Khamis, 6 Januari 2011

Adakah Kita Tergolong Dalam Golongan Orang-orang Yang Munafik?





Seorang Sahabat,  Hudzaifah r.a pernah berkata: 

"Orang-orang munafik sekarang lebih jahat (berbahaya) daripada orang munafik pada masa Rasulullah saw. Ditanyakan kepadanya: Mengapa demikian? Hudzaifah menjawab: Sesungguhnya pada masa Rasulullah saw mereka menyembunyikan kenifakannya, sedangkan sekarang mereka berani menampakkannya. (Diriwayatkan oleh Al Farayabi tentang sifat an nifaq (51-51), dengan isnad shahih)".


Pernyataan sahabat Hudzaifah r.a itu diucapkannya pada 14 abad yang lampau. Jika demikian, bagaimana dengan orang-orang munafik pada abad ini?

Jika selama ini tanpa disedari kita tergolong dalam orang-orang yang munafik, lekas-lekaslah bertaubat dan kembali ke jalanNya. Jangan sampai sakaratul maut mendatangi kita dahulu sebelum terlambat.

Baca ini dan lihat adakah tanda-tanda ini masih kuat dalam diri kita termasuk penulis ini?. Astighfar...x100 kali.


50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK 


1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT.
3. Melalaikan solat fardu.
4. Mempercepat mengerjakan solat.
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah.
6. Meninggalkan solat Jumaat.
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi.
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan.
10. Riak.
11. Hasad dengki.
12. Dusta.
13. Mungkir janji.
14. Bakhil.
15. Fitnah.
16. Mencaci maki.
17. Mengumpat.
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
19. Mengingkari takdir allah.
20. Mempersenda kesucian agama.
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT.
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW.
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
24. Menangguh pembayaran hutang.
25. Menipu dalam jual beli.
26. Ghasab.
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran.
28. Memakan harta anak yatim.
29. Membuka rahsia orang lain.
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa.
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai.
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam.
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang.
34. Bermuka-muka.
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.
36. Sombong diantara sesama manusia.
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah.
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim.
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah.
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.
42. Mengkhianati sesuatu amanah.
43. Memutuskan silaturrahim.
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin.
45. Menghalalkan perkara yang haram.
46. Membuat kerosakan dimuka bumi.
47. Menuduh orang beriman bodoh.
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah.
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT.
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.


Maksiat Di Depan Mata, Dimanakah Kita? Hari ini, ketika ini, dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan umat yang kita sayang, DIMANAKAH
KITA? Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan?


Jazakallah khairan.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 2:19 PTG Kategori:

Comments
6 Comments

6 ulasan anda:

  1. salam.

    Ada satu hadis nabi, lbh kurng mafhumnya: Rasulullah suruh byakkan berzikrullah krana ianya akan menghindarkn kita drp sifat nifaq.

    Wallahu alam.

    BalasPadam
  2. semoga kita semua terhindar dari golongan munafik!

    p/s: Saya ada check ada broken link dekat profile saudara. Minta betulkan ye. Nanti tengok post ini untuk keterangan lanjut Kesan Broken Link Kepada SEO Dan Search Engine : Blogger Wajib Baca!

    BalasPadam
  3. tak ada ke cerita psl shbat nabi yg mnyangka dirinya munafik, lalu mrka brbincang kmudian brjumpa nabi, nabi jwb tidak itu kebiasaan sift mnusia.

    BalasPadam
  4. @Nur Fannun sahabat Nabi baik sifatnya dan sanggup berkorban jiwa dan harta..itu sebab digelar atau dipanggil sahabat Nabi dan selalu kita hadiah alfatihah kpd mereka...

    Jika mereka tersilap sikit, terus nabi SAW tegur dg keras..

    BalasPadam
  5. izinkan saya mengambil keratan ini.

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA