Khamis, 23 Disember 2010

SOLAT SUNAT TAUBAT.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selagi masih bernafas, segeralah bertaubat kepada Allah SWT. Masih belum terlambat lagi melakukan sekarang. Jangan tunggu esok, minggu depan,bulan depan atau sudah bersedia baru nak bertaubat. Takut tak sempat nanti, bila-bila masa sahaja ajal kita boleh diambil oleh sakaratul maut. Pada masa itu tertutupnya pintu taubat maka mati anak adam itu sia-sia sahaja.

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkong (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”.

ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah SWT telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: 

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat:

  • Ikhlas ingin bertaubat. 
  • Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi. 
  • Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan. 
  • Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya. 
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba. 
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati ber-erti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan, bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

Lafaz niat: 

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ 

Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya

"Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Bacaan Dalam Solat

1. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran. (Surah Al-Kafirun).

2. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran (Surah Al-Ihklas).

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),


Ertinya

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar berikut:


Ertinya: 

Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah, dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


Selagi masih sempat bertaubat sebelum terlambat lakukan segera mungkin hari ini hari terakhir kita. 

Wasallam

Ditulis Oleh : Captain Hari: 4:44 PTG Kategori:

Comments
4 Comments

4 ulasan anda:

  1. salam...anta,sblm buat solat taaubat, perlu tidur dul ke?
    cth klu kita tak flly terlelap, bleh tak buat solat tahajjud?

    BalasPadam
  2. @Tomato Cerry Salam,

    Untuk lakukan solat taubat pada dinihari malam iaitu 2/3 malam. Tidur dahulu untuk bangun buat solat sunat tahajjud. Selepas solat sunat tahajjud, buat solat taubat. Itu lagi afhdal.

    Jika tak lakukan solat tahajud tak payah tidur...terus lakukan solat taubat.

    Yg seelok-eloknya lakukan solat sunat tahajjud dan kemudian solat sunat taubat..

    wslm

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..sy nk tanya..semasa nak ucap doa nabi yunus dlm keadaan sujud ke dan sesudah membaca terus bangun dari sujud dan memberi salam..maaflah sy kurang jelas..

    BalasPadam
  4. @Tanpa NamaSalam,

    Doa Nabi Yunus baca semasa sujud..yg itu captain selalu buat.....

    wslm

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA