Sabtu, 20 November 2010

Bagaimana mencegah dan membasmikan pembiakan nyamuk Aedes? Cara yang paling mudah.



Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Cara yang mudah untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Kita tidak boleh mencegah nyamuk dari bertelur di dalam air yang bertakung di kolam atau air sisa terkumpul dalam baldi, tangki, tin, dan bekas lain-lain.  Jika anda mempunyai ikan di dalam tangki atau bekas maka seharusnya tidak menjadi masalah kerana larva nyamuk akan menjadi sumber makanan kepada ikan.

Adakah anda tahu bahawa ada cara yang sangat sederhana dan menjimatkan untuk mencegah pembiakan telur nyamuk Aedes dan tidak membiarkan menetas menjadi larva. Caranya sangat mudah, hanya memasukkan beberapa  syiling tembaga 1 sen ke dalam tangki atau bekas, dengan ini selesailah semua masalah anda. 

Dari kajian saintis penyelidikan Jepun, mereka mendapati telur nyamuk akan hancur oleh satu bahan yang terkandung di dalam tembaga. Cuba sendiri dengan menggunakan duit syiling tembaga yang diletakkan bersama air bertakung. Anda akan lihat air yang bertakung dalam bekas kontena akan menjadi sangat bersih dan jelas.

Walaupun pengeluaran syiling tembaga 1 sen telah diberhentikan pengeluaran 2 tahun yang lepas. Mungkin anda boleh cari didalam bekas-bekas lama mungkin disimpan oleh ibu atau saudara anda. Akhir sekali, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Jika sayang kepada anak-anak anda dan keluarga. Cuba kaedah ini mulai hari ini. 

 Wasallam.




Jurutera korban denggi ke-121




KUALA LUMPUR – Seorang jurutera berusia 47 tahun menjadi korban terbaru demam denggi minggu lalu, menjadikan kematian akibat wabak itu pada tahun ini berjumlah 121 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (gambar) berkata, lelaki dari Taman Bukit Mewah Kajang, Selangor itu mengalami komplikasi kegagalan organ akibat demam denggi sehingga menyebabkan kematiannya pada 9 November lalu.
Katanya, mangsa juga merupakan penghidap penyakit darah tinggi sejak 17 tahun lalu dan menjalani rawatan dialisis kerana kegagalan buah pinggang.
“Mangsa mula demam pada 28 Oktober lalu dan dirujuk ke sebuah pusat perubatan swasta tetapi meninggal dunia selepas menerima rawatan selama dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 7:18 PG Kategori:

Comments
6 Comments

6 ulasan anda:

  1. wahh nak kena korek2 balik cari 1 sen malaysia ni,,, dulu ada di buang2 skrang berharga jgk

    BalasPadam
  2. SALAM LIZA JB,

    capt ada simpan dlm bekasx pasu kecil yg dpt semasa kenduri..Tunggu resepi buat roti dari Liza...

    BalasPadam
  3. denggi bala dari Allah..bnda lain kta blh lawan tp denggi gagal..H1N1 tak ramai yg mati berbnding kes denggi..
    senang je nk hentikan denggi.tutp smua tmpt maksiat, judi, arak, placuran..Allah hancurkn org yg besar2 dgn bnda yg pling kcil & halus..cth kish Raja Namrud

    BalasPadam
  4. salam Nurfannun,

    Tak semua penyakit itu bala Allah swt....utk menguji keimanan hambaNya supaya lebih taqwa kpdNya.

    jazakallah khairan.

    BalasPadam
  5. salam capt, yup, bkn smua tp denggi sy rasa bala, sbb susah nk dibndung..pnykit yg lain sngja dicipta oleh puak konspirasi utk mghpuskn kaum & puak yg tak disukai

    BalasPadam
  6. salam nur fannun,

    terima kasih mengulas tajuk ini.

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA