Khamis, 11 November 2010

Nasi Kangkang buat suami?


Memberi suami makan benda-benda yang kotor tanpa apa-apa amalan atau mentera pun boleh memberi kesan pada tubuh badan suami itu menjadi bodoh dan lemah. Inikan pula memberi suami makan nasi kangkang atau nasi tangkas serta dibacakan mentera lagi kuat iblis dan syaitan itu melemahkan suami waima seorang ustaz pun jika diizinkan oleh Allah SWT. Tapi tanggunglah dosa besar ini sehingga hari akhirat.


Banyak ayat-ayat suci Al-Quran untuk penambat hati - surah Nabi Yusof, doa An-nur semua ada....cuba selak-selak ayat quran atau buku doa memang ada.  Jika sayang suami atau isteri anda. Jauhkan diri dari perkara-perkara ini termasuk ilmu pengasih yang diperolehi dari bomoh-bomoh yang menggunakan jin dan syaitan. Jangan lakukan amalan khurafat dan syirik ini. Amalan ilmu hitam ini sangat dikeji oleh Allah SWT.  

Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke neraka jahanam. Oleh itu jauhilah ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun. 

Nasi kangkang selalunya digunakan oleh perempuan Melayu untuk menundukkan lelaki atau suaminya. Ianya adalah menyalahi syariat Islam dan orang yang melakukannya adalah haram di sisi agama Islam. Sehingga kini amalan sebegini masih lagi digunakan oleh perempuan jahat Melayu ataupun bangsa lain.

Ada kes pembantu rumah Indonesia memasukkan darah haid kedalam makanan majikannya supaya sayang dan mendengar kata. Tetapi nasib baiklah kerana majikan beliau mendapat tahu selepas menyaksikan dari kamera CCTV yang dipasang tersembunyi. Jika anda was-was akan kelakuan pembantu rumah anda. Bagi beliau makan sekali nasi yang dimasaknya kerana pasti menolak dengan pelbagai alasan. Mungkin sipengamal jika memakan nasi kangkang yang dibuat sendiri akan jadi lebih bodoh dari tuannya. Walahualam!

Walaupun zaman telah berubah dengan teknologi yang semakin canggih tetapi masih ada segelintir yang mengamalkan amalan ini dan mempercayai akan keberkesannya. Biasanya si isteri melakukan amalan sebegini semata mata untuk menundukkan si suami supaya dapat mengikut segala kemahuannya, dan keberkesannya amalan ini bergantung kepada hebatnya seseorang bomoh itu dan bukan hanya bergantung pada satu pihak sahaja. Walaupun ianya masih lagi wujud amalan ini tetap dilarang didalam islam.

Cara membuatnya: .......Tak payah ajar caranya nanti ada yang ikut! takut wanita yang cetek agamanya sanggup melakukannya. 

Cara mengelaknya:
Bagi lelaki yang rasa khuatir atau curiga dengan tindak tanduk isterinya, selalulah dia amalkan membaca Al fatihah dan Ayat Kursi serta doa pelindung. 

Seeloknya bagi para isteri tak perlulah menundukkan suaminya. Rumahtangga itu haruslah dibina dengan perasaan “sakinah” (tenang) dan “mawaddah” (kasih sayang).

Ilmu pengasih juga diamalkan ialah untuk membangkitkan keinginan seseorang terhadap pengamal, sama ada untuk tujuan baik, seperti untuk mendapatkan jodoh, ataupun untuk tujuan jahat, seperti untuk membalas dendam, untuk memuaskan nafsu atau pun hanya untuk berseronok-seronok di samping untuk mengikis harta kepunyaan mangsa.

Ilmu ini juga diamalkan supaya wajah kelihatan berseri, seperti yang dilakukan oleh mak andam terhadap pengantin perempuan yang diandam, untuk satu tarikh tertentu sahaja iaitu ketika bersanding, ataupun untuk jangka masa yang lebih panjang, biarpun usia telah meningkat. Itu pasal bila saja tengok pengantin perempuan kelihatan sangat cantik dan berseri-seri sehingga terpaku mata yang memandang.

Ilmu pengasih juga diamalkan untuk menundukkan orang lain menyebabkan orang yang bertemu dengan pengamal dengan tidak semena-mena jatuh kasih atau lemah hati. Ilmu pengasih jenis ini diamalkan mungkin untuk menguasai seseorang, untuk memenangi undi dan sebagainya. Pada kebiasaannya setiap perkataan yang lahir daripada mulut pengamal akan menimbulkan rasa kasihan, kagum dan hormat di kalangan pendengarnya. Termasuk dalam kategori ilmu pengasih ialah amalan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami, agar tunduk kasih kepadanya. 


Amalan ini selalunya dilakukan oleh isteri ke atas suami yang dianggap tidak adil, kasar dan sering melakukan kezaliman. Akibatnya suami mungkin menjadi takut, tidak berani berhadapan dengan isterinya, menjadi kaku dan terpukau menurut segala apa yang disuruh. Ia juga ada kalanya dilakukan oleh isteri yang jahat yang hendak menundukkan suaminya, menguasai harta dan semua kepunyaan suami.

Sihir yang dikenakan dengan tujuan supaya isteri bertambah kasih kepada suami atau sebaliknya dinamakan at-tiwalah. Menurut Wahid Abdul Salam Bali (1412H:78), amalan ini dilakukan oleh isteri yang cetek pengetahuan agamanya, dan jahil tentang haramnya perbuatan yang dilakukan. Tukang-tukang sihir menyuruh si isteri mengambil apa-apa bahan yang pernah digunakan oleh suami seperti baju, sapu tangan dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi mengandungi bau badan ataupun peluh pemakai. 

Tukang sihir akan mengambil beberapa batang jarum lalu menjampinya. Bahan yang telah dijampi itu ditanam pada satu tempat tertentu. Selain itu tukang-tukang sihir ada kalanya menjampi makanan yang dicampur dengan benda-benda kotor yang terdiri daripada najis, kencing ataupun darah haid dan diberi makan pada mangsanya. 

Menurut Mohd. Abd. Wahab, tiwalah ialah sesuatu amalan yang dilakukan yang dipercayai boleh menyebabkan isteri mengasihi suami atau sebaliknya.

Amalan yang dibantu oleh sihir ini menjadikan suami seumpama bodoh, menurut telunjuk kemahuan isteri. Amalan ini adalah terlarang dan pelakunya termasuk dalam golongan mereka yang melakukan amalan syirik. Pada hakikatnya, amalan seperti ini bukan menyebabkan suami bertambah kasih kepada isteri tetapi boleh menyebabkan si suami menjadi bodoh seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya takut dan tunduk kepada isteri.

Menurut Wahid Abdul Salah Bali, perbuatan seperti ini ada kalanya menjadikan perkara sebaliknya berlaku, di mana suami membenci isterinya ataupun membenci semua perempuan termasuk isterinya, yang mana akhirnya pasangan ini berpisah juga.

Menurut Abu Ubaidah Mahir (1995:70) sihir jenis ini dikenali sebagai sihru'-mahabbah (sihir kasih). Pengamal sihir ini adalah syirik hukumnya. Ia dilakukan mungkin kerana si isteri tamakkan harta, terutamanya kalau suami kaya. Kerana cemburu terhadap suami yang bersangatan dan isteri takutkan suami berkahwin lagi.

Menurut Abu Ubaidah lagi, isteri yang hendak melakukan sihir akan menemui tukang sihir yang meminta barang-barang tertentu seperti baju, sapu tangan, songkok dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi telah dipakai, kerana ia mengandungi peluh. Beberapa helai benang diambil daripada bahan tadi dijampi kemudian ditiup padanya, disimpulkan dan ditanam di tempat-tempat tertentu, atau dimasukkan dalam makanan atau minuman. Sihir yang paling dahsyat daripada jenis ini dan sangat berbahaya dinamakan as-sihru'i-aswad (sihir hitam) yang diperbuat menggunakan bahan najis, darah haid ataupun nifas.

Kesan sihir jenis ini boleh terjadi sebaliknya menyebabkan suami membenci semua perempuan termasuk isteri, ibu, adik-beradik, bapa saudara dan semua mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan.

Suami kadang-kadang sakit kerana bahan yang dimakan mengandungi bahan-bahan kotor dan najis.

Sahibul Fadilah Asy-Syeikh Asy-Sya'rawi ketika ditanya tentang penglibatan jin-jin untuk memisahkan pasangan suami isteri menyatakan bahawa ia bukan merupakan sesuatu yang mustahil Allah menganugerahkan keistimewaan-keistimewaan tertentu terhadap sesetengah daripada makhluknya. Dan di antara keistimewaan jin-jin ialah keupayaan melakukan sihir. Dengan itu jin-jin berkeupayaan mengubah pandangan seseorang yang melihat perempuan cantik itu menjadi hodoh, menyebabkan timbul rasa benci melihatnya seperti melihat kera di hadapannya. Begitulah sebaliknya menyebabkan perempuan yang tidak cantik atau mempunyai wajah biasa dilihat seumpama permaisuri yang jelita.

Hal demikian boleh berlaku pada pasangan suami isteri di mana jin-jin boleh menyihir seorang isteri yang menyebabkan timbul rasa dingin suami bahkan jin juga boleh menyebabkan si suami berasa seolah-olah adanya sepotong daging menyekat faraj isteri (Muhammad Ar-Razi, 1985:240-241).

Menurut seorang bomoh yang tinggal di Batu Pahat, nasi tangas disediakan oleh isteri yang ingin menundukkan suaminya, dengan mengangkangkan nasi yang sedang panas berwap dalam keadaan duduk mencangkung, merapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit. Kain yang dipakai menyelubungi bahan tadi dibuka buat seketika sekiranya dirasa terlalu panas berbahang, kemudian ditutup rapat semula. 

Selain daripada nasi, ia juga boleh dibuat pada air, yang dicampur dalam makanan atau terus dibuat minum. 

Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih atau ilmu guna-guna diamalkan semata-mata untuk menundukkan seseorang terutamanya kaum wanita untuk tujuan seks, merampas isteri orang untuk membalas dendam, yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir.

Mangsa ilmu guna-guna akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, sentiasa terbayang wajah orang yang menyihirnya. 

Sekiranya individu yang terlibat telah berumah tangga, suami akan lupakan isteri dan anak-anak, lupa tanggungjawab yang perlu dilakukan, juga tidak mendengar nasihat sesiapa pun termasuk ibu dan bapa. Dalam keadaan tertentu ia akan kembali normal menyedari siapakah dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi ia merasai seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau.

Seorang responden berumur lebih kurang 65 tahun yang tinggal di Perlis, menjelaskan bahawa ubat guna-guna atau ilmu pengasih adalah salah satu daripada amalan ilmu sihir yang menggunakan khidmat jin-jin. Pengamal ilmu sihir guna-guna akan membaca jampi manteranya untuk memanggil jin yang mendampinginya dan mengarahkannya datang dalam mimpi mangsa menjelma menyerupai lelaki yang memujanya dengan rupa yang begitu menarik, menyebabkan seluruh perasaan tertumpu kepada lelaki berkenaan. 

Apabila tersedar daripada tidur, ia akan terlihat bayangan jin yang menyerupai lelaki berkenaan menyebabkannya terus-menerus teringatkan lelaki tadi. Si mangsa akan berasa tidak sempurna, resah gelisah dan terus-menerus teringatkan lelaki tadi, tidak kira di mana ia berada, sama ada ketika makan minum, ketika bekerja dan sebagainya.

Selain daripada itu, jin tadi akan merasuk otak mangsa menyebabkan dia tidak berupaya berfikir waras, berubah sikap terhadap anak dan suami andainya si mangsa seorang perempuan yang telah berumah tangga, tidak pedulikan nasihat orang lain andainya dia seorang dara. Setelah dikuasai fikiran dan ingatan si mangsa, jin akan datang menarik jasad orang yang berkenaan membawa pergi menemui orang yang memujanya tadi, seolah-olah ada magnet menariknya untuk berbuat demikian.

Kesan amalan sihir adalah berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali.

Ada mangsa yang tidak hilang ingatan, tetapi tahap kesedarannya terlalu sedikit, berbanding tahap kesedaran yang telah dikuasai oleh sihir yang dikenakan kepadanya. Kerana itu terdapat mangsa sihir yang menyedari apa yang sedang berlaku ke atasnya terasa seolah-olah dipukau, ditarik-tarik untuk menemui seseorang dan berusaha untuk melawan, tetapi tidak berkeupayaan kerana kekuatannya yang sebenar terlalu lemah.

Ilmu dari iblis hanya akan bertahan sementara kerana Yang Berkuasa keatas segalanya adalah Yang Maha Esa. Pagarlah diri anda dengan zikirullah semuga dilindungi dari Iblis yang dilaknat oleh Allah SWT. Bacalah doa dan surah yang disediakan di sidebar untuk mengelakkan perkara keji ini berlaku. 

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:59 PG Kategori:

Comments
4 Comments

4 ulasan anda:

  1. budaya ni slalu sgt aku jumpe.. biler isteri dah bg nasi kangkang die kat si suami, blur lah jd nye die.. n si isteri take control sume nye..

    blur suami dah blur takde sape yang nak pandu si isteri tu dah.. so hanyut lah die.. bt orang sane sini plak bomoh sane bomoh sine.. ttp periuk nasi orang lain

    Melayu kite slalu sgt mcm ni.. HASAD DENGKI punce segala mende

    BalasPadam
  2. tulah, sekarang ni dah macam2 orang kita ni. semua dah pandai fikir. tapi salah guna pulak. nak jugak pakai cara kotor. cara elok ade. sedangkan banyak doa yg ada dlm quraan untuk suami kasih isteri. kalau doa isteri tu ikhlas, xde sebabnya tuhan nak tolak doa dia. insyaAllah ditunaikan.cepat atau lambat je. kena la sabar sikit. ye tak? nauzubillah. moga dijauhkan dengan benda2 mcm ni. redha Allah tu penting..

    BalasPadam
  3. salam Mizi,

    Yang cetek agamanya dan tamak shj dan lupa azab neraka yg sanggup buat kerja begini...

    Isteri solehah akan menghindari kerjax syaitan....

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  4. salam mawar,

    Terima kasih atas ulasan ini...Bagi sikit ayat-ayatnya boleh masukkan kat sini nnt.

    jazakallah khairan.

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA