Sabtu, 20 November 2010

Cara buat roti sendiri. Jom cuba resepi ini.



Selepas memasukkan posting tentang "Fakta Benar - Bahaya Roti". Mulai sekarang eloklah kita kurang makan roti-roti yang disebutkan, sehingga anda pandai buat roti sendiri. Bila sudah tahu cara membuat tak payah lagi beli dipasaran kerana banyak sangat "side-effect". Sesiapa yang ada resepi lagi cara-cara membuat roti, bolehlah hantar untuk disiarkan disini. Kali ini ada 2 resepi cara-cara membuat roti sendiri iaitu dari Aliaazuan dan Liza JB.

Di sinilah letak pentingnya bagi kita untuk berlumba-lumba dalam membuat kebaikan sebagaimana firman Allah SWT yang ertinya: 

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”. 

Jalan Menuju Amal Baik meskipun kebaikan kita sedari sebagai sesuatu yang harus kita laksanakan kerana itu ada beberapa hal yang boleh dijadikan resepi bagi seseorang agar bersemangat melakukan kebaikan.

1. Cara-cara membuat roti. (Kiriman Aliaazuan)

Bahan-bahan:

1 kg tepung roti (tepung gandum pun takpa)
4 biji telur
10 gram garam
10 gram bread improver (cari kat kedai kek)
1-5 gram gula kastor
2 paket yis mauripan
1 sudu besar softener (cari kat kedai kek)
200 ml  susu segar
1 sudu besar ovelette (cari kat kedai kek)
100 gram marjerin
400 ml air tapis
* 10 gram= 1 sudu besar

Cara-caranya:

- Campur semua bahan (kecuali marjerin).
- uli 7-8 minit.
- masuk marjerin, uli lagi sekali sampai sebati.
- tutup doh.
- rehatkn doh selama 1/2 jam @ 40 minit @ hingga naik 2 kali ganda.
- bentukkan doh ikut suka (cth: utk donut ke...)
- rehatkn doh lagi sekali selama 1/2 jam
- Bakar/goreng

Jika tepung yang diuli terlembik, tambah tepung dengan cara t=kap2 kat tapak tangan je..
Atau, masa uli peringkat pertama tu, jgn habiskan air, masuk sikit2 dulu, agak2 lah ye sampai nampak dia lembut boleh uli.br> Kalau dh ok, tak payah letak air lagi. Err...dan bergantung jugak pada kepakaran memasak seseorang tu. Kalau nak pelbagaikan jenis roti @ bun, pakai je resepi  ni...insyaAllah.
Selamat mencuba.

...................................................................................

2. Cara-cara membuat roti. (Blog My Bread World) 

Resipi Roti Asas - asal dr Roshayati Rnet
(sweet bread doh)

Bahan A
500gm tepung roti
100gm gula castor
20gm susu tepung
11gm yis
5gm bread improver (optional)

bahan A ni digaul dahulu sebati masukkan garam 6gm

Bahan B
air dan sebiji telur dicampurkan menjadi 265gm
jumlah bahan cecair ini bergantung pada kondisi tepung
mungkin lebih atau kurang

Bahan C
butter 80gm atau gandingan butter dan shortening
bread softner 5gm

Cara-cara
gaul sebati bahan A masuk bahan B dan di uli hingga sebati baru masuk kan Bahan C dan uli lagi sehingga licin dan elastik mcm roti canai ditarik tak putus. perap hingga 2x ganda dlm lingkungan 30 ke 45minit. setelah naik buang angin dan bahagikan doh dan bentuk2kan. dan bleh di taruk inti semasa ini. perap hingga 2x ganda dan bakar ikut suhu panas oven masing2 biasa 180c ke 200c,,, kalau bun dlm 15minit kalau roti loaf dlm 25 ke 35minit harap2 faham ye,, kalau tak faham kena attend kelas roti yg berdekatan,,, resipi di atas boleh di pelbagai kan seperti bun, roti pizza, sosej etc,,,,
Selamat mencuba.

Wasallam.


Ditulis Oleh : Captain Hari: 5:39 PTG Kategori:

Comments
10 Comments

10 ulasan anda:

  1. wah resepi roti laa.
    boleh buat neh.
    (^___^)v

    BalasPadam
  2. salam.. ni ada resipi homemade bread.. kiranya basic doh. alhamdulillah.. walaupun TANPA penggunaan bread softener atau bread improver, roti yg dihasilkan sgt2 lembut. hanya penambahgunaan water roux yg mudah disediakan (sekadar bancuhan tepung dn air yg dimasak sekejap). dah ramai yg cuba resipi basic doh ni alhamdulillah semuanya menjadi dgn elok jer roti masing2.. try la ya

    http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/11/roti-pintal.html

    BalasPadam
  3. baru2 ni mak ade beli mesin buat roti..tapi tk reti guna lagi, buat tak jadi, hehe

    BalasPadam
  4. kalau nak buat roti kena ada teknik yang betul..teknik tu kena belajar..baru roti yang dihasilkan berkualiti :)

    BalasPadam
  5. mawfiz roti sendiri best...taklah ranggup mcm roti gardenia..

    BalasPadam
  6. sara

    Nampak sedap tapi selamat yg penting..

    BalasPadam
  7. Boleh cuba resepi, rasanya senang saja

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA