Isnin, 4 Oktober 2010

TANDA KEBESARAN ALLAH SWT - KEJADIAN DI PAKA, DUNGUN, TRENGGANU


Email ini diterima dari seorang hamba Allah dari Kelantan dan kejadian ini berlaku lebih kurang 17 hari yang lalu di Surau Darul Salam Paka, Dungun,Trengganu. Tanda kekuasaan Allah SWT amat luas dan hanya sedikit sahaja ditunjukkan kepada hambaNya. Bayangkan jika Syurga dan Neraka ditunjukkan kepada hambaNya. Pasti semua manusia berlumba-lumba dan berduyun-duyun ke masjid  mengerjakan amal ibadat siang dan malam. Masjid nanti dipenuhi dengan umat yang takut dengan azab api nerakaNya.

Banyak kekebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang boleh kita lihat hari-hari seperti peredaran matahari dari siang ke malam dll. Sesungguhnya jika berlaku pada zaman ini, mungkin ada sebabNya yang kita sendiri tidak tahu dan diluar jangkaan kotak fikiran kita yang sempit ini. Bacalah kiriman email ini yang tidak diedit oleh penulis. 

Berkatnya daging lembu yang disembelih. Untuk makluman tanah surau ini diwakaf oleh (Pok Bakar). 

Pada 18 September 2010  di surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk  jamuan. Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan.

Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah  lauk di khemah perempuan telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) disekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul   daging lagi serupa kalimah Allah lagi. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut. 

Pada sebelah pagi semasa siang daging lembu itu tersebut daging tak habis untuk dilapah, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi tak habis disiang. 

Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer. Jamuan sampai lepas solat asar masih ada lagi. itu lah dia kekuasan Allah SWT.                                           
                                                                           
Wallahualam. 

Jazakallah khairan.                            








Ditulis Oleh : Captain Hari: 8:34 PTG Kategori:

Comments
9 Comments

9 ulasan anda:

  1. Assalamualaikum..



    pembetulan..Paka terletak di daerah DUNGUN ,TERENGGANU..bukan KELANTAN.

    BalasPadam
  2. kuasa Allah...untungnya..murah rezeki

    BalasPadam
  3. SALAM ANON,

    Terima kasih pembetulan sebab yang hantar kat demo ore kelate..tersilap pula....manusia tak lari dari kesilapan....

    BalasPadam
  4. salam suzzsuzie,

    Rezki Pok Bakar..... begitulah! hendaknya.

    BalasPadam
  5. Salam, wah berkat sungguh, mungkin niat yg ikhlas byk menyumbng..(^_^) bkn selalu leh dpt..
    mak sy kata biasanya yg leh jd cm bentuk2 especially kalimah Allah ni bhgn yg berurat byk..

    http://journalnurfannun.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. salam cik Nur Fannun,

    Lama tak datang sini! semuga apa yg kita tengok ini jadikan ikhtibar bagi kita semua...kebesaran Allah SWT

    Jazakallah khairan..

    BalasPadam
  7. Salam Capt.

    Hebatnya ALLAH...Allah bleh buat apa saja yg dia khendaki. Allah juga boleh tunjuk cash pada kita jika Dia mau, spya amnusia terus berfikir dan berfikir...insyaAllah.

    BalasPadam
  8. Salam...

    Murah rezeki. Subhanallah. Alhamdulillah

    BalasPadam
  9. beruntungnya dapat jumpa daging ada tulisan kalimah.... teringin nak jumpa jugak...

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA