Selasa, 9 November 2010

HUKUM MENJILAT KEMALUAN ISTERI.


Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda? 

Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. 


Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 8:00 PG Kategori:

Comments
80 Comments

80 ulasan anda:

  1. Salam capt,

    Ini juga adalah ilmu.Ana belum smpat baca hbs nih, dh komen dulu...

    BalasPadam
  2. SOLEHKAN diri insyaAllah yang SOLEHAH menanti!

    BalasPadam
  3. salam capt,

    alhamdulilah...dh bc n3 nie smpai abisss...info yg berguna! tapi nak komen ape yerk?segan lah pulok..
    lagi pon sy bukan nye pandai nak meng*komen hihihi

    BalasPadam
  4. salam capt,
    alhamdulilah,dh bc abis n3 nie....tapi nak komen ape yerk?segan lah pulok teman....lagi pon sy xpandai nak meng*komen nie....hihihi

    BalasPadam
  5. salam aliaazuan,

    Ilmu dan mesti disampaikan kepada yang belum tahu.......

    jazakallah khairan.

    BalasPadam
  6. salam putrarocker,

    Terima kasih ulasan anda...

    jazakallah khairan.

    BalasPadam
  7. salam ateh,

    Terima kasih bagi ulasan...begitulah sifat wanita mesti malu tapi kena ambil tahu pasal hukum ni!

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  8. ilmu rumah tangga ni..bgs2..untuk msa depan:-D

    BalasPadam
  9. ilmu rumah tangga ni..bgs2..untuk msa depan:-D

    BalasPadam
  10. salam zuar,

    Alhamdulillah...buat persediaan utk membina rumah tangga yg bahagia...

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  11. Salam,,, masa gua bujang teruna dulu ,, gua pernah hadir kuliah fardu ain,, apa bila ada sesi soal jawap maka gua pun amik ksempatan untuk bertanya kisah ini (oral sex )kepada ustaz berkenaan,,,,,, soklan gua ialah pada ustaz tu "apakah hukum menjilat kemaluan isteri" ustaz tu termenung about seminute,, pastu dia dgn spontan menjawap "masin masin sikit jawap ustaz tu" semua yg hadir majlis tu terbeliak biji mata!!!!

    BalasPadam
  12. salam Pak Onco,

    Basuh dgn dettol dulu...bubuh wangian kasturi...hehehe.

    BalasPadam
  13. smlm check emel de spam, dlm tu promote panduan utk seksual tp utk 18 thn ke ats..
    bkn smuanya dh kahwin..tkut terlps pada yg terlibat dgn pelacuran & org yg blum khwin.dlm tu ada oral seks..pnduan ajrn Hindu dr kitb kamasutra & dll..tak sesuai utk org islam.

    BalasPadam
  14. oooo..
    lepas ni cerita la adab2 melakukan persetubuhan suami isteri pulak..

    BalasPadam
  15. salam dabuldahi,

    InsyaAllah jika diizinNya...

    BalasPadam
  16. Salam capt....

    Ilmu yg sangat berguna....thanks kerana izinkan kami share ilmu2 yg bermanafaat ini...

    BalasPadam
  17. sangat berguna sekali dan jelas. TQ

    BalasPadam
  18. ada yang lebih panas lagi jom layan http://bio-asli.com/?id=zam757

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  20. @BukanKapten salam..
    Adakalanya penulis meletakkan link dari posting yg dipinjam dari blog lain. Dan kalanya tidak diletakkan pd blog yg namax besar. Ada yg diminta kebenaran dari tuan blognya.

    Dalam bab berdakwah dan menyampaikan dakwah. Semua rujukan diambil dari kitabx imamx yg muktabar seperti kitab Imam Ghazali dan dll. Semuanya "Hak Cipta Allah SWT".

    Perlu diingatkan kpd pengomen. Blog santai atau politik selalu kita bagi kredit pd mereka kerana tiada ayatx Allah swt yg digunakan.

    Dalam blog dakwah biarlah Allah swt memberi kredit pd mereka diakhirat kelak kredit ini ditimbangkan utk menentukan berat amalan mereka.

    Seperti memberi sedekah. Tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri. Baru dpt pahala. Buat cek besar dan masuk TV cuma dpt nama..shj. Pahala entahlah.

    Bagi penulis blog ini. Tidak pernah meminta dari manax pembaca meletakkan link pada manax posting yg di "copy dan paste".

    Biarlah kredit ini diterima pd hari akhirat nanti. Dalam menyampaikan dakwah. Hanya nawaitu yg betul dirahmat Allah daripada mendapat kredit di dunia yg belum tentu dpt ganjaran di akhirat.

    Kerana dakwah di internet adalah jihad yg utama...Yusuf al-Qaradawi.

    Jazakallah khairan.

    blogx dakwah tidak perlu disanjung atau terkenal kerana niat dan perbuatan tersebut akan merugikan. Buang masa mencari pahala utk bekalan disana nanti... wallahu'alam

    BalasPadam
  21. Peduli apa! Kalu dh kras trus tutuh ajalah..hentam cukup2..p’puan skrang ni suka kngkng puki kt org lain walu pun dh ada laki..pstu dg bngga crita btg pelir lakinya keciklah,pendeklah, x puaslah..aku dh brtahun2 bawa teksi dLembah Klang, macm2 maklumt ak dpt..berlaku dpan mata..hntar & amek mreka dr tmpt itu..ad yg dg ikhlas mngadu kcuranganya kt aku..sesama rkan skrja brcinta & trus kagkng..laki dirumh…?..kbaykannya bkrja dipjabat..trutama pjabt krajaan..tutuh dlm pjbat pulak tu..kononya ad meetinglah, overtimelah..Smpai bila2 aku tak kan pcaya pd pompuan kcuali ibuku tersayang! walau yg brtudung atau tk brtudung semua sama..pembohong! yg brtudung,amboi, brsopan ketika turun dr rumh..bila dh trlindung……..? brlaku dpan mata aku sipakcik drebar teksi ni..tntu ada org akn brkata tak smua pkcik! Ya memng tak smua..tapi bg aku, aku akn kata kesemua M(mim lam alif ya wau!)…piirrraaahhhhh..semua karut!!! Jika ada org yg nak marah ...marahlahhh...

    BalasPadam
  22. info yg sgt berguna walaupun sy xkawin lagi.,dan malu nk tya kt sapa2.,terima kasih~

    BalasPadam
  23. @hyemynameisrasyid salam..perkara ni mmg malu nak tanya..member yg dah kawen pun tak mahu bercerita perkara dlm kelambu..sedap atau jijik itu masingx yg tahu...

    BalasPadam
  24. TQ...atas imfo yg jarang kita jumpa
    dipasaraya atau dipasar malam..

    BalasPadam
  25. info yang berguna.. terima kasih..

    BalasPadam
  26. salam,

    jika air mazi dan air mani ciptaan Tuhan itu dianggap najis maka najislah seluruh umat manusia ini yang terbentuk darinya... ini cuma pandangan seorang najis kepada najis yang lain...

    nak jilat tanpa telan..? logik sikit beb.. ludah setiap kali jilat??

    BalasPadam
  27. @Anonymous Baca biar faham betulx baru komen..baca bab ini. Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

    Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam,

    Bermakna mazi itu najis...
    Mani itu suci.


    wasallam.

    BalasPadam
  28. jika belaku dengan tujuan khusus, lakukan dengan pasti luahkan yang ada dlm mulut n kesat dgn kain dsb. yang ni pun kena tahu hukum dan ilmu jangan wat sembarangan, berhati2 lebih baik n selamat.

    BalasPadam
  29. Salam,..tentang ulama yg berpendapat kalau menjilat kemaluan samada sisuami atau isteri menyerupai haiwan adalah benar, terdapat beberapa jenis haiwan yg melakukan sedemikian rupa, termasuklah monyet, dan beberapa lagi..
    tp artikel psl mende tu..sy x dpt nk bg link sekarang..sbb dah lupe web ape.. sememangnya apa yg dikatakan oleh ulamak menyerupai haiwan itu adalah betul..

    BalasPadam
  30. Assalammuaalaikum... harap saudara boleh letakan link asal artikel ini supaya pembaca tahu penulis asal artikel ini. Ilmu yang melibatkan hukum, wajar benarlah diketahui asal usulnyer...

    Saya pernah baca artkel yg hampir serupa di web Ust Zaharuddin dengan tajuk yg berbeza...

    BalasPadam
  31. salam Ummuafiq Hashim,

    Semua sumber asal dtgnya dari Sheikh Yusuf al-Qaradawi. Samada terbaca dari Ust Zaharuddin.Net. Kita semua berkongsi utk kebaikan bersama. Bukan utk bermegah.

    Wslm..

    BalasPadam
  32. Terima kasih Captain..
    Info yg sangat berguna..
    Lepas ni kne berhati2 dlm Selimut. hehhehee..

    BalasPadam
  33. ermmmm..... terima kasih la sb maklumat berguna....
    aku dah kahwin dah 18 tahun , aku dah terjilat banyak kali , bayangkanlah bro 18 tahun , alang-alang jilat , ya lah x jumpa hadith atau nas yang betul-betul sahih maka apa boleh buat...

    BalasPadam
  34. salam cikgu yusri,

    Tidak mengapa...pompuan memang suka kena jilat sebelum hubungan seterusnya...Boleh teruskan asal bahagia.. jaga kebersihan dan jangan minum air mazinya.. Nak tahu air mazi dan air mani..cari kat blog ni!

    Penulis pun suka juga..hehehe!

    BalasPadam
  35. salam Antibiotik,

    Hatix juga jangan tertelan..seeloknya selepas jilat, kumur dengan listerine mana tahu ada kuman pula.

    Asal bahagia suami isteri itu yg baik..

    BalasPadam
  36. alhamdulillah. ilmu untuk ku yang menanti untuk ke alam perkahwinan..:)

    BalasPadam
  37. salam cik kiwi's,

    selamat pengantin baru....

    BalasPadam
  38. bagus.....sblum ni byk pendapt sya dgr tapi tiada sandaran dari mana mana jd kupasan olih pihak tuan byk membantu...

    BalasPadam
  39. salam,

    Terima kasih...sila datang lagi..

    BalasPadam
  40. jilat dan isap dalam hubungan suami istri itulah yang membahagiakan hidup aku suami istiri selama ini. tampa nya aku rasa tak puas.....

    BalasPadam
  41. alhamdulililah nikmat yang tidak terhingga puas kedua suami isteri. ikut iman shafie.Ulamak yang memahami insan seribu tahun dihadapannya.

    BalasPadam
  42. bagi aku pemanasan adalah perlu. terpulang mana2 individu untuk melakukannya. bagi aku menjilat untuk menaikkan nafsu isteri dan sehingga mencapai klimaks dan ianya adalah kegemaraanku.rasanya tak puas kalau tak melakukkannya.

    BalasPadam
  43. assalam..
    letakkanlah sesuatu itu pd tempatnya.. kemaluan utk kemaluan.. dijadikan lidah utk berkata2 benda baik dan berzikir.. xkan kita nk guna utk buat jilat kemaluan..

    BalasPadam
  44. kemaluan utk kemaluan..
    lidah utk lidah..

    BalasPadam
  45. SEBAB ITULAH ALLAH MELETAKKAN ....? ITU DIATAS, DAN RAHIM ITU DIBAWAH. DAN AIR MAZI ITU KELUAR MELALUI LUBANG FARAZ. JADI KESIMPULANNYA APABILA IA KELUAR IANYA MENGALIR TERUS KEBAWAH DAN TAK AKAN MENGENAI YANG DIATAS.KALAU NAK JILATPUN JANGANLAH SAMPAI KEBAWAH.LAINLAH LELAKI, KELUARNYA AIR MAZI DAN MANI DARI TEMPAT YANG SAMA SEBAB ITU HUKUMNYA MAKRUH.MAAF LAH INI PENDAPAT SAYA SAJA.KERANA SAYA TERFIKIR KENAPA HAL INI ALLAH TIDAK MENYATAKANNYA HARAM ,SEPERTI MELALUI DUBUR.TETAPI ALLAH TERANG TERANG MENYATAKAN BAHAWA ISTERI KAMU UMPAMA LADANG BUAT KAMU /SUAMI.HATI HATILAH.

    BalasPadam
  46. mulut dijadikan utk memuji Allah dan kebesaran nya..maka gunakan ia sebaik2 nya.Mankala kemaluan dijadikan utk membuang najis dan ia adalah haram...jika terkena pakaian pd najis maka hendaklah dibasuh..
    Sbb itu banyak kita berdoa tidak Allah terima kerana mulut sendiri telah bergulumangan najis...

    BalasPadam
  47. @Tanpa Nama Jika nak jadi Al-Hafiz mmg tidak molek sangatlah.. Bab doa itu kurang setuju sikit.

    Firman Allah SWT,

    "Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai ladang bagi kamu, oleh itu datangilah ladangmu secara mana yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal) yang baik untuk diri kamu; dan bertqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman "(223)

    Sabda Rasulullah saw,

    “Barangsiapa yang mendatangi isteri ketika haidh atau pada duburnya juga mereka yang berjumpa bomoh serta membenarkan apa yang diperkatakannya, sesungguhnya mereka telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad ”

    Jazakallahu khairan.

    BalasPadam
  48. Tanpa nama,
    Pada sy pekara ni subjektif,berdoa dulu sblm berjimak.Pada bahgn wanita elakkan dijilat bahgn bawah kemaluannya,setakat untuk meransang pasangan,jilat dibahgn biji kelentit tu memadai,itu sy rasa bergantung kpd kebersihan faraj nya dulu.Jgn hentam buta .

    BalasPadam
  49. @Tanpa Nama

    Salam,

    Bahagian bawah hampir dgn dubur...byk bakteria..setakat sedut atau jilat bahagian biji kelentitnya mmg hot-spot wanita.

    Bahagian ni mmmg membuat ia cepat klimax dan yg paling sedap dan paling sensitif.. asalkan jgn telan air maninya yg bercampur air mazi.

    wslm.

    BalasPadam
  50. eiii,,,jgn lupa basuh dulu,,kalau x bau nya,,,arggghhh tuuuhh

    BalasPadam
  51. @Tanpa Nama Salam,

    Wajib basuh utk elak bakteria dan bau yg tidak menyenangkan...Jika ada keputihan yg melekat pd seluar dlm.

    Berubat dahulu kerana bau tsb sangat teruk boleh menyebabkan suami takut bersama nanti..

    wslm

    BalasPadam
  52. Ermm..melakukan "ITU" mmg kesukaan si suami ku walopon aku kadang2 menolak..
    ahakzzzzz...

    BalasPadam
  53. @Tanpa Nama Salam,

    Kasihan suami kamu..jgn selalu menolak. Bagi juga bila dia suka..nnt kempunan pulak. Bukan pun org lain.

    wslm.

    BalasPadam
  54. sedap woo kalau dpt jilat... tapi org yg kene jilat tu lagi la sedap 100x lbh sedap dr yg menjilat.. x percaya?? cubalah!!!!!

    BalasPadam
  55. saya adalah perempuan. jadi saya akan memaksa suami menjilat kemaluan saya kerana dia juga memaksa saya menjilat kemaluannya. cuma dia ada masalah enggan melakukan seks pelbagai posisi. naik boring saya. balik2 saya kena on top kerana dia buncit.

    BalasPadam
  56. @Tanpa Nama MasyaAllah...captain. Bab hukum boleh bagi nasihat..Bab seks kena cari pakarnya pulak..

    BalasPadam
  57. Saya pernah jilat isteri saya punya sampai terpancut-pancut..habis basah tilam..

    BalasPadam
  58. @Tanpa Nama Salam,

    Asalkan kamu suami istri bahagia...

    wslm,

    BalasPadam
  59. info yg berguna... sy blom kawin,tp ba dh thu apa yg spttnya...so sy knela nshtkn kpd bakal suami sy nti ek.hihihi

    BalasPadam
  60. Inilah jawapan yg saya cari2 selama ini. sangat bermanfaat. Terima kasih.

    BalasPadam
  61. leeya@15 hari pengantin baru...setuju sgt,mmg nak lg bang.wahai isteri2 jgn malu2 yer minta kat suami.pemanasan yang mujarab!!.*jgn mare cuma nak kongsi je untuk para suami isteri

    BalasPadam
  62. Tanpa Nama Buatlah jika ia memberi kebahagiaan pada kamu...nikmat yg tak terhingga..tapi ikutlah apa yg dibolehkan semasa kamu dijilat oleh suami kamu nanti.

    Basuh dahulu ya!

    BalasPadam
  63. Ilmu Feqah yg harus diterangkan secara terang-terangan spaya mnusia tidak salah fham..syukran

    BalasPadam
  64. Ilmu Feqah yg harus diterangkan secara terang-terangan spaya mnusia tidak salah fham..syukran

    BalasPadam
  65. Info yg sgt berguna... Maklumlah selalu menjilat kemaluan isteri. Kalau x buat rasa mcm x puas je..

    BalasPadam
  66. Info yg sgt berguna... Maklumlah selalu menjilat kemaluan isteri. Kalau x buat rasa mcm x puas je..

    BalasPadam
  67. Br saya tau. Selalu jgk buat tp dah tau hukum nya kna fikir2 kalau nk bt lg kn. Best jgk lau da tau.

    BalasPadam
  68. salam captain..
    nak kongsi ade satu cerita ketika mana nabi muhammad s.a.w bersolat dgn memakai pakaian yg terkena air mani.. lalu aishah bertanya..kepada nabi ..maka nabi menjawab air mani bukan la najis.. bergitu serba ringkas cerita yg sy ingat semasa mendengar ceramah.. allah hualam. juga dianggap khilaf sekiranya terdapat percanggah pendapat antara ulama dari huraiannya terhadap isi al quran dan hadis.. dan kita perlu berpegang pada mazhab kita.. allahualam..

    BalasPadam
  69. salam captain..
    nak kongsi ade satu cerita ketika mana nabi muhammad s.a.w bersolat dgn memakai pakaian yg terkena air mani.. lalu aishah bertanya..kepada nabi ..maka nabi menjawab air mani bukan la najis.. bergitu serba ringkas cerita yg sy ingat semasa mendengar ceramah.. allah hualam. juga dianggap khilaf sekiranya terdapat percanggah pendapat antara ulama dari huraiannya terhadap isi al quran dan hadis.. dan kita perlu berpegang pada mazhab kita.. allahualam..

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA