Khamis, 4 November 2010

Kasih sayang ALLAH SWT kepada hambaNya.




Rasulullah SAW pernah bersabda:  
"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan" 
'Apakah yang harus aku catit?' 


Malaikat yang di SEBELAH kiri bertanya,

Kata malaikat di sebelah kanan,

"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan". 

Malaikat yang di kiri bertanya lagi,

"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?' 

Jawab malaikat kanan,

"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." 

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,

"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." 

Demikianlah rahmat Allah SWT kepada hambaNya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 8:00 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA