141++ DOA-DOA PILIHAN DIJADIKAN BUKU.

28 Disember 2010

Home » » Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud

Captain | 9:02 AM |




Firman Allah SWT: 
“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)
Erti Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam. 

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)
Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud. 

Niat 

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar. 

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"

Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:

1. Pada rakaat pertama baca Surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Baqarah: ayat 284-286. Surah-surah lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan. 

2. Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas atau Surah Ali-Imran :ayat 18,19,26,27.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

3. Selepas solat dan memberi salam. Baca doa ini jika dapat. Atau doa sendiri minta keampunan dan hidayatnya.

4. Istighfar sekurangnya 10x atau lebih.

5. Baca Penghulu Istighfar jika dapat.

Sementara tunggu subuh bolehlah zikir. Dan jika mahu tidur balik bacalah ayat-ayat berikut:

1. Ayat Qursi.

2. Surah Al-Ikhlas.

3. Surah Al-Falaq.

4. Surah An-Nas.

Fadillat atau faedah mengamalkannya:

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.

3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.

4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.

5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.

Wassalam.


12 ulasan anda:

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.Nice post!=)

    BalasPadam
  2. capt, ni ustaz harun ke hassan?

    rindu kat harun din..
    uhuhu

    BalasPadam
  3. salam dabuldahi,

    Ni ustaz Hassan Din Al hafiz..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum....sya nak buat solat tahajjud nie,cuma sya ragu2 dgn surah yg dibaca selepas surah al-fatihah itu,sya juga seperti ragu2 dgn doa2 yg dibaca selepas solat tahajud tue sebab sya ada baca byk tentang solat tahjjud di blog2 lain dan berbeza dgn tuan punya cara solat tahajjud...perbezaan itu ialah surah yg dibaca selepas surah al-fatihah dan doa selepas solat tahjjud tue...blh minta pendapat tuan kh...

    BalasPadam
  5. Salam Tanpa Nama,

    Pada rakaat Pertama selepas baca Al-Fatihah. Baca surah Al-Kafirun. Jika saudara dapat baca surah Al-Baqarah ayat 284-286....teruskan.

    Pada rakaat kedua selepas baca Al-Fatihah. Baca surah Al-Ikhlas. Jika saudara dapat baca surah Ali Imran ayat 18,19,26,27..teruskan.

    Surah tidak ditetapkan tapi surah al-Baqarah dan Surah Ali-Imram jika dapat hafal lagi baik dibaca dalam solat sunat tahajjud. Islam tak menyusahkan hambaNya. Bukan semua hambaNya dapat hafal surah-surah panjang.

    Doa diatas dibaca selepas bagi salam..Jika tak boleh baca. Berdoalah apa-apa sahaja yang baik seperti tetapkan iman, mendapat hidayat dll.

    selepas itu istighfar 10x atau lebih sampai 100 x. Dan baca Penghulu Segala Istighfar...

    Captain dah tambah pada posting untuk kebaikan bersama. Sila baca posting.

    wslm.

    BalasPadam
  6. terima kasih atas ilmu yg bermanfaat. sangat berguna. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. semuga dapat manfaatnya N3 ini utk semua.

      Jazakallahu khairan.

      Padam

Terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi memberi komen. Komenlah secara berhemah dan janganlah beri komen yang negatif. Komen-komen sebegitu tidak akan dilayan oleh penulis blog ini.

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat, maka salin dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang lain. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

Resepirahsiaku.com is powered by Blogger © All Rights Reserved