Sabtu, 27 November 2010

Peribahasa Karam Singh Walia, wartawan TV3



Di antara beberapa peribahasa Karam Singh Walia yang selalu kita dengar selepas mengulas sesuatu perkara yang sensasi di akhir ulasannya memang unik sikit. Mesti tergelak dan ada kelas tersendiri. Tapi itulah cara beliau menyatakan sesuatu perkara yang menyakitkan mata dan hati terutama berkenaan alam sekitar.  

1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.

4. Biar lambat, asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan didalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan, mati di tanam.

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.

21.Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!

Brother Karam Singh Walia, kalau ada peribahasa ni silap jangan marah ya!...cukup suka sama brother! 

Ditulis Oleh : Captain Hari: 7:42 PTG Kategori:

Comments
9 Comments

9 ulasan anda:

  1. salam capt,

    memang menarikk kalau karam singh yg buat sesuatu ulasan..menarikk nye part last tu ler...pantun.

    27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!

    yg ini capt..betul ker karam singh yg cakap...hihi
    klw ade...mungkin sy lah terlepas pandang !

    ape2 pon uncle karam singh the best...( bukan uncle tut2 tu yer capt)...:)

    BalasPadam
  2. peribahasa ni lagi karam dari Karam Singh punye.haha

    BalasPadam
  3. salam ateh,

    minat juga kat dia? suka tgk dia bercakap!

    BalasPadam
  4. salam alin,

    banyak peminat karam singh ni!

    BalasPadam
  5. salam gabanmorka,

    Peribahasa dia klasik betul boleh dibukukan.

    BalasPadam
  6. huhuhuh.... peribahasa die tul2 len dr yg len :) suke2.. hehehe

    erm,, nice blOg... hehehe,, cOme 2 my blog toO...

    http://gadistulipsz91.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. salam Syuki,

    dia istimewa dlm menyampaikan message supaya berkesan sikit..

    BalasPadam
  8. aku nk bg pndapat skit...,kalau nak wat peribahasa y rojak dri pribahasa y dah elok2 dgn makna dia..,jgn la d tokok tambah...di ubah..,dlm diam lucu tp merosakkan peribahasa melayu...,for mber2 jgn seperti meludah kelangit

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA