Rabu, 8 Disember 2010

Tanda-tanda Hati Yang Mati


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang disampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1-Hubbul dunia (kasihkan dunia)
2-Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3-Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

1-Zuhud dengan dunia
2-Zikrullah
3-Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Wassalam                                      

Ditulis Oleh : Captain Hari: 3:00 PTG Kategori:

Comments
3 Comments

3 ulasan anda:

  1. bagaimana untuk menghidupkan semula hati seseorang yang telah mati?

    BalasPadam
  2. @fiefa mohd Salam..orang yg hatinya mati..berat kesnya..susah dapat hidayah nak terima Islam dan beribadat. Hanya berdoa Allah swt buka pintu hatinya supaya bertaubat dahulu. Baru boleh masuk cahaya keinsafan. Kena byk bersabar jika orang ini sudah berumur lebih 50 th ketas.

    Kena mula dari perkara-perkara yg mudah. Solat hajat dan zikirullah bykx ahli keluarganya dahulu utk orang yg hati mati atau keras hati dlm ilmu tasawuf. Cari tajuk keras hati di topik agama... ada cara-caranya. jazakallahu khairan.

    BalasPadam
  3. mintalah hati yang baru dari AllahS.W.T...

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA