Jumaat, 3 Disember 2010

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil.



MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.

Kelapa yang terbaik datangnya dari kawasan Bagan Datoh, Perak. Jika anda ke Pasar Borong, Selayang kebanyakan kelapa yang dihantar adalah dari Bagan Datoh. Kualiti dan lemaknya sangat baik sehingga kebanyakkan minyak kelapa dara yang dihasikan datang dari Bagan Datoh dengan kerjasama dan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian, Hilir Perak. Cuma packing yang cantik dibuat di Kuala Lumpur oleh syarikat pengedar. 

Petani disini menghasilkan minyak kelapa sejak 5 tahun yang lepas dan penulis sudah menggunakan sejak hari itu. Kenapa dipanggil Kelapa Dara. Untuk menghasilkan minyak kelapa dara, prosesnya bukan sukar. Kelapa yang dimesin tidak dimasak. Hanya direndam didalam ayer dalam bekas beberapa hari sehingga timbul minyak dipermukaan ayer dan dari situ minyak diasingkan dan ditapis dari bendasing. Maka jadilah Minyak Kelapa Dara.  Teruskan membaca sumber yang diambil dari satu syarikat pengedar tentang kajian dan khasiatnya.

Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian. 

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula. 

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. 

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran. 

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit. 

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:

  • meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
  • meningkat kadar metabolisma badan
  • anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
  • anti oxida semulajadi
  • meningkat fungsi kelenjar tairoid
  • melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
  • tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
  • meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
  • berupaya menurunkan berat badan
  • meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
  • membekal sumber tenaga dengan cepat
  • melembab dan melembutkan kulit
  • mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  • mengurangkan kesan keracunan makanan
  • membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
  • menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
  • mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
  • mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
  • mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
  • mengurangkan risiko dan kesan demam
  • mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
  • mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
  • mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
  • mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

Ditulis Oleh : Captain Hari: 8:00 PG Kategori:

Comments
17 Comments

17 ulasan anda:

  1. wow..best nya minyak kelapa dara ni..arituh dengar2 jer org sebut2,tp tak tau pun fungsinya...thx for ur info dear :)

    BalasPadam
  2. semua boleh terjadi dengan izinNya...bagus gak entry ni,tambah pengetahuan

    BalasPadam
  3. salam honey,

    lps ni beli sebotol pakai... sama-sama share info..

    BalasPadam
  4. salam gabanmorka,

    semua dibuat utk hambaNya...

    BalasPadam
  5. salam Capt,

    alhamdulillah ana dh ada amalkn minum minyak kelapa dara since setahun lps. Kawan yg kenalkn, kluarga dia ada proses minyak ni kat sabak Brnam . Alhamdulillah, trasa sgt sihat dgn izin Allah.

    Oh, tak tau pulak ada yg fresh kat psr borong Selayang. Walaupun dkt tp jarang pegi beli brg situ. Insyaallah lps ni nak try cari.

    Nak ckp lagu mana? Kelapa dara Bagan datuh ke? Takut lak kena tipu, sbb tak kenal bezanya dgn klapa biasa.

    wallahu alam.

    BalasPadam
  6. laa.. selama ini ingat minyak kelapa dara ni dibuat dari kelapa terpilih maksudnya yang dara... pastu terpikir jugak macam mana nak kenal pasti dara ke tak dara..

    rupanya macam ni.. terima kasih untuk ilmu ini..

    BalasPadam
  7. asslamualaikum cptain.maaf komen xde kena mngena dgn entry.cuma hendk bertnya.

    1. semasa rukuk dlm solat, pandangan (muka) kita ptut menghdp (memandg) mana. samaada tempat muka kita (ketika sujud) atau diantara 2 kaki kita (tempt berpijak).

    2. apakah hukum,jika solat jumaat diluar masjid,kerana msjid penuh. mksud sy jauh diluar masjid, dan telah putus saf nya,lebih kurang 10-20 meter. sy biasanya solat jumaat d msjd klcc,dan selalu meliht jemaah lain bersolat di kwsn lpg di luar msjd.biasnya mereka membuat saf berkumpulan. dlm 2-3 kumpulan saf yg berlainan.

    kiranya cptain sudi bergkongsi ilmu utk faedah bersama, sy amat menghargainya.sekian.
    wassalam.

    BalasPadam
  8. salam aliaazuan,

    Capt dulu selalu ikut member hantar kelapa ke pasar borong dgn lori..sajax tolong turunkan kelapa 4000 biji..banyak kali juga..

    BalasPadam
  9. salam dabuldahi,

    Kelapa dara bila minyaknya yang timbul tanpa dimasak airnya yang direndam bersama kelapa yg dimesin dlm tempoh tertentu...

    BalasPadam
  10. salam dakwat basah,

    soalan 1. semasa rukuk. pandang di tengah diantara 2 kaki kita supaya paras rukuk dan kepala sama.

    soalan 2. solatnya sah cuma tak dapat pahala ganjaran saf

    BalasPadam
  11. trm ksh ats jwpn tuan. mtk tlg huraikn sedikit ttg ganjaran pahala saf, sy msh keliru. trm ksh.

    BalasPadam
  12. salam Dakwat Basah,

    ni hadis Nabi tentang ganjaran saf..

    Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

    BalasPadam
  13. famouskn org pmpuan smpi kelapa pun boh nama dara, hutan pun sama..

    npe pmpuan saf yg baik last skali?

    BalasPadam
  14. salam Nur Fannun,

    Famous jika dara...kalau tupai jantan tebuk kelapa nak panggil apa? Kelapa Janda ke? hehehe..

    BalasPadam
  15. mmg famous jika dara, nama janda pd kopi je

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,
    suami saya ramai kawan perempuan, pernah bercinta sehingga rumahtangga kami hampir runtuh, skrg ni beliau selalu kerja outstation.. apabila dirumah selalu berhubungan melalui sms atau hp.. perempuan2 tu pula selalu memberi hadiah pada suami saya.. saya mau menyelamatkan rumahtangga saya dan tidak mau suami saya curang dibelakang sya... harap sdr dpt membantu.. terima kasih

    BalasPadam
  17. salam tanpa Nama,

    Maaf sekiranya lambat respond pada pertanyaan anda,

    Berat sungguh kisah yang dipaparkan. Captain pun selalu selesai kes macam ni..selepas si isteri bagitau pasal suaminya banyak skandal dengan wanita lain. Terjadi sendiri pada isteri kawan baik dahulu.

    Yang paling teruk, beliau sudah lama hampir 1 tahun tidak disentuh oleh suami sendiri. Dan cukup gersang sampai bagitau sendiri kisah suaminya yg tidak menjalankan tanggungjawab dalam soal nafkah batin.
    Nafkah zahir si isteri bekerja dapat menampung hidup.

    Nasihat captain pada isterinya:

    1. Selalu berdoa, minta Allah ubah sikap suaminya yang kaki playboy.
    2. Solat hajat selalu mohon pertunjuk dariNya.
    3. Banyakx bersabar.

    InsyaAllah selepas 2 atau 3 bulan si suaminya insaf dan sedar atas perbuatan dan kembali ke pangkuan si isteri. Sampai sekarang bahagia.

    Itu sahaja yang dapat captain nasihatkan. Jangan minta cerai. Usaha dahulu dan berdoa...Allah itu tempat mengadu..Maha Pendengar.

    wslm.

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA