pasti 100% kehadiran BAKAT

    BalasPadam
  11. @Anonymous Sampai teruk mcm tu! too much BAKAT sekarang. Kepada yg isteri bekerja. Jgn jadikan BAKAT periority utama. Kerjaya lebih penting...Tak ada beras dan lauk nak makan...adakah BAKAT dtg hantar pada yg susah?.

    Selepas berhenti tentera, ATM atau BAKAT akan lupa kamu siapa. Kadang-kadang hari penting dlm tentera...bekas tentera pun akan dilupakan. Yang pangkat besarx dijemputlah... Jadi keutamaan kerjaya sendiri yg lebih penting dari BAKAT. WSLM

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu...btl tu kapt...sy kja di UPNM, suami tmpngn 1RAMD (duty istana negara)..jumaat lps sy terlibat dgn xtvt pejabat (sy bekerja betul2 di bawah Naib Canselor), so tentulah sy utamakan kerja sy drp g BAKAT...n akibatnya hubby dipanggil oleh OC MARKAS yg gila kuasa...

      TO OC MARKAS, harap kaji dulu JD (job discription) anggota tumpangan yg di tugaskan menjadi tetuang di ISTANA NEGARA...kebajikan xdijaga, tp ada ati nak kenakan tindakan..dr 2009 hgga skrg, slip gaji Hubby masih dihantr ke unit asal di 2RAMD..

      Padam
    2. huhuhu...sy bekerja di UPNM, hubby pl tumpangan 1RAMD (duty tetuang di ISTANA NEGARA)..pd mgu lps, sy terlibat dgn xtvt opis..so sy xpergi xtvt BAKAT..xpasal2 mgu ni hubby kena panggil ngadap OC Komp MARKAS yg gila kuasa...

      To OC Komp MARKAS 1RAMD,
      kaji terlebih dahulu JD (job description) anggota tumpangan yg ditugaskan menjadi tetuang di istana negara...klu betul nak tunjuk kamu tu ketua, jg kebajikan org bwh bkn cr slh org bwh..dari 2009 menjadi anggota tumpangan di sg besi, mengapa slip gaji masih dihntr ke sg ara, penang???anggota kamu xcukup ramai ke sampai nak sibuk sgt hal anggota tumpangan yg setakat 4org???

      Padam
    3. Anggota tumpangan tertakluk kpd unit yg ditumpang..Anggota tumpangan ibarat anak tiri..kadangx welfare mereka juga diabaikan oleh OC unit tsb...OC kena bagitau Ketua Kerani tentang payslip itu dialamatkan ke unit tumpangan sekarang..Banyakx bersabarlah dgn karenah OC. Jadi OC kena ada tolak ansur dlm perkara ini. Baru dihormati oleh anggota bawah. Baru anggota bawah tidak rasa dianaktirikan..

      wslm

      Padam
  12. saya baru ja kawin,n dah sbulan tinggal kat kuartes,tringin sangat nak pergi bakat..tp suami saya xbagi..dia kata nnti dok gosip ja lebih..

    BalasPadam
  13. Salam, Keapda yang memerlukan bantuan seperti dibawah;


    SKIM PINJAMAN BANK KHAS UNTUK PESARA KERAJAAN, TENTERA, POLIS, DAN BALU

    Syarat syarat dan kelayakan ;

    • pesara kerajaan, tentera, Polis dan balu
    • pencen RM750 ke atas
    • tempoh bayaran balik sehingga umur 70 tahun
    • Tempoh pinjaman dari 3-15 tahun
    • Pinjaman dari RM5,000-RM150,000
    • Interest 5%
    • Blacklist CCRIS CTOS boleh memohon

    Boleh digunakan untuk ;
    • Melangsaikan hutang kereta/rumah/credit card
    • Membesarkan/memulakan perniagaan
    • Mengerjakan umrah/melancung
    • Membaiki/membesarkan rumah
    • Dan lain lain

    Bantuan akan di hulurkan sehingga berjaya, Insyaalah.

    Harap dapat dipanjangkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang mungkin memerlukan pinjaman ini untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan cara yang selamat ini.

    SEGERA ! ambillah peluang ini sebelum skim ini ditamatkan.

    Hubungi : 013 2392990 Ab Rahim
    Email : abrahim_my@yahoo.co.uk

    NOTA : Untuk semak kelayakan : sms / email kan jumlah pencen bersih bulanan dan umur.

    BalasPadam
  14. Menarik juga blog ni ya. Saya dah 7 tahun berkahwin dengan tentera lLLP. Saya pernah menghadiri Bakat sekali, itu lah pengalaman yg pertama dah terakhir kot. sebabnya ada banyak insiden hampehh yang berlaku dipan mata saya. dimana isteri isteri pegawai memberi arahan kepada isteri LLP untuk membuat kerja kerja seperti mencuci pinggan dan mengutip sampah sarap. Isteri pegawai duduk melepap dengan gaya masing masing. Hah menyampah tak terkata, sedangkan ada di antara isteri LLp itu sendiri adalah Dokter dan Akauntant, mereka sendiri pun ada maid di rumah. persoalan nya kenapa pangkat suami memberi kesan dalam bakat ini? salah ke kalau semua bekerja sama? Yang berpangkat itu sang suami. Hidup dengan protokol konon. Menyampah la bila mana setiap perjumpaan Bakat merupakan perjumpaan untuk berlagak dan bermegah megahan bagi isteri isteri Pegawai. Saya memang tak berminat untuk join lagi sejak itu. Dan xtvt yang dijalankan semua untuk sosial spt tarian poco poco, bowling, tak da pulak yang terfikir Bakat ini patut g dengar syarahan agama ke. Pastu nak kenakan hukuman kepada suami kalau isteri tak hadir. Apakah makna semuanya. Kepada yg terlibat tu, kaji semula apa ertinya Bakat itu duwujudkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BAKAT sudah tak relevan lagi pada masa kini...hanya sesuai utk isterix yg berlagak sombong lebih dari suami mereka..

      Padam
  15. ya, adakala nya Bakat memang menyedihkan....mereka x ambil tau konsep sebenarnya Bakat....lagi pn x pernah dibentangkan garis panduan tentang BAKAT...so x ada apa2 yg boleh dibuat kecuali semua pihak mengambil serius tentang Bakat ni...jangan jadikannya hanya tempat untuk berkumpul seminggu sekali sahaja.....

    BalasPadam
  16. Ada pengerusi yang tidak berperihatin langsung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai begitu sekali jadinya..jgn jadi pengerusi jika tak ada sifat kepimpinan...salah satu sifat pengerusi..kena prihatin dgn orangx dibawahnya.

      wslm.

      Padam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA