Ahad, 19 Disember 2010

Nafsu pelik suami - akibat suka tonton filem lucah ganas.



Suami yang melakukan perlakuan ganas untuk mendapat ransangan dalam perhubungan seks adalah bernafsu binatang. Sama sekali tidak boleh diterima akal yang normal. Atau suami ini mungkin sakit mental kerana terlalu banyak menonton filem lucah ganas mat salleh yang berlambak dijual secara haram.

Isteri sepatutnya dilayan dengan baik dan dihormati ketika melakukan perhubungan seks. Jika diperlakukan ganas, isteri mana yang tahan dengan perangai suami yang sifat macam binatang. Perempuan-perempuan jalang kat lorong kat Chow Kit pun boleh pencen awal jika perlakuan macam ni. Inikan pula isteri yang baik. Jika perlakuan ini berlaku dinegara mat salleh tak hairanlah sebab mereka suka dipukul, diikat dan bermacam-macam lagi perlakuan yang mengalahkan binatang.


Ini kisah kehidupan seksual sepasang suami isteri didedahkan dengan si isteri mengaku bahawa dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap pelik suami di atas ranjang. sepanjang 2 tahun berkahwin, dia menjadi hamba seks sehingga kadang-kadang suami mengikat dan kemudian memukul serta mencubitnya untuk mendapat rangsangan. 

KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.

Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.

Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.

Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.

Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.

Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.

“Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.

“Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa,” katanya. 

Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.

“Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya. 

“Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya,” katanya.

Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.

Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.

“Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat. 

“Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.

“Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.

Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.

Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.

“Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.

“Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya,” katanya.

Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.

Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.

“Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.

“Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.

“Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.
sumber: kosmo

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:21 PTG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA