Jumaat, 15 Oktober 2010

SURAH AL-KAUTSAR

                                                       


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat. Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. 

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga. 

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 

7. Jika orang teraniaya dan dipenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. 

Perkara yang baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan, saudara kita.

Wasallam. Jazakallah khairan 




Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:00 PG Kategori:

Comments
5 Comments

5 ulasan anda:

  1. ada ustaz tu kasi tips semasa masak tu di akhir2 tu kte bacakan surah ni,, insyallah sedap masakan tapi jnji cukup asam garam le hehheh

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas perkongsian..

    boleh la mencuba.. ^_^

    BalasPadam
  3. salam kepada ana ayesha, liza dan gha sudin,

    Terima kasih sudi memberi pendapat....

    jazakallah khairan.

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA