Jumaat, 29 Oktober 2010

DOA HINDARKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR/SANTAU/JIN/SAKA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rancangan "Misteri Nusantara" yang ke udarakan banyak memberi manfaatnya kepada kita. Seorang Ustaz yang mengubat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus iaitu Ustaz Sarhan Shafie mengajar Doa ini untuk memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/IBlis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah As Saffat, ayat 7. Semuga dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sehat terutama waktu maghrib.

Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.

Maksudnya:

Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,



TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
  1. Iblis - bapa segala jin
  2. As Syaitan - syaitan
  3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
  4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
  5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)
  6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
  7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
  8. Attawabi” - pengikut-pengikut
  9. Al Qarna” - pengawan-pengawan
  10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur
Wasallam. Jazakallah khairan

Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:00 PTG Kategori:

Comments
9 Comments

9 ulasan anda:

  1. Membaca alma'thurat etiap hari dapat menjadi pendinding dr gangguan syaitan

    BalasPadam
  2. @melur terima kasih kerana menambahkan ilmu...dialu-alukan...jazakallah khairan.

    BalasPadam
  3. kekasih saya tiba-tiba benci sesangat pada saya...dan tiba-tiba dia rindu sesangat pada kekasih lamanya sedangkan dulu dia amat benci pada kekasih lamanya sampaikan sebut namanya pun dia marah...

    BalasPadam
  4. salam tanpa Nama,

    Kasihan juga kisah adik ni!..Mungkin ada salah faham dan cuba bertanya pada si dia apa kesalahan kamu jika ada..

    Selagi kekasih tidak terikat pd anda...ia bebas memilih sesiapa. Tapi berusahalah dapatkan perhatiannya...

    BalasPadam
  5. Assalam...captain,
    Bab sihir ni mmg x knl siapa..cma keyakinan kta dgn kekuasaanNya shj mampu menewaskan.prasaan benci pd suami & anak kdg2 dtg tanpa sbb, mrh x tntu pasal & ada ja yg x kna. Apa yg saya slalu buat slps solat, bca surah al-fatihah 1x, 3 Qul (1x) & ayat kursi kmdian sapu sluruh badan. Mmg mmbntu..alhamdulillah

    BalasPadam
  6. @Pn.SriSalam,

    Terima kasih Pn. Sri..mmg baik amalan tu. Tambah sikit jika surah Al-Baqarah 1-5, dan 284-286.

    Nabi SAW bagi tahu dlm riwayat hadis.

    wslm

    BalasPadam
  7. As-salam Ustaz

    Saya ingin membuat pertanyaan.saya telah lama sakit tengkuk dan kepala.perubatan moden pun telah saya buat tp sakit tetap ada. mungkin ustaz boleh cerita adakh sakit saya disebabkan gangguan syaitan?

    BalasPadam
  8. slm.cmne ngn org yg sslalu hlg fkus dlm pkrjaan or prckpn, n kdg2 igtn kurang...ati keluh ksah, sdgkn sseorg tu sgt taat pd Allah n Rsull.. Ada ini dktakn Sihir?syukran

    BalasPadam
  9. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Sy jga salah seorg yg penah menerima rawatan dari ustaz sharhan , alhamdulillah dgn izin Allah s.w.t semuanya baik2 sj , bnyakkanlah berzikir dan sntiasa mngingati Allah s.w.t .

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA