Jumaat, 19 November 2010

FAKTA BENAR - Bahaya Roti!!



                                       
Jika anda baca laporan dari CAP Pulau Pinang, rasa takut nak makan roti keluaran syarikat-syarikat yang diberitahu selepas ujikaji keatas bahan pengawet yang tidak mengikut sukatan yang dibenarkan. Tetapi kebanyakan kita sudah bertahun-tahun makan keluaran ni! Belum ada apa-apa kesan setakat ini. Terima kasihlah kita ucapkan pada CAP kerana bagitahu bahayanya roti. Kita tak ada pilihan lain kerana inilah roti yang hanya terdapat dipasaran berdekatan rumah kita. Anak-anak suka, terpaksalah beli juga. Nak buat macamana! Nak suruh isteri buat roti sendiri, alamat kebuluranlah sebab-sebab bila isteri buat roti.... jadi lempeng pulak. Jangan marah ayang! Yang penting kenyang dan baca doa makan. InsyaAllah dipeliharaNya.
                                          
Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS                                                
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)                        
     
Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.                                         
     
Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera) didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh  undang-undang.                                                        
     
Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).         
     
Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).                                              
     
Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan  Gardenia.                                                             

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula                         White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).                     
     
Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi  dan Gardenia Roti Krim Jagung  juga 2.4 kali lebih tinggi.            
     
High 5                                                               
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005  iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). 

High5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005. Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.                              
     
Roman Meal                                                           
Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi  Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0kali lebih tinggi.                                                     
     
Roti Pasar Raya                                                      
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang , dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.     
     
Giant Roti Sandwich ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.                                      
     
Tesco Wheat Bran Bread. Mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.                                                         
     
The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.
                          
Rangkaian Makanan Segera                                             
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan Mc Donalds.                                                                  
     
Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. 

Mc Donalds  Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.  
     
Kedai Roti Tempatan 

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. *Ismalia Bakery Coconut Bun* mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari *Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. 

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan. 

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. 

Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering. 

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. 

Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak*. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian. 

Tiada Penguatkuasaan 

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya. 

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita. Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak. 

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN? 
  •  Tepung Beracun                                                       
  •  Pelembut Doh                                                         
  •  Sisa Racun Makhluk Perosak                                           
  •  Logam Berat                                                          
  •  Pemutih                                                              
  •  Pengemulsi                                                           
  •  Rambut Manusia (L-cysteine)                                          
  •  Agen Pengurang                                                       
  •  Pengawet                                                             
  •  Terlalu Banyak Garam                                                 
  •  Lemak Trans                                                          
  •  Terlalu Banyak Yis                                                   
  •  Enzim Ubah Suai Genetik                                              
  •  Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.

Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi. Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti."

(Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking TruthAbout Bread," 29 Ogos 2006).
                         

Ditulis Oleh : Captain Hari: 8:00 PG Kategori:

Comments
17 Comments

17 ulasan anda:

  1. Assalamualaikum wbt

    bagus info ni, minta izin utk ditampal di blog ana

    BalasPadam
  2. salam ana ayeasha.

    yang manfaat kpd pembaca...silakan.

    BalasPadam
  3. Salam capt,

    maklumat yg Capt bg tu mmg pernah ana baca.

    Pada hemat kita, roti2 tu mmg sedap, tp masyarakat di sebelah negara Timur tak reti makan roti Malaysia, sbb kata mereka, roti kita terlalu halus buatnnya. Mereka cuma makan roti kasar yg diuli dgn tgn mereka sndiri, insyaAllah itu lbh slmt. Sedap pulak tu.

    Alhamdulillah, ana pun dh pandai buat roti sndiri.

    BalasPadam
  4. Salam Captain. Setuju sangat dengan Captain. Minta izin nak kongsikan info ini di blog saya pula. T kasih!

    BalasPadam
  5. salam aliaazuan,

    Nak belajar buat roti sendiri lps ni...bila tahu banyak yg tak bersih..Bagilah resepi dan cara nak buat roti supaya anak-anak tak makan dah roti gardenia...

    BalasPadam
  6. salam umi,

    Dipersilakan hajat tersebut...sebarkan kat kawanx dan saudara.

    BalasPadam
  7. salam capt.. sbgai bread lover sy sgt terkejut baca info ni. Lps ni kena blaja wat home made bread. Mohon CnP di blog sy ye.. TQ

    BalasPadam
  8. salam....sy pernah terbaca artikel CAP ni tapi lupa bila...nak share dlm my blog...syukran for refresh me back about this article..

    bread loveeers...do you?.....
    actually many of u out there

    BalasPadam
  9. salam 99taste,

    dipersilakan hajat tsb...sampaikan kpd kawanx dan saudara...

    BalasPadam
  10. salam,
    Saya sekeluarga mmg tiap2 hari makan roti. Takut pulak bila baca fakta nih. Lps ni nak kena buat roti sendiri pulak.
    Izinkan saya kongsikan info ni di blog saya ye! TQ

    BalasPadam
  11. nak makan roti lepas ni, kena la pi kedai mamak..

    BalasPadam
  12. salam mahani,

    Makan boleh insyaAllah sbb tak ada pilihan lain...buat sendiri lps ni..ada menunya.

    BalasPadam
  13. salam dabuldahi,

    Kedai mamak pun ok juga...rotinya

    BalasPadam
  14. salam capt,info penting..thanks. Izin copy ye

    dari: inaz

    BalasPadam
  15. wah bahaya sungguh roti ni ya, nasib baik saya buat roti sendiri je skrg ni... lagi sedap dari gardinea...kalau nak belajar cari saya FOC je utk kebaikan bersama.

    BalasPadam
  16. opss... saya nk pinjam info ni dan tampal kat blog saya ya.Boleh? nanti saya link kan dari sini.TQ.

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA